Abang Derhaka

Abang Derhaka

Assalamualaikum. Saya cuma ingin berkongsi apa yang saya dan keluarga saya alami. Saat saya menaip ini, hati menahan sebak di dada cuba untuk menahan air mata agar tak jatuh berguguran. Maaf kalau penulisan saya kurang baik dan ‘messy’. Confession ini ditujukan buat ANAK yang bergelar LELAKI khususnya.

Saya ada seorang abang. Lepas stpm, dia keluar berhijrah untuk mencari pekerjaan. Bermacam-macam pekerjaan yang dia ceburi dari dia seorang kuli yang bekerja di bawah panas terik sehinggalah dia ditawarkan kerja sebagai assistant manager di sebuah syarikat swasta.

Abang saya ada berkenalan dengan seorang perempuan pada ketika dia bekerja di kilang sebagai supervisor. Biasalah orang kata, masa bercinta semuanya manis. Apa yang saya kecewa, abang saya terlalu menurut kata perempuan tersebut sehingga duitnya habis dikikis.

Dua tahun dia bekerja, satu sen pun takda simpanan. Duit habis ke perempuan tersebut. Nak jenguk orang tua kat kampung jauh sekali apatah lagi menghulur duit. Tak lama lepas tu, saya dapat tahu hubungan mereka dah berakhir disebabkan perempuan itu ada lelaki lain.

Kemudian, abang saya berhijrah ke bandar lain untuk mencari pekerjaan lagi dan rezeki dia murah kerana ditawarkan kerja sebagai eksekutif di syarikat swasta. Sebelum dia bekerja sebagai eksekutif, dia telah menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan.

Sekali lagi saya kecewa dengan abang saya bila mana duit dia habis kepada keluarga perempuan dan perempuan tersebut. Perkara ini berlanjutan sehinggalah dia dinaikkan pangkat kepada Assistant Manager. Kekecewaan saya semakin menebal bila gaji sahaja dia habiskan semua gaji kat keluarga perempuan tu dan perempuan tu sekali.

Mak ayah adik2 kat kampung cukup2 makan saja. Nak makan kfc, nak kata sebulan sekali belum tentu. Tapi abang saya sanggup belanjakan keluarga tersebut makanan yang mewah. Abang saya langsung tak pernah telefon tanya khabar apatah lagi nak menghulur duit.

Lagi menyedihkan 15 tahun dia tak pernah balik beraya sebab beraya dengan keluarga perempuan tu. Sekadar melawat keluarga pun jauh sekali. Bila duit habis, barulah dia telefon kami itu pun hanya untuk meminta duit. Allahu… Bila duit tak dapat diberi, abang saya memaksa dan mengugut pula. Abang saya pernah buat lebih teruk sampaikan menyusahkan kami sekeluarga. Tak perlulah saya ceritakan mengenainya.

Saya WhatsApp abang saya untuk ingatkan dia mengenai tanggungjawab dia sebagai seorang lelaki. Bahkan kakak2 saya yang lain pun tak jemu bagi nasihat. Tapi semuanya sia2. Paling saya tak tahan, bila mak ayah saya simpan duit untuk kegunaan mereka dihulur pada abang saya. Bila mak ayah takda duit waktu abang saya nak duit, mak ayah tebalkan muka untuk pinjam duit kat orang lain.

Kakak2 saya bukan tak boleh tolong min. Tapi kerja diorang pun gaji tak mahal macam abang saya. Cuma mampu bagi mak ayah rm600 sebulan untuk kegunaan mereka. Duit perbelanjaan dapur kakak2 saya tanggung. Saya masih bersekolah tak mampu nak hulurkan duit. Ini pun kakak2 saya tanggung saya.

Sakit hati saya bila tengok mak saya berguguran air mata, ayah saya diam memendam rasa disebabkan perbuatan abang saya. Dia cuma tahu, bila dia takda duit dia dengan senangnya minta kat mak ayah. Bila senang, dia “buang” keluarga dia macam sampah. Allah!

15 tahun benda ini berlaku sehinggalah sekarang. Terjadi satu hal pada seminggu lepas, abang saya lepaskan amarah dekat kakak saya melalui panggilan hanya kerana kakak saya memanggil gf abang saya itu perempuan. Saya agak pelik apa yang salah dekat situ. Kakak saya cuma panggil perempuan takda nak panggil sundal, tukang kikis duit, etc…

Abang saya kata, kakak saya buat2 cerita burukkan gf dia. Padahal kakak saya tak ada buat apa pun min. Ya Allah! Dia kata gf dia sedih sebab kakak saya panggil dia perempuan dan macam2 lagi lah gf dia buat cerita sampaikan dia ugut kakak saya kalau perangai kakak saya macam tu berterusan, dia takkan hadiri majlis perkahwinan kakak pada hujung tahun ini.

Allahuakbar! Abang saya sanggup buat kakak saya macam tu semata2 nak bela perempuan tu. Dia sanggup putuskan silaturrahim keluarga hanya kerana seorang perempuan.

Kakak saya siang malam menangis sebab terasa hati dekat abang saya. Sampaikan kakak saya kata, kalau dia mati satu hari nanti dia tak nak abang saya mahupun perempuan tu sentuh mayat dia! Sampai begitu sekali kakak saya dah tawar hati. Dia terasa sangat2 untuk kali ni.

Kakak2 saya yang lain pun dah tawar hati dengan sikap abang saya. Bagi mereka, abang saya seolah2 bukan lagi ahli keluarga kami bila dia dah “buang” keluarga dia bertahun2 lamanya.

Keluarga saya cukup terasa pada kali ini. Kami serahkan semuanya pada Allah kerana dah tak berdaya. Kami tak pernah putus asa cuma kami terlalu penat. Semoga ada balasan diberi setimpal dengan perbuatan abang saya dan perempuan tersebut.

Buat lelaki di luar sana samada yang bujang mahupun yang dah kawin, tolonglah jangan disebabkan seorang perempuan kamu sanggup buang keluarga kamu. Ingat tentang tanggungjawab kamu! Selagi mak ayah masih hidup, berbaktilah sepuasnya kerana andai suatu hari allah memanggil mereka, maka hilanglah doa dan rahmat dari mak ayah kepada anak2….

Assalamualaikum…

– Hamba Allah (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit