Cemburu dan Marah

Cemburu dan Marah

Cemburu adalah sesuatu perkara yang aku kirakan sebagai toksik. Maaf lupa introduce diri. Assalamualaikum semua, aku Marya. Aku dah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Aku dah 6 tahun graduate dari sebuah universiti tempatan dan alhamdulillah aku dapat kerja yang dari bidang yang aku ambil degree dulu.

Hidup aku mulanya biasa, lepas graduate aku terus dapat kerja. Bila ingat balik, bahagianya masa tu, tak ada banyak komitmen macam sekarang. Kalau time tu rasa gaji cukup cukup makan, sekarang ni sesak sangat kadang kadang. Tapi masa tu aku tak rasa bahagia tu. Yela, craving for more better life. Bila dah di kedudukan yang lebih teruk dari dulu, baru rasa nak bersyukur dulu cukup semua segala benda walalupun ‘cukup cukup’.

2 tahun kemudian aku berkahwin. Suami seorang yang biasa biasa. Kehidupan berdua masa tu pun happy lagi sebab walau komitmen bertambah, tapi kami kongsi. So tak terasa susah sangat. Suami beli kereta atas nama dia, dan aku penjamin. Gaji kami lebih kurang sama. Dia seorang yang bertanggungjawab dan tak berkira bab duit dengan aku. Alhamdulillah bab tu. Kemudian kami dikurniakan dengan berita gembira, aku mengandung anak pertama kami.

Masa lepas bersalin aku jatuh sakit dan suami ambil cuti sebulan untuk jaga aku sampai aku pulih. Majikan dia memahami jadi dia sangat bersyukur.. Masa ni aku tak kerja dah atas sebab masa aku mengandung aku berhenti kerja, majikan tak bayar gaji 3 bulan.. Aku cari kerja lain waktu tu tapi susah nak dapat sebab siapa lah nak ambil pekerja yang mengandung kan. Suami kata tak apa dia boleh support. Nanti aku dah habis pantang, aku cari lah kerja balik. Aku setuju.

Mana tahu Allah nak uji aku jatuh sakit, dan suami terpaksa ambik cuti selama sebulan untuk jaga dan ulang alik ke kampung. Time tu dia tak da gaji, dan hanya bergantung kepada simpanan. Time ni mula titik kami kesusahan. Boss company suami aku bertukar orang dan dia tak boleh terima suami aku cuti lama sangat. Management mula cari pasal dengan suami dan dia dibuang kerja tak lama lepas tu. Hutang bertimbun. Saving dah nak habis sebab dah banyak guna utk bersalin dan aku sakit masa tu.

Aku pulih dan mula cari kerja. Alhamdulillah aku dapat kerja dan suami aku masih menganggur. Merata cari kerja tapi masih lagi tak dapat. Dia mula down dan patah semangat. Dia rasa tak berguna sebab aku yang mula menanggung segalanya. Dia buat part time tapi berapa lah sangat dapat dari duit part time. Pendapatan yang mulanya double sekarang hanya tinggal separuh, dengan baby lagi.

Ya Allah sukarnya hidup masa tu. Aku mula buat dua kerja. Penat, sleep deprived jangan cerita. Hanya Allah yang tahu. Matlamat aku hanya nak lepaskan bayar komitmen2 kereta, rumah sewa, ptptn, insurans anak dan lain2. Aku menangis hampir setiap hari sebab terlalu penat.

Aku tak ada saving langsung. Saving aku last2 aku guna jugak utk last minit benda2 lain macam tiba2 kereta rosak, nak beli barang keperluan rumah, paip bocor nak panggil orang dan macam2 lagi. Aku sedih sangat hidup aku macam ni. Aku tau, sedih tak dapat apa. Jadi aku tak cerita kat siapa walau kawan mahupun keluarga. Cemburu sangat tengok orang lain yang senang, tak ada masalah kewangan. Aku jadi semakin teruk dan mula taknak bercakap dengan suami.

Aku tau, rezeki Allah yang tentukan tapi masa tu aku tak boleh terima dia tak ada kerja tetap. Aku tau, dia memang tak pernah berkira bab duit dengan aku. Dia ada duit je memang dia bagi aku. Aku tau, aku tengah di uji, dan dia pun tengah di uji. Kami tengah menduduki “exam” kehidupan rumah tangga. Tapi aku cemburu, cemburu melihat orang lain yg suaminya bertungkus lumus cari nafkah.

Aku cemburu melihat si isteri (mostly kawan2 aku) yang tak struggle nak bayar itu ini macam aku. Macam mana aku tau dorang tak struggle? Aku assume. Aku assume diorang happy dan aku tak. Aku sampai bergaduh dengan suami. Benda2 sekecil2 zarah pun buat aku tak puas hati. Aku tak dapat terima yang aku kena pikul tanggungjawab seorang suami iaitu menyediakan nafkah untuk keluarga. Macam macam aku rasa, rasa tak dihargai, rasa diambil kesempatan, dan lain2.

Setahun lebih berlalu, aku dah penat nak suruh suami cari kerja. Aku hanya diam kebanyakan masa. Aku malas nak bercakap sebab aku terlalu penat. Malam nanti aku buat kerja part time pulak (aku jual sandwich) . Suami nak kerja taknak kerja, lantak dia lah. Asalkan duit makan untuk diri sendiri jangan mintak dekat aku. Duit aku, aku baut dua kerja hanya semata2 nak bayar komitmen2 dan keperluan anak. Untuk aku tak ada langsung, itu yang buat aku terkilan sangat. Tapi aku lega bab insurans dan saving anak dalam SSPN-i aku ada buat.

Beberapa minggu lepas suami bagitau aku dia ada dapat kerja baru. Bila masa dia pergi interview pun aku tak ingat. Aku macam dengar tak dengar dia cakap apa. Aku cuma cakap tahniah. Dia beria planning nak buat apa dengan gaji. Aku ada dengar part aku ada termasuk dalam planning dia. Sejujurnya aku tak put high hopes pun. Dia belum dapat confirmation pun. Dan aku tak mengharapkan sesen pun duit dia. Cukuplah dia ambik balik part komitmen dia. Aku tak nak gembira sementara.

Hidup aku masih nyawa nyawa ikan memandangkan aku yang masih menganggung semua. Bila entah aku nak dapat bernafas dengan sempurna balik? Anak semakin besar, keperluan semakin banyak. Anak jelah pengubat duka, penat aku. Tengok muka anak masa nak tidur, sebak sangat rasa. Kadang2 aku nangis, anak aku lap air mata dan “hug hug” katanya. Baru umur dua tahun tapi dah petah bercakap.

Kadang2 aku sedar yang aku tak patut pun nak cemburu dengan orang lain. Entah2 diorang diuji dengan benda lain yang mungkin aku tak mampu nak hadapi. Bila aku refresh balik ingatan, bukan salah suami pun dia kena buang kerja. Management bertukar dan mungkin nasib dia kurang baik masa tu. Dan dia ambik cuti untuk jaga aku jugak. Kenapalah aku nak marah sangat? :(

Kawan2, aku tak mintak banyak cuma tolong doakan aku sekeluarga.. Terima kasih.

– Marya (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit