Abang ipar tak bersyukur

Assalamualaikum,terima kasih admin sudi share perkongsian aku ni..ok.lately ramai dok ceghita pasal prob family..aku rase aku nak jugak la share prob family aku as pengajaran utk korang semua.

Aku anak bongsu daripada 4 org adek adek beradek. Atas aku semua kakak2 dan sudah berkahwin dan aku mempunyai abg ipar y berlainan karakter dan perangai. Perangai2 diorang ni yang buatkan aku benci dan bosan dgn pwrkahwinan.

Aku duduk dengan mak abah aku dan kakak aku y ketiga bersama suaminya..ye.aku duduk serumah dengan abg ipar aku. Kakak aku y ketiga ni perangainya pelik sikit dari adek beradek lain.dia terjal sikit.dan perkahwinan dia sebenarnya tak berapa nak dapat restu daripada parents aku bukan sahaja kerana abg ipar aku tu dah tua tahap pak cik makcik org malahan duda anak empat. Dan kesemua anaknya dah sebaya aku dan kawan2 aku.

Dulu masa aku kecik,aku ingatkan dapat abang ipar ni seronok. Yelah, bile family bertambah kita jadi gembira berkeluarga besar. Tapi, tu semua palsu(pada aku je). Kakak dan abg ipar aku asalnya duduk berasingan dengan mak abah aku, tetapi disebabkan rumah yang mereka duduk sebelum ini kena jual, maka mereka mengambil keputusan duduk rumah mak abah aku.
Aku dengan abah memang tak setuju dengan keputusan diorang tapi mak aku kesiankan diorang, mak aku bg duduk serumah. Aku ingatkan duduk serumah boleh la tolong2 mak abah aku. Tapi hampeh. Diorang duduk kat rumah macam hotel. Makan berhidang, baju dibasuhkan,bil api bil air bil wifi tak pernah tong2,keperluan rumah dapur semua tak pernah kesah. Semua benda mak aku buatkan memandangkan abah aku tak boleh buat kerja2 berat. Ha!dan abang ipar aku tak pernah nak tolong bapak aku buat kerja lelaki. Semuanya jiran yang baik hati tolong.
Bla duduk serumah ngan pak mak mertua ingatkan lebih erat hubungannya, tapi tidak bagi family aku. Abang ipar aku yang ketiga ni akan bertegur sapa dengan mak abah aku bila nak je. Memang boleh dikira dengan jari berapa kali die tegur mak abah aku setahun.

Itu perangai ipar yang ketiga. La ni perangai ipar yang kedua. Abang ipar aku yang kedua ni pon buat aku geram dan sakit hati. Ipar aku yang kedua kerja di KL sebagai tenaga pengajar di sebuah institusi agama. Dia kahwin dengan kakak aku yang kedua atas dasar org tengah(sebab faktor kakak aku dah lanjut umur tak kahwin lagi). Masa awal2 ipar aku ni masuk family aku,aku berharap sangat dia menjadi abang ipar yang baik memandangkan dia seorang pengajar agama. Tapi perangani die rupanya sama je dengan ipar yang ketiga. Menyakitkan hati. Dipendekkan cerita, ipar aku yang kedua ni suruh kakak aku buat loan dengan alasan kakak aku pegawai kerajaan. Kejam. Lepas tu loan yang kakak aku buat tu die suruh taja mak dia pergi melancong. Loan tu sesen pon takde bagi pada mak abah aku. Kejam.
Bukan itu sahaja, dia telah menjahanamkan kereta kakak aku yang telah habis dibayar hutangnya oleh bapak aku dengan kerja amal die. Contoh yang selalu dia buat bawa ustaz2 pergi ceramah dan bawa makanan untuk gelandangan. Senang cerita dia buat kereta kakak aku tu macam kereta company. Baik tapi Sangat kejam. Disebabkan kakak aku sangat sayangkan kereta pemberian abah aku pada dia, dengan barai2 kakak aku ulang alik pergi kerja pakai kereta itu. Tak repair ke? Ha,abang ipar aku serah bulat2 pada kakak aku utk hantar ke workshop tanpa sesen pon dari dia. Dia suruh bayar guna duit loan.
Bile balik kampung, ipar aku ni tak pernah tolong mak abah aku. Keje die duduk dalam bilik jeeeeee. Memang perangai raja betul. Keluar bilik nak makan dan keluar jalan2 je. Bukan tu je, makan nak demand,tak nak minyak2, minum air herba khas utk dia, dan semua tu dia 'order' kat mak aku. Apa punye ipar tade hati perut buat mak mertua gitu. Dan mak aku biasa la..buat sahaja apa yang didemandkan ipar2 aku. Untuk pengetahuan korang jugak, ipar kedua aku ni telah menjolikan kehebatan ilmu agama yang dia ada untuk tambat hati bapak aku supaya dapat green light kawen cepat ngan kakak aku. Tpi bila tengok perangai, seriyusssss..macam tak beragama( sori,bkn nak bangga tapi aku sedih dia guna agama utk tujuan lain)

Tu cite ipar aku yang kedua. Ipar aku yang pertama ni baik walaupun luar macam 'sarjan misai'. Dia la ipar paling sporting walaupun pendiam. Ipar aku yang pertama ni takde la rajin sangat tolong mak abah aku bile balik kampung, tapi dia tolong sikit2 yang mana mampu memandangkan dia jarang balik kampung sebab outstation. Dan dia paling beriman daripads ipar kedua(sebab selalu sedeqah)

So,aku nak conclude bahawasanya bukan semua perkahwinan tu membahagiakan. Kadang2 bahagia tu cuma utk pasangan tu je. Family? Adik ipar abang ipar? Merana bhaiiiiiii..korang kat luar sana, aku nak pesan janganlah sebab perkahwinan yang korang bina menghilangkan commen sense terhadap orang2 sekeliling kau terutamanya mak pak mertua dan mak bapak korang. Sebab dapat ipar gini la aku sangat tak suke dengan perkahwinan dan perkahwinan tak pernah menjadi life goal aku.

Bukan sebab aku tak redha dengan ujian Allah, tapi aku lebih kesian kat mak bapak aku yang semakin hari semakin kesunyian…kerana menantu, anak2 mengabaikan mereka.

Untuk perempuan, kumpul la segala aset kebendaan yang ada. Dan jangan pernah bagitahu atau show off korang punye aset pada umum. Takut jadi mcm kakak aku yang kedua..semua harta simpanan dia laki dia da kikis..la ni tinggal tanah kat kampung je( tu pon dengar2 laki dia suh jual sbb nak gne duit hantar mak mentua dia pegi haji).

Doakan aku kuat menghadapi ujian keluarga ini. Salam ramadan.

– Ah cha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

53 Comments

  1. Nsht kau sme ngn nsht kwn2 kje ak..die kata kalo kita ad aset ape pn jgn cte kt psgn sblm sah jdk somi istri sbb tkt die nk kita sbb harta..

  2. Perempuan jgn independent sangat. Bagi laki bayar itu ini since the beginning of marriage. Biar dia rasa bertanggungjawab. Tolong bila tak cukup je bukan tolong bayarkan semua terus. Sayang suami pun ada batasnya. Suami kalau x baik boleh cerai. Tapi mak bapak adik beradik ada tu je.

  3. Jgnkan aset, gaji berapa pon xleh bgtau wey. Duit kita sblm kawen adalah duit kita. Lps kawen pon gaji kita, aset kita tetap duit kita jugak, simpan dlm almari kunci, kunci simpan kt tmpt yg xkan diketahui suami. Kalau kta nak bantu suami sbb kesian, itu namanya ihsan, tp tetap xleh bgtau kita ada berapa. Itu mmg pesan mak mertua sy yg sy pegang smp bila2 dan mmg akan ajarkan anak2 kemudian hari.

  4. sayang biar bertempat…pada abg ipar no 2, jgn jdkn agama tue satu kelebihn tuk ada menggunakn kuasa veto sbg suami,igt ye kalau isteri anda x halalkn wet yg dberi pd kamu, tggunglh ye…tue tggungjwb suami bkn isteri..
    kpd Ah Cha, sbr ye…nie dugaan tuk awk, setiap kejadian de hikmahnye

  5. Dulu aku pon pernah ade rasa macam lau ni. Scary lepas tengok adik beradik kau punya life after kawin. Tapi satu je pesan abang aku yang buat aku ubah fikiran la “jangan risau, laki yang baik untuk pompuan yang baik ” so baik kau, baiklah teman kau. So semua depend dengan diri kita dulu sebenarnya

  6. Salam.dunia harini dah banyak terbalik kuang! Back2basics.Suami sepatutnya belajar,faham dan laksana tuntutan hak2 & tanggungjawabnya,kpd isteri,ibu bapa dan juga mertua.suami yg wajib kena tanggung sara hidup keluarganya bukan sebaliknya serta ambik kesempatan lps tangan.Zalim dia ambik hak isterinya dan disalahguna tanpa kerelaan isteri.inilah antara masalah yg berlaku sekarang bila suami tak faham/abaikan t/jawabnya dlm kluarga walaupun ada latarbelakang agama.

    • Tulah tension aku ngan mak yg kesian kat anak tp x pk diri sndr…lg2 bile anak tu dh besar & ptt jage mak..tp mak ni la yg korban kan diri utk jage anak tu..anak mcm tu mmg selfish..

    • Aku pun sama stress sb ada yg aku kenal berperangai begitu jenis suka amik kesempatan.. Ckp mcm mn pun aku, dia X mo dgr.. Jd tak pelik la klu keluarga lain ada facing benda yg sama.. Masalah ni universal..

    • Mungkin mak nya jnis malas nk bising bising. Kalo org tua buka mulut, payah.. Kata kata menusuk di hati.. Kalo kita jd mak pon, kita akan lebih berhati hati.. Org kata, malas nk gaduh. Dah besar pjg, beragama plak tu.. Menjawab la mereka di akhirat kelak.. Maknya hnya mampu mendoakan..

  7. Cer kalau menntu perempuan yg duduk je dalam bilik…. serupa nak kiamat dia punya kecoh…… kalau menantu lelaki duk diam dlm bilik tersipu-sipu acah2 raja phuiiii ……. yg perempuan.. simpan lah duit n harta syg abadi hanya pada ALLAH

  8. Ish3.. x patut2.. bila anak2 da kawin jgn la bg tinggal skali.. nnt jd mcm ni.. uhuk3.. yg laki2 makin lama makin hilang quality.. tanggungjwb da x dihiraukan dah.. menjawab la nnt ekau akhirat kelak..

  9. Tak slh laki2 memilih bakal istri yg beeharta tp yg slhnya amik kesempatan utk pnuhi keinginan sendri…yg perempuan terlampau baik..konon2 tak kisah lar kuar duit tuk perbelanjaan isi rumah…terlalu independence…suami pun apalagi melompat2 lar suka coz istri tak mengharap duit dia….istri ade gaji kan…lame2 naik lemak lar so suami tak kuar duit lgsg utk belanja maka istri pun mula stress lar…asik2 dia jer kena kuar duit pdhal tu sume tanggungjawab lelaki… kite sbg wanita ni kenalar cerdik memikir…duit gaji kite tu hak kite mlh ade hak ibubapa kite…jgnlar syg suami sampai bg sume harta n gaji tuk dohabiskan suami…mak mertua pesan…jgn lupe pd mak ayah wlu kite dah kawin ade suami…ingat mak ayah kite byk dah kuar belanja tuk besarkan n sekolahkan kite sampai leh dpt kijr baik n gaji besar…suami kite tu kite nikah ms kite dah besar n kite dah ade kije…. suami tak tanggung kite dr kecik, tak besarkan kite, dia tak sekolahkan kite sampai kite dpt kije…dia suami yg wajib kite taat bkn menurut kehendak sampai mengorbankan diri kita n memyebabkan ibubapa kite menderita…

  10. Mcm2 la mslh…mlibatkn mcm2 phk…ad yg pihak psgn sndri ok tp kluarga tk ok plk…kluarga dh ok..psgn plk dh problem. Tg dok mntekadarah duit istri tu dh knppp. Haihhh

  11. Baca sat..
    Doa byk2 bg dpt calon yg baik2.. Ai dh bg abg ipar utk korng yg sgt baik..
    Fathen Ashika n Lily Falisa .. Bayangkan ni Neymar Jr Misbah yg tulis.. Sebijik 4 beradik mcm kita..

    Cc :: Wathy Ismawati Mohammed Hussain

  12. Sye phm sgt confessor nih dri salah satu ipar dia..tu yg keinginan tuk kahwin sye menurun lps saksikan situasi perkahwinan adik beradik sndiri. Sedih ble mak yg kne buat keje,tanggung malu anak n menantu..ingat lps kahwin xde la wat masalah, bertambah masalah ade…kat situ da timbul sye kne cari suami btol2,xde la menyusahkan mak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *