Abang Kubang Ang

Salam. TQ sebab approved confession ni. Aku Ali (bukan nama sebenar), cerita aku pasal abang aku yg 1st. Dia dah berkahwin 5 tahun dan ada 2 anak. Sejak dia kawin, dia jarang ziarah mak ayah kat rumah. Duduk tak lah jauh mana 15-20 min perjalanan kalau traffic jam. Ramadan tahun ni belom pernah sekali berbuka puasa sesama kat rumah. Tahun lepas pon sama. Call pon tidak. Tak tahu kenapa abang aku jadi gitu. Dengan adik beradik pon taklah mesra mana. Mmg dari kecik kami rajin berkelahi. Apa yg aku lihat, abang byk lebihkan keluarga isteri dia, family trip, konvoi raya, baju raya pon sedondon sebelah sana, byk tahun jgk. Anak dia yg dua tu pon sgt rapat dgn saudara keluarga isteri. Sedihnya, dengan mak ayah kami dia tak berapa rapat dan kenal, salam pon dipaksa. Biasalah, budak kecik jumpa org yg dia jarang bertemu. Meragam jela. Mcm mana nak confront dgn abg aku ni ? Takkan tanya terus gitu. Dia kepala batu sikit, egois, poyo pon ada. Ada cadangan tak mcm mana nak basuh abang aku ni.. Banyak tahun dah aku sabar. Mak ayah kami dah tak kesah dia mahu pulang atau tak. Tapi aku kesian dekat abang aku ni, dia yg rugi kat dunia ni, takut dia nyesal satu hari nanti.

Betulka abang aku kena 'rantai' dgn isteri dia? The Queen Control… sbb wife dia lebih dominan dari segi income, transportation, rumah..

Pening aaa… ada abang salah takde pon salah.. Haha. Kbye

– Ali Hensem

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

30 Comments

  1. WhatsApp ja or post kt fb.. Lately ni mak masak makanan fav abg.. Mak rindu abg mungkin…
    Pastu tag: bini ada ganti..ibu bapa tiada sapa bleh ganti wpun mertua..

    • same with me… xpuas hati reka2 cerita sikit… kt fb then adik beradik lain buat drama la.. haha baru smlm buat.. hastag hargai yang masih ada ???

  2. ko kene tanya mak n ayah ko…ade ke buat abg ko kecik hati..atau setiap kali abg ko balik…ade x yg mak bapak ko buat atau ckp yg smpi die terasa xnk balik….kalau balik kg pun bergaduh baik xyh balik

    • Maaf saya tak setuju dengan anda. Ibu dan bapa bukan kawan utk kita bergaduh. Kecik hati dengan tua boleh, tapi yang membuat org tua kecik hati tu yg berdosa. Lihat bagaimana ulama berkata bagaimana utk bahagia..membuat org tua bahagia, kan? Terasa dengan org tua? Semua org terasa..kita semua pun terasa..tapi bagaimana kita melihat kisah kecik hati itu yang berbeza..

    • stuju dgn @mash messi brllamy n Farah Noorhan… jgn kata mak bapak xde buat slh dkt anak…kekdg anak xnak luah dgn kata2 dek sikap mak bapak sbb xnak dorg kecik ati…so si anak akan diam n bwk diri…

    • terima kasih farah dan melyssa…sebenarnya Catatan Ctie…kita semua ni manusia biasa…terasa hati itu biasa…tp kalau setiap kali balik…org tua mcm x suke…atau ada yg x kena.. better xyh balik supaya x mengeruhkan keadaan…bg duit kat mak ayah bulan2 dan tanya kabar dari jauh lg bagus dr balik umh end up bergaduh…mungkin dlm situasi confessor adik beradik lain x tau ade konflik antara abg dan parent…

    • Ye betul, saya setuju. Kalau baca banyak confession sini, ramai jugak anak2 yg berasa hati yg mmg ckp tak nak balik raya/ balik kg. Kisah2 yg diorang confess tu membuat kita rasa klau kita pun kita x nak balik dah sampai bila2. Ya betul anak2 kena mengalah tapi diorang yg lalui dorang tahu apa yg dirasa

    • Radin Arishah yap betul…bukan xnk balik tu xnk peduli, x sayang…tp cuma xnk mengeruhkan keadaan…mungkin bila da saling merindu baru la masing2 lupekan konflik yang berlaku….sape x rindu mak bpk, adik beradik, tapi better bawak diri dari mkn hati

    • Betul tuh,kadang2 kita kecik hati untk banyak perkara tapi kita pilih untk diam..klau kita xbalik rumah raya,ckap kita ank durhaka dan berdosa,tapi pernah xfikir,sbb apa kita jadi mcm tuh,org pndai nilai sbb dia xtahu apa prsaan seorang ank..

    • Kena buat soal selidik dulu, apa sebenarnya perkara yang terjadi. Kalau terbukti dia adalah manusia yang lupa daratan, so kau sekeh abang kau tu.

      Kalau ada salah faham, try jadi orang tengah dan cari penyelesaian.

      Kadang mungkin sebab ego masing2, benda kecil jadi besar.

    • Balik je lah wpon sekejap.. balik berbuka je ke.. nak terasa2 ni mmg la x dpt nk elak.. tapi buat x reti je la.. adik beradik lain tengok malu je.. awk dah besar panjang dah tua pon.. diam je.. fake like nothing happened. Yg penting jenguk je la walaupun sekejap…

  3. abg ko rasa eksyen lah tu hidup mewah ngn bini dia.. ramai anak lelaki yg x sedar bhwa tgjawab dia terhadap ibu bapanya adalah smpai mati.. ko print screen je ayat2 quran ttg tgjwb anak lelaki kpd ibu bapa ni, pastu send kt wasap dia. jgn post kt fb nnt bergaduh adik beradik x pasal2

    • beritau isteri abg jgk bahawa syurga suami ada bwh tapak kaki IBU…x mgkn akan dpt keredhaan Allah klga ini klw ibubapa berkecil hati dgn anak…wp luarannya nmpk senang

  4. Abg first ni selalunye dia lah yang paling banyak berkorban dan pendam dalam hati, mak ayah akan lebih kan adik2 dan selalu ckp abg dah besar, boleh buat apa2 sendiri.. kau sendiri cakap sering berkelahi, maksud nye sering ade perasaan tak senang yang abang kau rasa, mula2 tanya lah parents kau dulu, kot2 ade tercakap apa2 ke, lepas tu baru lah tanya abg kau, jgn marah2, tanya elok2, ajak elok2, syurga bawah tapak kaki ibu tapi jgn lupa abg kau pon manusia, ada hati ada perasaan dan tak lepas dari melakukan kesilapan,. Cer husnuzon sikit kat akak ipar tu.. entah2 dye tak mcm ape kau fikir kan pon..

  5. ini biasa berlaku dan x pelik.. yang dah menikah dok jilat ketiak mak pun ada lg.. sampai panties bini pun tanya mak dan tetapkan warna isteri cheq nak pakai.. gaji diri pun suruh mak be-dak-kan dulu baru bagi bini duit siling yang tinggal.. belah pak aku sorang jadi gini.. lupa adek beradek habis baq ang.. masa bekeluarga.. gaji kad atm bini pegang.. bini mati kanser hidung.. tebuk te-kuk lumpuh lg ikut atas.. anak2 pakat lari habis dengan menikah awal.. pak x restu pun nak menikah juga(masa mak dah lem-bek x leh buat apa dah).janji lepas tangan x mau jaga mak.. cerita pendek dia – KIFARAH. tapi ada kes ia x semestinya queen control.. cuma nak jadi penyayang x mau ikut jejak pak dia yang raja gila kuasa.. buat mak macam kuli suka arahkan mak buat macam2 sampai mak letih tetido seminit selepas duduk dkerusi.. dia tekad nak jadi laki dpuja bini.. buat semua perkara bagi bini senang keja.. tapi xkan la sampai lupa keluarga dan mak pak sendiri pula kan?

  6. Kena buat soal selidik dulu, apa sebenarnya perkara yang terjadi. Kalau terbukti dia adalah manusia yang lupa daratan, so kau sekeh abang kau tu.

    Kalau ada salah faham, try jadi orang tengah dan cari penyelesaian.

    Kadang mungkin sebab ego masing2, benda kecil jadi besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *