About Me

Asalamualaikum Salam Ramadhan semua…cerita saya sangat panjang jadi saya buat point2 je lah ye.

– ayah n ma sy bercerai waktu saya kecil n sejak tu ayah saya kerap tukar isterinya tukar baju..

-umur saya 5tahun saya dicabul pakcik tiri di tandas surau,tindakan bodoh saya ialah saya bagitau abg saya.

-mula bekerja seawal 10tahun kerana ayah saya tidak bekerja tetap dan jarang balik.

-mula bersekolah darjah 6 setelah merayu pada ibu tiri dan merayu kepada penghulu.

-umur 13tahun dapat mak baru lagi, dan ayah sentiasa di rumah ( tak kerja pun ) ibu tiri menyara kami semua dengan bkerja kilang.

-umur 15 saya selalu dicabul oleh abg saya di samping ayah saya selalu mengintai saya mandi.

-sekarang umur saya 25tahun dan saya telah pun keluar dri rumah 3tahun yg lalu dan menetap di negeri lain setelah ayah berkahwin lagi dan mak tiri sy ingin meminta cerai…tp saya masih balik raya di rumah ibu tiri saya dan keluarganya mmg perasaan malu tu ada tp ibu tiri dan keluarganya berkeras inginkan saya pulang setiap kali raya atau cuti. Sejak saya berpindah saya tidak lagi berjumpa ayah saya dan tidak tau dimana keberadaannya…hanya sekali sekala mesej saya minta duit dan topup..bila saya tak dapat bagi duit atau topup dia merajuk dengan menyuruh saya menganggap yang saya tidak lagi punyai ayah…dan abang saya dah saya ugut menggunakan pisau dan saya harap dia tak akan datang lagi ke rumah saya.

– dan dengan apa yang saya lalui saya bersyukur yang saya masih kuat menghadapi semua dugaan…tapi maaf saya terlalu takut dengan lelaki, jika sekadar berkawan masih boleh cuma tidak untuk berhubungan lebih rapat…dan insiden abg saya tu baru berlaku dalam bulan puasa ni jugak…selama ni saya terima dia sebab dia keluarga dan abang kandung saya…tp saya dah tak mampu bersabar lagi

P:s maaf kalau cerita saya membosankan tapi saya dah penat memendam perasaan

– Miss Strong

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

17 Comments

  1. Saya doakan sis dapat suami yg baik yg boleh selamatkan sis dan keluarkan sis dari dunia durjana tu. Selamatkan sis, bina hidup dan memori yg baik untuk hidup sis.

  2. Lagi sekali abang sis datang buat perangai terus repot polis, jangan bersabar lagi, kena ambik tindakan, lelaki macam ni mana boleh dibiarkan bebas, malu tu tolak tepi

    • betul tu…dia tgk awak tak ambik tindakan tu yg dia naik lemak…lain kali awakkena ajar dia..awak kena bertegas…jgn malu…insyallah dia patut dapat balasan yg setimpal… biar hilang sedara dr hilang maruah dan harga diri kita…diri kita ni tak ternilai harganya…semoga awak sentiasa di dalam lindungan Allah SWT… amin

  3. Sis akn jmpe suami yg baik..insyaallah..jga diri sis..jga agama sis…nnt bile smpai mse sis kenal dgn org yg btul..Allah cabutkan perasaan trauma sis tu..

    Hebt ujian sis…dn sis jgk hebat kerana mampu brtahan di saat ini..ad sesuatu yg Allah nk beri sbgai hadiah d pnghujg nnt…insyaallah..cri kwan baik2 untk sis trus stay strong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *