ABSURDUM

mengetap gigi rapat
menahan syaitan erat
pekak makin kupekik
rasa baran yang semakin
tak tenang dan tak cantik
terus deras mencairkan lilin
menyirat rasa ditulis
di wajah nyata tak manis
bersama sakit aku pelajari
takkan sewenangnya mati
kerana menggagahkan diri
jadikan yang sukar realiti

EXPECTATION & TRUST

dari organisasi yang besar ke kepada movement atau society yang picisan, asasnya dua manusia yang berhubung cipta hubungan
melahirkan konsep kerjasama?
jadah apa yang dimaksudkan kerjasama?
tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan, sama seiringan
tapi ini adalah angan, sama ada kau buat, atau tak buat
bila kau buat, kau jadi laju, bila tak buat, kau jadi perlahan
seseorang perlu mula, kalau tak sampai bila baru nak mula?
bila bekerja, organisasinya ada, peranan dan kerja
segala yang nyata sahaja, jadi yang tak nyata perlu diperkata
masalahnya manusia macam kita, tak suka buka cerita
tapi harap yang sekalian lain tahu apa yang tak dicerita

manusia jadi kecewa kerana EXPECTATION, contoh yang mudah untuk aku bagi orang yang berkahwin, sebelum kahwin kau ada letak certain expectation yang menjadi sebab kenapa kau kahwin dengan dia, bla bla kau kecewa, salah diri kau letak expectation tinggi, jadi bagaimana? kau takkan boleh buang expectation dari apa-apa hubungan, kerana tanpa expectation takkan wujud TRUST, dan tanpa trust, kenapa hidup dengan manusia lain?
dah nama manusia, kamu sentiasa ada expectation dan trust, melainkan kamu manusia yang hidup dalam dunia yang asing
kalau aku silap, sila bentangkan idea yang bernas

– GULAI

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *