Ada apa dengan rupa?

Aku seorang doktor. Usia dah memang perlu kahwin. (24++)
Kawan aku cakap aku ada semua wife material.
Aku pandai memasak, kemas rumah, suka kanak kanak dan haiwan.

Tapi aku baru putus tunang masa last posting haritu. Tunang aku ni dia mcm golongan golongan ustaz pandai mengaji lulusan universiti islam semua tu.

Tapi aku tak sangka alasan tunang aku dingin dengan aku sebab aku dah tak menarik mcm dulu. Aku usaha untuk sentiasa nampak cantik depan dia. Nak jumpa dia aku pakai baju cantik cantik, kemas kemas, mekap. Tapi entah, bagi dia semua tu belum cukup.

Dia selalu tegur pasal fizikal aku. Kenapa aku dah gemuklah dah kusamlah jerawat banyaklah. Orang perempuan pantang betul bila orang dia syg tegur mcm ni.
Bila aku tanya "awak ni dulu pilih saya sebab rupa ke?"

Dia mengamuk ngamuk habis semua salah aku dia ungkit sampailah kami putus tunang.

Jadi sampai sekrang aku rasa aku dah hilang nilai dalam diri aku.

And i am very sorry to say this tapi aku dah sangat sangat skeptikal dengan golongan golongan pak ustaz ni.(ya aku tahu bukan semua mcm tu.)

Kadang – kadang jubah labuh smpai cecah lantai songkok tinggi melangit tapi mata tak berkelip pandang perempuan, kaki perempuan, miang gatal dsb(sorry bukan semua tp ada yg mcm ni)

Aku tahu aku doktor, kerjaya yang konon konon semua orang sanjung, dan ada juga yang mendekati aku tapi entah.
Aku rasa mcm aku takkan kahwin. Mcm tiada siapa yang akan suka seikhlasnya walaupun i do have several things that i should be proud of.

Takpe je kan kalau tak kahwin daripada kahwin tapi hidup menderita?
Aku mcm dah serik. 5 tahun aku dengan tunang aku, aku tak pernah sedar selama ni dia hanya pandang rupa.

Aku cuma risau kalau aku ini tidak akan kawin sampai bila bila. Mmg lah ada orang cakap "takpe Allah sediakan jodoh dekat syurga."

Masalahnya aku ni nak masuk syurga pun entahkan layak ke tidak.

Sesiapa tolonglah yakinkan aku semula that it is okay not get marry and it is okay kalau tak ada orang nak pun :(

– Entah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

411 Comments

  1. Me too…doesnt have guts to get married…rse nk jaga mak abh n adik2 je smpi hujung hayat..and and…rse tk sempat pun nk kawen, ajal jemput dlu:'(

  2. Hurmmm…jln crita cm nk sma..tpi sy bkn doktor..hahaa..smpai sy n kwn3 generalisasi y org alim3 ni suka pmpuan putih3 n cntik3….xsmua la..tpi kebanyakan diorg cmtu..ampun maaf klu tsalah..bdasarkan pglman

  3. Muda lagi ni. Tak payah serabutkan fikiran pk kawin. Buat apa yang awk nak buat sekarang. Kejar cita cita (selain dari kerja). Tak kisah la travel, hiking, jalan jalan cari makan or whtsoever. Jodoh akan datang bila Allah nak beri nanti. Chill ok.

  4. baru putus mmg rse cam2..take time to move on and hilangkan trauma 2..maybe in 2 years awk boleh move on..after move on,xkan rase ape2 pon..trust me.. La tahzan innallaha ma’ana.. find the real man again and dont give up..ade hikmah sebalik setiap kejadian

  5. Stiap apa Yg tejadi adalah ketentuan Allah,xperlu nak menyalahkan sesiapa. Kerana Allah jualah yg memegang hati setiap manusia termasuk hati kita sendiri.letak keyakinan dan letakan Allah pada yg tertinggi. Allah bolih membolak balikkan hati manusia ni senang je,banyakan berdoa. Jika jodoh dah sampai sperti ditetapkan dalam takdir kita insyaallah semuanya akan terjadi walaupon kita xjangka.

  6. Muda lagi dik… I’m in my 30’s tak pernah ada boyfriend… Mmg faham dah sbb faktor fizikal paras rupa yg tak seberapa ni. Teruskan hidup… Kejar impian.

  7. Tu namanya alim celup. Haha

    Klu betul2 soleh, dia xkn buat camtu punya. Trust me

    Cer bg nama penuh laki tu. Blh smua sistur kat sini beware siap2

    Smoga Allah jodohkan sis dengan orang yang tepat, soleh dan blh mbimbing ke syurga. Amin

  8. Dear, it’s ok.. Really. Kawen bukan tujuan utama kita. Dunia ni kejap ja. Tapi, manusia dicipta berpasangan.. Fitrah. Sesungguhnya, Dia yang Maha Mengetahui.. You are worth more than that :) sebab tu Dia stop kan sampai fasa tunang.. Build up your self confidence. Love yourself. Dekatkan diri pada Pencipta. Pemegang hati. Hati ni memang sentiasa berbolak balik..

    Serius nak cakap, u’re such a wonderful girl, sape tak suka org yg pandai buat keje rumah tangga dan suka kanak2 sume.. Huhu. Saya pun jeles. Doc mmg sibuk.. Saya pun faham. Takpa, jaga diri dan penampilan sikit2. Comel dah tu.

    Kalau orang yg kita nak bina hidup tu hanya melihat pada rupa, mungkin itulah yang dia akan dapat ketika bakal isteri dia melihat dia. What goes around comes around. Carik redha Dia.. Nnt awk akan dpt apa yg terbaik.

    Ramai kwn doc. Umur diorg jauh lebih tua. Rasa nak peluk awak. No worries k..

  9. You got nothing to lose letting go of that kind of person. Shallow people flock together. Semoga tuhan anugerahkan awak seseorang yang betul2 suka awak sebab awak. Amin…and kalau xde orang nak ke sudah pun what’s the big deal. Single is better anyway.

  10. Biarkan mamat tu pergi..maknanya dia bukan yg terbaik untuk adik. Umur muda lagi…fokus pada kerja. Kerja doktor ni kerja mulia…lakukan dgn penuh tanggungjawab..x payah nak risau la ada pakwe ke tak…sampai jodoh bertemu jua..

  11. Umur 24++ dah patut kawin? Hakak dah 32 dik.semua benda dah complete.laki je takde lagi. Akak amik pendekatan ade jodoh ade.takde sudah. Skrg keje kumpul duit travel.kasi mak ayah.itu je. Bukan tak usaha.dah usaha.mak ayah cari tak jalan.sendiri cari lg la..tp belum sampai jodoh. So chill…ko keje rajin2 ko pegi travel bila berkesempatan. Sampai masa tuham bg la jodoh yg terbaik.

  12. Bersangka baik dengan Allah.

    Kalau dah kahwin baru tahu selama ni dia cuma suka sebab paras rupa. Tak ke rasa lagi naya?

    Cari redha Allah, in sha Allah nanti Allah akan pertemukan kita dgn org yang sama sama cari redha Dia. :)

  13. “Kadang – kadang jubah labuh smpai cecah lantai”
    = Jubah den atas kuku lali.
    ” songkok tinggi melangit”
    = Den Pakai lebai ja.
    ” tapi mata tak berkelip pandang perempuan”
    = Den solat tak pakai spek mata mna nmpak orang.
    ” kaki perempuan”
    = Kaki sendiri ada buat apa nk pinjam yang perepuan punya hehe..
    ” miang gatal dsb”
    = tak miang kut sebb tak main kat rumput hehe…
    Hehe… Maaf Saja tumpang lalu
    Nasib den tak masuk dalam kalang tu huhu…

  14. Adik doktor, jika sya bleh nsihat…kamu rujuk dgn surah luqman, tgok ayat 33&34. Slalu2 le baca trjemahan al quran. Dlmnya bnyk rahsia atas sgala hal. Org suka bgi nsihat ikut emosi dn pnglaman msing2, utk awal tu boleh, tetapi kemudiannya dn seterusnya rujuk hnya pd Allah dn ssunguhnya ptunjuk itu bnyk dlm kalamnya..mga bhgia dunia n akhirat.

  15. You’re still young,why rush for marriage? It will come. It’s all in Allah’s plan. Live your life happily. Go travel the world. Open up your mind to new adventures. It will change the way you view life. Marriage isn’t everything. It may happen,maybe not. Make yourself happy. Don’t put someone as a priority when we know our heart is fragile.

  16. Sedihnyaa.. Nk nangis baca. Tak perlu down sampai macam nie. Percayalah Allah tu sebaik-2 perancang. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Obviously lelaki tu bukan lelaki yg baik, so bersabar lah..

  17. Hahaha, tak tengok pelajar perubatan punya alasan lagi :D .Ni masalah individu sahaja. Too bad she met the wrong person. Benda2 macam ni sebenarnya boleh kesan dari awal lagi, tapi kebanyakan manusia suka tipu diri sendiri.

  18. Bagus juga xjadi dgn dgn ‘ustaz’ tu…. mujur sgt la nmpk tembelang dia sblm kahwin…kenapa nak dkenang org mcm tu dan salahkan diri sdiri,sebenarnya Allah nak berikan awak jodoh yg terbaik… kalu dah kahwin beranak pinak lagi la teruk kalu kene tggal… mudah2an akn jumpa ustaz yg sebenar.. kalu jodoh dgn ustaz yg betul,bahagia dunia n akhirat dik … Insha Allah…

  19. biasalah …. org klau dah xmaw …. dia bagi alasan macam2 …. rasanya lelaki tu ada suka dekat org lain. .tu lah bg alasan bongok tuh …. tulah org tua2 ada ckp .. jgn tunang lama2 ….. setan level tinggi punya mau hasut …. ustaz pun boleh tumbang …. huhu ….

  20. Sis, takpe sis skeptikal mcm tu..pada saya org skeptikal bersebab..bkn sngaja jadikan diri mcm tu..so positif byk2..kalu takdir tiada perkahwinan tidak mengapa ..pahala berterusan boleh je sis buat..amal jariah byk2,,, sebarkan ilmu byk2..in shaa Allah pahala selepas mati pon dapat..Allah da janjikan

  21. Rileks awk..mude lagi ar.. hehe.. kite pun 24 okay.. bez pe hidup single mingle mcm nie.. takyah fikir pape.. hehe.. enjoy dulu.. nnt dah sampai mase tuk kita kawen, kita kawen k.. jodoh tu rahsia Allah.. ramai je yg kapel dgn org lain, tunang dgn org lain, kawen pun dgn org lain.. no worries k! Allah dah sediakan yg terbaik utk kita..
    P/s : kite faham perasaan awak, sebabbb orang selalu duk tny soalan bile nak kawen? dah kawen ke belum?
    Chill je okay! ;) jgn terburu² cari jodoh nie.. hihi.. bahagiakan org tuamu dulu.. ^^

  22. Guys always guys… Da ad yg elok dpn mata pn still cuci mata kt lua..ssh nk ckp,pnh gk merasa putus tunang dlu..tp,ms tu ak keras ati nk smbg study..bkn psl rupe..now,he come back n mntk maaf..and ak da maafkn da pn org yg tinggalkn ak sblm ni..yakin la pd dr bhw kite ad kelebihan tersendri..hny yg ikhlas je yg nmpk dan tahu yg kite mmg istimewa (bkn cacat ye..huhu)

  23. haha.. aku pun.. pernah terfikir.. xnak kawen lah.. mybe it would be much better.. xtaula.. sis jgn tiru tau.. saya ad pemikiran mcm ni sbb saya susah nk percaya lelaki.. mmg dr kecik.. susah nk buang.. wlopun ad je kwn laki.. but to trust a guy lebih dr kawan.. i really can’t…

  24. Klu dh xde jodoh mmg mcm2 alasan akn tcipta. Redha je. Ada jodoh Lain insyallh. Tapi sbg perempuan penampilan mmg perlu dijaga utk diri sendri sbnrnya. PD sy kbanyakn masalah bpunca drpd komunikasi. Laki yg x pndai mhargai x perlu dhrgai.

  25. .. Perjalanan masih jauh.. Byk lagi bahagia menanti anda akan datang.. Just sumer tu akan datang cepat or lambat jer. Jgn risau tentang jodoh itu rahsia Allah spt jugak ajal rahsiaNya . just keep praying yg tbaik buat diri.. Allah bg bila pabila tepat masanya perkahwinan skrg xjamin dia adalah jodoh tepat mu . ingat perjalanan masih jauh lalui lah spt biasa syukurlah bahagia yg ada skrg bersama family kekawan dll .. ;)

  26. 24? kak long ni 27 rilek je. Baru nak kawin. Still long way to go dear. Chill lah. Lelaki yg pandang rupa biarkan dia berlalu pergi. So cantikkanlah diri awak tu. Doktor kot. Blerghhh he will regret one day after hahaha

  27. Jodoh itu rahsia Allah ☺️ husnudzon & live ur life mcm biasa.. In sha Allah nnt smpai masa, Allah akan bagi yg terbaik kt kita. Keep praying & dekatkan diri pd Allah dulu

  28. 24?? muda sgt ni dik…akak 29 ni..pun sama jugak baru lepas putung tunang..well, life doesnt evolve around love story only..ni ayat penyedap hati..tapi bagus gak ko let go that kind of boy..dah kenapa nk bersusah payah solek etc2 untuk jumpa dia..terima seadanya..xde la akak kata ko kena pg jumpa dia dlm keadaan serabut baru bgn tido etc..tp if the normal ko pun dia xleh terima, komen banyak, imajin bila ko baru bgn tido..agaknya terkejut berok mamat tu..

    24 tahun terlalu muda dik..move forward..mana tau di sepanjang persimpangan kehidupan nanti, terselit jodoh

  29. Tertanya tanya.. ada tk confession lelaki putus tunang sbb perempuan kata lelaki tu gemuk, byk jerawat, gelap? Mcm belum pernah baca kan?

    mohon klu tk suka, terus shj ckp tak serasi.. tk perlu jatuhkn org melalui fizikal yg tk pernah kekal.. shallow sgt perangai..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *