Ada apa dengan rupa?

Aku seorang doktor. Usia dah memang perlu kahwin. (24++)
Kawan aku cakap aku ada semua wife material.
Aku pandai memasak, kemas rumah, suka kanak kanak dan haiwan.

Tapi aku baru putus tunang masa last posting haritu. Tunang aku ni dia mcm golongan golongan ustaz pandai mengaji lulusan universiti islam semua tu.

Tapi aku tak sangka alasan tunang aku dingin dengan aku sebab aku dah tak menarik mcm dulu. Aku usaha untuk sentiasa nampak cantik depan dia. Nak jumpa dia aku pakai baju cantik cantik, kemas kemas, mekap. Tapi entah, bagi dia semua tu belum cukup.

Dia selalu tegur pasal fizikal aku. Kenapa aku dah gemuklah dah kusamlah jerawat banyaklah. Orang perempuan pantang betul bila orang dia syg tegur mcm ni.
Bila aku tanya "awak ni dulu pilih saya sebab rupa ke?"

Dia mengamuk ngamuk habis semua salah aku dia ungkit sampailah kami putus tunang.

Jadi sampai sekrang aku rasa aku dah hilang nilai dalam diri aku.

And i am very sorry to say this tapi aku dah sangat sangat skeptikal dengan golongan golongan pak ustaz ni.(ya aku tahu bukan semua mcm tu.)

Kadang – kadang jubah labuh smpai cecah lantai songkok tinggi melangit tapi mata tak berkelip pandang perempuan, kaki perempuan, miang gatal dsb(sorry bukan semua tp ada yg mcm ni)

Aku tahu aku doktor, kerjaya yang konon konon semua orang sanjung, dan ada juga yang mendekati aku tapi entah.
Aku rasa mcm aku takkan kahwin. Mcm tiada siapa yang akan suka seikhlasnya walaupun i do have several things that i should be proud of.

Takpe je kan kalau tak kahwin daripada kahwin tapi hidup menderita?
Aku mcm dah serik. 5 tahun aku dengan tunang aku, aku tak pernah sedar selama ni dia hanya pandang rupa.

Aku cuma risau kalau aku ini tidak akan kawin sampai bila bila. Mmg lah ada orang cakap "takpe Allah sediakan jodoh dekat syurga."

Masalahnya aku ni nak masuk syurga pun entahkan layak ke tidak.

Sesiapa tolonglah yakinkan aku semula that it is okay not get marry and it is okay kalau tak ada orang nak pun :(

– Entah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

411 Comments

  1. Yang mana kau pilih
    Isi atau kulit
    Kertas bungkusan yang indah coraknya
    Membungkus benda tak kira nilainya

    Yang mana berharga
    Isi atau kulit
    Hiasan cantik permainan mata
    Budi yang baik santapan jiwa

    Ada orang lihat kulit
    Ada orang lihat isinya
    Kulit dan isi
    Memberi erti
    Jikalau tahu menilainya.

    pewwittt…

  2. ustaz itu bukan jodoh terbaik kamu dik…Allah ingin berikan yg lebih baik jdi..teruskn berdoa..doa..doa dan bersabar ye…InshaAllah Jodoh syurgamu akan menjelma suatu hari nnti…InshaAllah…Allah kan ada…dont worry ok!! ..Smileee!!!

  3. Its okay..just moveon.. insyaAllah one fine day nnt awk akan jumpa lelaki yg boleh terima awak seadanya dan memahami tugas awk sbgai doktor, bukan sekadar tgk kecantikan luaran. Kena sekufu..itu yg paling penting :)

  4. Kau doa pd Tuhan berikan jodoh yg terbaik. Ternyata dia bukan yg terbaik. So chill lah. 24 ok bkn 42. Kau dah ade kerja pulak tu. so persetankan je apa org kata. Tuhan nk bg kau spend masa lebih lama dgn ibubapa

  5. Pelik betul manusia dimata orang…jangan lihat pada luaran sahaja..banyakkan berdoa dalam bulan ramadhan ni..in syaa allah..semoga diketemukan jodoh yg baik2

  6. Dik, ko penah dgr x alasan putus yg agak mengarut?ex aku tinggal aku mase arwah nenek aku tgh sakit tenat sbb kanser pankres *btw arwah mase tu dh umo nk msuk 75*.
    Dia tgal aku dgn alasan takut aku pn sakit kanser mcm arwah…best ke xbest alasan cmtu ko ghase?alasan yg ex tunang ko bg tu lebih masuk akal berbanding alasan ex aku dlu. Tp xpe la..aku dh move on pn..alhamdulillah laki aku skrg terima aku seadanya..walaupn aku ni bambam mcm hot air belon, dgn seribu satu serba kurang. Suami aku terima aku. Jgn risau dik. Jodoh kau dh ditentukan. Lambat cepat sampai tu je bezanya. Kalu xde didunia pn, mgkin jodoh kau dh tggu kau kt syurga sana..

  7. Dont worry sistur.. Sy xrse pun kawen tu salah satu matlamat hidup. Sy pnah je jumpa dr pakar perempuan yg xkawen2 lagi. Atau mungkin sbb sy golongan yg agak paranoid ngn bab kawen2 ni ..so sy rasa xdela penting mana pun. Better laa xkawen dr kawen dgn org yg salah. Hah cmtulah kiranya mindset yg sy pegang skrg. Lain lah cita kalau allah tu ada plan lain utk sisturr ye dok?

  8. Kepada confessor… Tak kawen pon xpa… Sebab skang ni banyak permintaan doktor perempuan nak deliver baby.

    Kalau kawen, confirm2 lepas 1 tahun kena jd orang rumah sepenuh masa sebab nk jaga baby

  9. Dik.. jodoh pertemuan, ajal maut tu kerja Allah. Xpyah lah kite nak pening kpale pkir. Xberjdoh ngn mnusia, berjdoh dgn ajal. Stiap satu perkara yg terjadi tu ade hikmahnyer. Nseb baek dh ptus tunang ngn mr. Alim kucing tu byg kn if korg kwen. Dia bkn lelaki terbaik utk awk. Just move on. Live your life xyah nk pkir psal jdoh sgt. Allah temukn jdoh awk lmbt skit sbb nk bg awk jga mak bpak dlu. Bg mak bpak gmbira dlu.
    Ambil mse yg ade skg ni utk jga pnampilan tpi bkn utk trik perhtian lelaki tau! Ni utk boost confident level awk sndri. Being fat is okay if jga pnampilan.

  10. Percaya pd Allah..sume yang berlaku ada sebabnya..sy dh nak masuk 30..ada yang dtg dan pergi..sy tau knape Allah dtg kan dia..dan juga knape Allah jauhkan dia dari sy..sume nya ada sebabnya..10 malam terakhir ni bykkan berdoa..mintak dipermudahkan jodoh..dan mintak juga supaya Allah jadikan kita redha atas apa2 jua yang ditakdirkan utk kita.. :-)

  11. Lelaki pada awalnya ramai yg memandang rupa. namun setelah berkahwin, tahun berganti tahun, akhirnya mereka sedar rupa bukan syarat utama untuk bahagia!

  12. pedulikan apa ustaz celup tu kata sis. there will be someone out there yg akan ikhlas sygkan awak, blh terima buruk baik awak. jangan risau semua tu. and dont let urself down because of it. macam aku, dulu mmg takde la yg nak pandang. yelah muka jerawat teruk, badan pulak gemok. sampai lah aku jumpa the only one. dia lah yg guide aku, selalu bg nasihat, bg dorongan, jatuh bangun aku dia ada. bila aku kena hina kena caci, dia lah yg back up aku, sentiasa jadi pendorong. and alhamdulullah now, muka aq dah lebih okay, badan pun dah cun, dia pun bersyukur tengok perubahan aku. :)

  13. Huish. At least dah kenal hati tunang tu mcm mana. Nasib xkawen lagi. Alaa sis. pk positif je lah. Mungkin ada bnyk lagi perkara sis kene settle down dulu sblum kawe. Bermanja dgn parents misalnya. Takpe. Jodoh itu ada. Hati kita, Allah yg pegang. Kalau dia mmg bkn utk kita, syg mcm mana sekalipun, mmg bkn utk kita. Tapi kalau dia mmg ditakdirkan utk kita, sombong dan benci mcm mana pun, dia tetap akan jd milik kita suatu hari nnt. Jodoh akan dtg kalau kita berhenti berfikir mengenainya. Hihi.Doa banyak banyak ye. Sedekah jgn lupe.

  14. its ok sis..everything will be ok sis..jgn kite ppuan brubah dsebbkn lelaki.klau kite brubah sbb llaki ntah kekal ntah tidk hbgan kite ngn llaki tu
    stiap pkra yg kite buat tu sis lilahi taala,,igt aim kite pda Allah je sis
    sis dah keje best,,dr tu msa dpan yg sngt cerah sis,,
    sis truskn ngn kerjaya sis,,bt istikarah mtak ptunjuk,,in sha Allah klau ad jodoh ad lah sis
    Allah dh mmg ttap kn jodoh msing2 sis
    biar masa je mmnentukan sis,,sis btawakal je
    may Allah ease n bless u sis sado’

  15. Syarifah Nurul Baiti bace cerita dulu baru bace comment.

    Eih aku bukan nak salahkan title ustad. Tp sep sep yg acah acah baru nak jd ustad pun perangai ke laut. Betul la bukan semua. Segelintir aje . Lantak pi la ustad tuh. Ad lg kot ustad lain yg tak ad rupe ustad tp baik. Tinggal tak jumpe aje lagik. Doa bebanyak la. Jodoh tuh kan Allah dah tetapkan.

    Pastu kat hakak. Rilex sudah. 24 baru kot. Ad yg org lain tak kawin2 walhal umur lagi dah cecah berape. Bina aje la kerjaya tu mantop2. Kumpul duit, further study, beli rumah, bawak mak ayah pegi haji. Bnyk laa kak kau boley buat. Tak pyh nak stress sgt untuk 5tahun tuh. Yg kawin pun boley cerai. Ap sgt dgn tunang. Kemon arh sis. Yakinlah Allah sebaik baik perancangan! Walaupun kawin atau tidak!

  16. Allahu, sis.. Tak kisah la tunang/bercinta lama mana pun, kalau tak diredhai.. Memang lah Allah pun xsuka.. Cuba sis buat apa yg Allah redha & suka dlu.. Boleh dgn mudah sis jemput rezeqi. Yakin tak jodoh dh ditetapkan sjak azali? Haaa rsa nak bwk sis pegi shopping bli buku kat kdai nak hadiah 10 buah je! Byk lg guidance for a proper marriage & relationship. I know you’re smart enough to learn about that.. You’re smart enough to be doctor kot, Subhanallah! Jgn anggap sorang ustaz yg tak baik, terus org baik2 lain takleh dipercayai. Jgn sis. Kita kena sangka baik dgn Allah. Smua ni satu ujian.. Bukan perlu permulaan yg baik tapi kita nak pengakhiran yg baik kat syurga nanti.. Itulah kehidupan yg lebih hakiki, kan sis? Jadi hidup kat sini sekejap sgt. Please, make it worth it. Make it worth a jannah in hereafter boleh ke, sis? Sis nak kan masuk syurga? So kena cita2 tinggi & usaha yg tak reti give up dgn rahmat Allah! Do good, not because you’re good enough to do it, tapi sbb Allah dh bagi terlampau banyak kebaikan dah.. Haa so cubalah hargai nikmat tu! PM me if you need any help

  17. Memang ada pun jenis ustaz celup tu. Acah2 ustaz. Yes, wujud. Cakap alhamdulillah sebab diselamatkan drpd spesis begitu. Btw, baru 24 dik.. kerjaya pun okay. Skill pun bagus. Don’t worry, u deserve better lah. Apdehal sgt pak ustaz tu xmau. Ramai lg org mau. Cuma masa je belum sampai. Percayalah, bila masanya tu dh sampai, xda siapa pun boleh halang. Letak keyakinan kat Allah. Solat hajat bebanyak, dekatkan diri dengan Allah nescaya dunia akan kejar dik. Jgn terpengaruh dgn kwn2 yg ramai kawin. Tu bahagian rezeki memasing. Bersyukurnya sbb adik Allah bagi rezeki kerja, skill segala bagai. Tgok apa adik ada skrg, dan cuba tgk berapa ramai nak yg mcm adik ada.. :D

  18. Doktor apa umo 24? Lulz. Rilek sudeh HO pn belum lg lulz. Life does not revolve around romantic relationship only so chill la

  19. Dik..come on la, jgn pndg rendah pd diri sendiri blh x??die tu x deserve awk pon..awk deserve someone better..lantak pi la kalo die x suke ngn fizikal awk.nnt awk akn jmpe someone yg akn blh terima awk seaadanya..kdg2 u hv to meet mr wrong to find your mr right.keep telling yourself that u r worth it.yakin ngn diri sendiri sbb keyakinan itu yg akn bt awk cantik inside n out..trust me..been there done that

  20. Jgn berputus asa dalam kehidupan walaupn ia pedih.. Kakak pn dlu… Hmpir bputus asa dgn dugaan melanda.. Alhamdulillah, اللّهُ masih sygkn aku … Nasihat kak , bergantunglah pd اللّهُ bukan pd manusia .. Ustaz pn manusia biasa jg… kena sedar tu

  21. alim ke warak..mereka tetap lelaki dan lelaki ni ada 1 nafsu dan 9 akal..sebab tu mereka boleh menjadi apa saja..dari dulu memang saya x pernah percaya ustaz ustaz ni (kebanyakkannya)..duk gebang nak yang jaga akhlak , nak yang jaga iman..tapi duk pi cari yang cantik luaran je..pahtu duk kawin 2 3..hahah…

  22. Serius talk, sy memang ada jumpa stok² Ust yang memang gatai pun.. pandang rupa, materialistik walaupun x semua. Dalam kes sis ni, ni belum lagi nikah. Dah nikah? Apalah yang dia akan kata pd sis. Baik putus skrg drpd putus lepas nikah. Btw sis, u deserve someone yang better dr ur ex-tunang. Xpe, pilih lelaki yang luaran nampak biasa², tetapi bab² ibadah dia jaga. Ramai ja lagi. Mohon pada Allah. Sy doakan sis bertemu dengan jodoh yang sesuai dan pd masa yang sesuai.

  23. Doc, it’s totally OK u taknak kawin. It’s totally OK kalau takde jantan nk kat u. Kita hidup bkn tujuan nk membiak semata. We don’t need other people’s approval of our lives. Their views on us don’t affect our salary (our boss’s views do though). What they think of u doesnt put food on ur table. Being married doesn’t necessarily mean u will be happy. Ramai je org kawin tp tak bahagia. Sudahnya merosakkan diri sendiri dan anak2. What’s important is urself. U need to be happy inside. Biarlah apa org nak kata pasal badan u, jerawat u. Kat akhirat esok Allah tak judge u of ur jerawat. Takdenya Allah nak kata “thou shall go to hell for thou had too many jerawat!!”
    Nasihat i…. focus pd kerjaya, berbakti kpd mak ayah & keluarga. Strive for excellence. nanti dah jd doc pakar, show to ur ex….im better than u. I dont need u.

  24. Perkahwinan itu sunnah sis. Org normal mana xnk kawen. Tapi,saya x pernah plak baca cakap perkahwinan tu adalah jalan terakhir untuk ke syurga.

    Kalau syurga yg dicari, banyak jln lain lg yg Allah telah ciptakan untuk dptkan syurga. Buktinya apa, ramai je org2 soleh dorg mati masa usia muda n x kawen pn. So, jgnlah sis sempitkan fikiran tu dgn aggp melalui perkahwinan je boleh ke syurga.

    Single pn boleh ke syurga. Mmg nak yakinkan diri tu susah sbb kita x yakin dengan ketentuan Allah. Saya tahu, sedih n risau bile kita dh ad semuanya, dan setia menunggu lama, las2 x jd. Pas tu fikir ad ke org nak kt kita lg.

    In Shaa Allah sis, ade je. Teruskan perbaiki diri kerana Allah, bukan kerana org. Berdoalah semoga awk diajar oleh Allah untuk redha n yakin dengan kekuasaan dariNya, x slh pn minta Tuhan ajar kita meyakini kekuasaan Dia.

    X taw la, smpai x pointnya. Hehehe. Sekian.

  25. Sometimes people purposely will bring you down because they have low self-esteem… The problem is them, not you… It’s his lost, not yours… Bersyukurlah masih belum bernikah dia dh buat hal… You deserve better.. People plan, and Allah plan, but Allah is the best of planner… Forget the past, move on…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *