Ada apa dengan rupa?

Aku seorang doktor. Usia dah memang perlu kahwin. (24++)
Kawan aku cakap aku ada semua wife material.
Aku pandai memasak, kemas rumah, suka kanak kanak dan haiwan.

Tapi aku baru putus tunang masa last posting haritu. Tunang aku ni dia mcm golongan golongan ustaz pandai mengaji lulusan universiti islam semua tu.

Tapi aku tak sangka alasan tunang aku dingin dengan aku sebab aku dah tak menarik mcm dulu. Aku usaha untuk sentiasa nampak cantik depan dia. Nak jumpa dia aku pakai baju cantik cantik, kemas kemas, mekap. Tapi entah, bagi dia semua tu belum cukup.

Dia selalu tegur pasal fizikal aku. Kenapa aku dah gemuklah dah kusamlah jerawat banyaklah. Orang perempuan pantang betul bila orang dia syg tegur mcm ni.
Bila aku tanya "awak ni dulu pilih saya sebab rupa ke?"

Dia mengamuk ngamuk habis semua salah aku dia ungkit sampailah kami putus tunang.

Jadi sampai sekrang aku rasa aku dah hilang nilai dalam diri aku.

And i am very sorry to say this tapi aku dah sangat sangat skeptikal dengan golongan golongan pak ustaz ni.(ya aku tahu bukan semua mcm tu.)

Kadang – kadang jubah labuh smpai cecah lantai songkok tinggi melangit tapi mata tak berkelip pandang perempuan, kaki perempuan, miang gatal dsb(sorry bukan semua tp ada yg mcm ni)

Aku tahu aku doktor, kerjaya yang konon konon semua orang sanjung, dan ada juga yang mendekati aku tapi entah.
Aku rasa mcm aku takkan kahwin. Mcm tiada siapa yang akan suka seikhlasnya walaupun i do have several things that i should be proud of.

Takpe je kan kalau tak kahwin daripada kahwin tapi hidup menderita?
Aku mcm dah serik. 5 tahun aku dengan tunang aku, aku tak pernah sedar selama ni dia hanya pandang rupa.

Aku cuma risau kalau aku ini tidak akan kawin sampai bila bila. Mmg lah ada orang cakap "takpe Allah sediakan jodoh dekat syurga."

Masalahnya aku ni nak masuk syurga pun entahkan layak ke tidak.

Sesiapa tolonglah yakinkan aku semula that it is okay not get marry and it is okay kalau tak ada orang nak pun :(

– Entah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

411 Comments

  1. Jodoh itu di tangan Tuhan. Jangan rasa give up like, erm sape la nak kat aku, or lantaklah tak kawen ke apa… Fitrah manusia ingin mencintai dan dicintai… Jadi, jangan looked down on ourself. Have faith in Allah, berdoa sungguh2 pada Allah agar Allah bagi jodoh yang baik yang membimbingkan ke syurga. Jangan putus harap, bila putus harap, tu yang jadi doa pula….

  2. assalamualikum,sebaik baik tempat kite mengadu segalah hal dunia ialah allah swt.sentiasalh memohon doa kepadanya kerana allah swt sebaik baik perancang untuk hambanya.

  3. Not your fault dik…you are too precious to be with that silly man….that guy wasn’t even up to your level. You deserve the best. Jgn bazirkan airmata menangisi sampah yg tiada harga.

  4. Salam ,
    Awak beruntung allah dah tapis awal2 org yg tk boleh terima awak seadanya
    Allah tapis supaya awak dijodohkan dengan org yg betul2 cintai awak
    Boleh lupakan kisah lama mulakan hidup baru ,
    Kahwin itu sunnah ,
    Move on
    Kalau xde org sy ada
    Sy pun single lg

  5. kwn2 sy kebanyakan doc ..sbb sy kja di ward ..n ape yg sy nmpk ,dorg trllu bz ,trlalu penat smpaikn kadang xjaga diri..kadang dr pg smpai ptg xmkn2 lg..balik keja 11 mlm .. 5pg dh ade kt wad ..smpai lebam mata..bdn keding ..muka kusam ..tp ade je doc yg pndai jga dri ..nsihat sy pompuan ,walau bz mcm mna pun msti kna bijak jga kecntikn dri ..n rmai doc pompuan xkawen lg atas bbrapa fktor ..dn sy sgt salute kwn sy yg pompuan brkeinginan kahwin ,dia cri sndri jdoh yg dia brkenan,yg pntg baik,briman ,n dia sndiri melamar lelaki 2..why not ?

  6. Awal sgt nak give up ttg jodoh diusia 24 thn. Nak dptkan keyakinan n kepuasan diri try p travel.. backpacker kalo boleh. Join backpacker perempuan y tegar2.. awak akan lebih bersyukur lepas lihat dunia luar.

  7. Love yourself first. Fokus pada kerjaya awak sebab kepakaran dan kemahiran awak sangat diperlukan ummah. Allah takkan menguji hambaNya melebihi kemampuan hamba tersebut. Munasabah diri. Perjalanan hidup kita telah ditentukan Allah jadi mohon padaNya yang terbaik. Bersangka baik dengan takdir Allah. ;)

  8. nmpk x sstgh ust pon pndang rupa fizikal bagaii ,cramah bukan men lg kata nk agama bagai ,ckp ukur mulut ler ust2 oii . cis !! sabar ya doktor :) ada yg lbhhhh baikkkk,biapun bukan ust pasti dia terima sbb diri yg sbrnya , ;)

    • nice2..selagi dgn nama lelaki ni perempuan kena waspada. x kira pak ostad ke, jaga ke, doktor ke.. jgn mudah caya kat lelaki, huhu

  9. Relax sis. Your worth does not depend on how men percieve you. I feel u sis. Kdg2 rase jugak taknak kahwin. And i realized something. The less i think to perfect myself to be a good “wife type” and try to perfect myself only for the sake of Allah, the more i feel peaceful and contented. Seriously. Dan saya selalu berdoa “ya Allah, jika kau takdirkan aku ada jodoh di dunia, temukanlah jodoh yg baik untuk aku. Tapi jika tiada jodoh aku di dunia, berilah kesempatan untuk aku berbakti sebanyak banyaknya kepada ibu bapaku dan gantilah sebaik baik pasangan di akhirat kelak. But, after all, marriage is one of the sunnah. :)

  10. Just yakin Allah akn berikan yg terbaik bila mase ko da bersedia.. Skang nih just focus pd parents, adik beradik n kerjaya.. Mcm yg aku buat skang nih.. Hati kena slalu redha..

  11. In syaa Allah… Allah dh jodoh kan awk dgn yg lebih baik dri dia… Sabar naaaa… Doa doa doa dan trus berdoa… Disebalik sesuatu ada sesuatu redha sangka baik

  12. Sedihnyaa…sis just be yourself. Jangan la down and rasa diri xde nilai.. you are beautiful just the way you are. Skang ni xperlu fikir sgt nak kawin ..buat ape2 yg dpt bahagiakan awak contoh g spa and salon,excercise and ajak family or friends jalan2 so xla kesunyian.. then,think positive. Baik sangka dgn Allah and doa.inshaAllah Ada lelaki yg akan ikhlas terima awak seadanya.. xperlu risau. Lg 1,cuba berhias dpn family contoh tiap kali balik umah jmp mak abah cuba pakai bj cantik2 make up ke and pakai perfume..pastu before salam mak abah tu pakai losyen.. nnt mak abah adik ke puji ke dpt la naik balik semangat awak tu..

  13. Adk muda lg..jgn putus asa..troskn bdoa..psti ade jodoh yg lbh baik utk adk..akak ade gk exprience..couple ngn ustaz..last2 skali ustaz tnmpk akak jmpe sepupu kt car park hotel..tros dia putuskn hubungn..now alhamdulillah..dpt yg lbh baik..wpn bkn ustaz..tp ala2 ustaz..kira gk tu..adk don’t giv up..awk doktor..tumpukn pd kerjaya mulia awk tu..akak mmg salute org yg jd doktor..cz nk jd doktor belajar kn struggle..adk akak pn doktor gk..tu yg akak phm..nnti ade ms..g spa..pstu cer tayang ckit kt mamat x sedar diri tu..rsnye..dia pn acah2 ingt if putus ngn doktor..blh dpt yg lbh bgs..pd hal dia x tau dia akn dpt yg lbh celaka..

  14. saya bersimpati dengan awak, tapi alasan yg lelaki tu bg bole jdi btul bole jd he just made up. untuk apa?
    barangkali dia dah xde hati. wallahualam.

    Allahumuqollibulqulb, dia yg Maha membolakbalikkan hati, pemegang hati, dan pemilik segala cinta. Mohonlah pada dia. beri ketenangan dan kesembuhan pada hati kita yang terluka.

    tentang kahwin tak kahwin, siapa jodoh kita, Allah yg tentukan. mungkin ini masanya kaji kelemahan dan kekurangan diri.

    everything happen for reason. Allah is the best planner.

    sy doakan awak beroleh ketenangan, insyaAllah
    be strong sister <3

  15. Ala dik doctor baru 24.muda lagi tu..g enjoy dulu ada duit g lah travel sana sini kumpul harta sdri dulu… in sya allah ada lah jodoh nanti…mgkin Allah nak bg yg lebih baik. Mana tau dikalangan doc doc juga.

  16. Blh jadi lelaki tu ‘create the reason’ . Allah yg maha membolak balikkan hati hambaNya. Mungkin pihak lelaki ada buat istikharah n mana tahu Allah palingkan hatinya. Ilmu Allah itu luas. Kadang2 both of u baik tp bukan baik utk dijadikan jodoh. Mungkin yg lebih baik dah ditulis bersama jodoh lain. Urusan Allah. Siapa sangka? Hee

  17. Dik, akak ni pun gemok..berkawan dgn husband sejak belajar di upm lagi..sampai dapat anak 3 pun masih gitu..hahah..(tapi sekarang ada lah kurus sikit..takut dpt penyakit) ..memang bersykur sgt suami dan mentua dapat terima diri akak dgn baik…berdoalah dik moga Allah temukan jodoh yg dapat menerima diri kita seadanya..jaga diri baik2..

  18. Relax r. Geng2 doktor berlambak yang xkawin lagi. 27-29 tu normal. Mostly female doctors xkawin lagi. It’s fact. Just look at our specialist – they r young n vibrant (i mean young specialist 35/36 n below) n still ramai xkawin rite? So xyah lah sedih2. Do not get married bcoz age or what. Kalau betul2 nak kawin minta pada Allah to give u the right person.

    P/s: But i dont encourage u to get pregnant during housemanship.

  19. Sis..sabarlah..sy ni biasa2 je..mmg tak de la muka artis tu…zaman sekolah takde org minat pun sbb sy gelap and pendiam gila dulu..selalu masuk pertandingan lari balapan,kawad,merentas desa..mana tak gelap..sy selalu fikir tak de org la nak kat aku..lool. so sy mmg jadi awkward dgn laki sbb tahap keyakinan rendah..tapi bila masuk U, I learnt about self confident and to be content with urself….tah ada laki tu ‘buta minat’ kt saya..mula2 sy agak prejudis..tapi..dah jodoh kahwin dgn dia jugak :p .inshaAllah ada jodoh tak kemana..dont think negative about marriage by looking at the bad marriage and bad people..they are still good marriages and good people out there. Hope you ll have yours one day. All the best,sis.

  20. Yes, it is okay to stay single.

    Kamu baru 24++. Kenapa tergesa nak kahwin? Banyak benda lagi kamu boleh explore dalam hidup masa muda ni. Kalau ikut adat masyarakat kita, perempuan bila dah kahwin, kena ikut telunjuk suami. Kamu tak ada hak nak buat keputusan sendiri dah. Benda tak adil tapi tu lah hakikat masyarakat kita.

    Lepas tu lahir anak, hidup kamu hanya untuk anak sampai takde masa untuk diri sendiri sampai anak anak dah besar, mereka akan tinggalkan kamu untuk hidup sendiri. Masa tu baru kamu sedar yang kamu dah terlepas banyak benda dalam hidup.

    Perempuan sentiasa rasa insecure. Jadi pada mereka nak hilang rasa tu mereka fikir kahwin adalah jawapan dan penyelamat. Boleh bagi jaminan dalam semua sudut. Sebab tu bila dah habis belajar, perempuan berlumba lumba nak kahwin. Bagi alasan nak lengkapkan agama/iman supaya boleh tutup rasa gopoh nak kahwin.

    Hate it or love it, this is the real freaking truth.

    Balik kepada rupa. Adakah kamu tengok lelaki tu juga dari luaran/fizikal?

    Kalau ya, itulah akibatnya. Luaran maksud saya di sini ialah pemakaian. Pakai serban jubah belum tentu dia pandai kawal nafsu. Kepala tunduk pegang tasbih belum tentu pandangan juga tunduk tak perati betis perempuan. Ada je lelaki kat luar sana yang tak pakai ala Arab tapi hati boleh diharap. Cuma tak ramai. Ada lelaki yang sembahyang 5 waktu, jaga hubungan dengan Tuhan tapi tak jaga hubungan dengan isteri. Buat isteri macam hamba. So tanya diri kamu apa definisi “lelaki baik”.

    Sebelum letak diri kamu sebagai perempuan, letak dulu diri sebagai manusia. Kalau kamu nak cantik, usaha. Tapi cantik untuk apa? Cantik untuk diri sendiri. Sebab kamu rasa seronok bila tengok diri sendiri. Kamu nak cantik sebab untuk rasa yakin diri. Bukan kerana kamu nak cantik sebab fikir apa orang kata. Tell them go to hell. You own yourself not them. Kamu yang labur untuk kecantikan sendiri, itu hak kamu.

    Know your value, know your right. If the person doesn’t love you for who you are, do not hesitate to dump him. You cannot find the right man by trying to be the right woman for them.

    Go travel, develop yourself, be free.

  21. Rilex law dik. Akak ni 36 pon single je..concentrate to whatever you have now. The work, your parents, your friends, your hobby, your aim…well, so many think other than marriage. If Allah said “Kun” then in a blink of eyes, you will destined to your future husband. Just have a little faith.

  22. On the bright side, lelaki tu ckp mcm tu before kawen. Maknanya Allah dah selamatkan your life. Sebenarnya ada ramai wanita yang ditinggalkan lepas dah kawen dengan alasan yang serupa. Tak ke naya tu? Always say to yourself, “My life is so much better than others.” Mmg susah utk fikir positif masa ni tapi kdg2 jodoh tu datang tanpa disangka. And yes, take your time, be grateful and turn to Him. “Hanya kepada Allah dikembalikan setiap urusan.”

  23. Elok la putus dik ooi…elok sgt dia bt perangai masa bertunang..klu masa kawin..x ka naya kau dik..awak berpendidikkan takut apa..adalah jodoh tu nanti..sambil2 p la bt treatment ka spa ka…

  24. Laki tu rugi, biase la dlm tempoh pertunangan masa tu la kte akn nmpak serba xelok kt tunang kte, and that actually a test to them, dicucuk n dihasut oleh syaitan utk putuskn hubungan pertunangan sbb syaitan kn xsuke kte bina masjid… And yet he fall for it, what a shame… Seriously klu lepas ni dia tetiba je nak balik, katenye he made a mistake whatsoever n dia menyesal, dont ever go back with him, cuz even small test pun dia xbole nk tahan, apetah lg after marriage…. There’s no such thing as ‘second chance’ for this issue…

    About the jodoh, my advice to u sis, dont ever stop asking for help from Allah… Klu bole usahakan la utk cari jodoh, doa bnyak so that u will get mr right someday, cuz perempuan yg dh kawin ni lg senang nk masuk syurga, rahmat pun bnyak, pahala berganda… Kte ni jgn menolak utk berkahwin, takut jatuh hukum xikut ape yg nabi suruh, syaitan je la yg suke

  25. Sabar dik… berdoa byk2.. teruskan bekerja… jgn terlalu byk fikir..kalau terlalu fikir sgt, pressure keje plak… at the same time boleh perbaiki apa yg kurang..

    Sy pun ada kwn mcm adik.. alhamdulillah bertemu jugak jodoh..percaya pd aturan Allah. Jgn cepat putus asa ye.
    Jgn difikir sgt psl ex-tunang tu.

    • Kakak aku pernah oyak. Layak ke x masuk syurga tu urusan ALLAH. Urusan kita adalah buat je apa2 yg boleh melayakkan kita masuk syurga.

      Tp seriously. Baru 24++. Huhu

  26. Same goes with me, but tgh² down dan ditipu tu i put all my strength and i decided not to look back and i just want to take care my fmily. No one knows, Allah is the best planner. Tiba2 someone call me on that beautiful day, on september 2014, and guess what..ad org nk masuk minang.. huhuhu. Alhamdulillah skrg dh jd ibu kpd Leeniy Irneenaa Hawra’.

    Pray hard to please Allah and family, inshaAllah.. dtg dgn sendiri, pastinya Allah dtgkan yg lebih baik.

  27. I feel u.. Stay strong kak.. Idup ni hati kna tabah.. Kena kuat.. Jatuh bangun kita serahkan pd Allah.. Sebab Allah Xkn uji kita jika kita xmmpu.. Jadi akak org yg terpilih :).. Sebab Allah msih beri perhatian dgn ujianNya.. Akak xperlu berhias berlebihan jika dy bukan zauj akak lagi.. Betulkan niat setiap kli berhias.. Bia kita cantik di mata Allah :D jaga maruah diri kita.. Klau skit.. Ingtlah kmbli kisah nabi ayub.. Bertahun -tahun derita.. Tpi berkat doa n Sbr.. Alhamdulillah Gembira akhirnya.. :’) hidup ni masih jaoh.. Tapi mati tu pasti kn? Jadi move on kak.. Byk lg akak bole buat Klau akak xkawen lagi.. Bole berbakti pd mak ayah Sanak saudara.. Bole belajar ilmu Allah n praktikkan.. N mcm2 lg..dunia ladang akhirat.. <3 sbnrnya hikmah Allah jarakkan lgi tempoh kwen ni.. Nk suruh kita amek peluang dgn usia muda tuk dekat lg dgn Dia.. Prepare fizikal n mental.. Ustaz sy ad cerita.. Untung jg mereka yg xcntik kt dunia.. Sebab Dia akak cantik ddpn Allah.. Sebabnya tyme dia kt dunia tiada sape pndg dia.. Bersih dia dr Zina mata..Zina hati.. N mcm2.. Tapi Allah tetap pndang dia kn? :') Kadang2 org cntekk skrg ni silap guna kelebihan.. Mhon dijauhkan akhlak ni.. Kna muhasabah blik kita ni hidup sementara je.. Hidup untuk cri keuntungan dri kita kt akhirat nnti.. Sume kerna Allah.. Senyum selalu ye kak! :D
    Yang penting.. Usaha doa Tawakal! Sy doakan agar Allah permudahkan segala urusan.. Tetap sabar n tabah.. In Shaa Allah..

  28. Tunang awak tu serupa macam perangai aku, aku pun dulu kawin dengan wife aku ni sebab dia awek paling comel dalam kelas dulu. Wife aku pulak yang boleh berkenan dekat aku, sebab dia sangka aku ni lelaki alim sebab rupa aku macam orang baik-baik, muka bersih, misai cukur rapi, janggut sejemput macam ustaz padahal perangai nak sama macam setan. Dah memang orang melayu ni suka sangat pandang pada luaran saja, bila tengok persepsi tu salah mula lah nak kecewa la frust menonggeng bagai.

  29. Saya tanak cakap yg okey je kalau awak tak kawin tp sy nak doakan awk jmpa yg terbaik utk awk yg ikhlas terima awk seadanya. Cepat atau lambat. Insyaallah. Sy pn belum kawin usia dh 28. Sekali je putus cinta. Masa tu sy xde ape. Ex plak pegawai gomen. (Bukan salah dia). Bila sy nekad tutup terus hati sy, sy jumpa org yg baik n sesuai dgn saya seadanya.semoga ada jodoh kami.

  30. SIS. . instead, i am gonna convince that IT IS NOT YOUR FAULT! it never was.. . not a single bit that your engagement is off. your fiance is just looking for a excuses to run away. pls look at the bright side. it is good right? it is better to have this rather than to have it after the wedding. it is better to find what kind of person he is now, rather to know about it later..
    but it is okay to feel sad and down and unmotivated right now. that is normal because we have feeling. but dont la fikir sampai x nak kawin. there is a reason why this thing happen to you. and you are yet to know why.. and by then you akan rasa syukur sgt kenapa tunang sis cari pasal. so sabar jer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *