Aku seorang doktor. Usia dah memang perlu kahwin. (24++)
Kawan aku cakap aku ada semua wife material.
Aku pandai memasak, kemas rumah, suka kanak kanak dan haiwan.
Tapi aku baru putus tunang masa last posting haritu. Tunang aku ni dia mcm golongan golongan ustaz pandai mengaji lulusan universiti islam semua tu.
Tapi aku tak sangka alasan tunang aku dingin dengan aku sebab aku dah tak menarik mcm dulu. Aku usaha untuk sentiasa nampak cantik depan dia. Nak jumpa dia aku pakai baju cantik cantik, kemas kemas, mekap. Tapi entah, bagi dia semua tu belum cukup.
Dia selalu tegur pasal fizikal aku. Kenapa aku dah gemuklah dah kusamlah jerawat banyaklah. Orang perempuan pantang betul bila orang dia syg tegur mcm ni.
Bila aku tanya "awak ni dulu pilih saya sebab rupa ke?"
Dia mengamuk ngamuk habis semua salah aku dia ungkit sampailah kami putus tunang.
Jadi sampai sekrang aku rasa aku dah hilang nilai dalam diri aku.
And i am very sorry to say this tapi aku dah sangat sangat skeptikal dengan golongan golongan pak ustaz ni.(ya aku tahu bukan semua mcm tu.)
Kadang – kadang jubah labuh smpai cecah lantai songkok tinggi melangit tapi mata tak berkelip pandang perempuan, kaki perempuan, miang gatal dsb(sorry bukan semua tp ada yg mcm ni)
Aku tahu aku doktor, kerjaya yang konon konon semua orang sanjung, dan ada juga yang mendekati aku tapi entah.
Aku rasa mcm aku takkan kahwin. Mcm tiada siapa yang akan suka seikhlasnya walaupun i do have several things that i should be proud of.
Takpe je kan kalau tak kahwin daripada kahwin tapi hidup menderita?
Aku mcm dah serik. 5 tahun aku dengan tunang aku, aku tak pernah sedar selama ni dia hanya pandang rupa.
Aku cuma risau kalau aku ini tidak akan kawin sampai bila bila. Mmg lah ada orang cakap "takpe Allah sediakan jodoh dekat syurga."
Masalahnya aku ni nak masuk syurga pun entahkan layak ke tidak.
Sesiapa tolonglah yakinkan aku semula that it is okay not get marry and it is okay kalau tak ada orang nak pun :(
– Entah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Hai doktor.. hehehe.. its ok for u to leave him.. xpe je.. yg penting, u doa, doa, doa.. mintak pada Allah agar bila tiba masa nya nant, Allah beri u jodoh yg betul2 sesuai dgn u.. yg fhm u, yg trima u.. yg akn bg galakan pd semua amal kbaikn yg u buat dan akn buat.. dont worry.. allah maha adil.. bdoalah pd dia.. mintak dlapangkan dada.. mintak, mintak dan mintak pd dia.. Allah maha mendengar.. insya Allah ada jalannya
Org yg btul2 alim, dia xsuke menunjuk alim. Sy rasa ex tunang awk tu alim2 kucing je. Memg memalukn org yg betul2 alim la. Sekian
Abu HIsyam
Saya budak engineering, bnda2 gini dah selalu sgt berlaku dlm kalangan masyarakat melayu islam ,
Mengikut ilmu yg saya dpt drpd kuliah dan rujukan pakar sosiologi, pakar Al-Quran dan Hadis ( yg pasti bukan jenis golongan ustaz yg awk alami).. semuanya atas dasar niat dan tindakan yg kita ambil, ketika niat mahukan bnda baik pd diri dan redha Tuhan, Tuhan akan bantu kita memilih ke jalan tu .
Menarik nya, dlm kitab manual hidup manusia ( yakni Quran), Tuhan menyebut ttg typical jodoh yg manusia bakal peroleh.
Surah Annur(24):ayat 26
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga).”
Natijahnya , if nak pasangan hidup yg jaga solat berjemaah, kita ambil tindakan didik diri jaga solat berjemaah, if nk pasangan baca quran 1 juzuk setiap hari, kita mulai.baca quran 1 juzuk setiap hari, if nak pasangan hidup jenis doktor yg mengubati penyakit fizikal dan batin umat manusia, kita kena menjadi doktor yg mampu ubati penyakit fizikal dan batin umat manusia.dan begitulah seterusnya.
Soal laki tu ustaz celup ke ape, tu cite lain.
Ni, umo baru 24. Dah meroyan macam life ko lose segala2nya.
Der. Hidup masih jauh. Kau doktor. Kalau kau kawen lambat sebab kau struggle bertugas selamatkan nyawa manusia2. Kau lejen.
Lek ah.
Dear confessor, saya paham je kerja Dr mmg tough pon. Saya sndiri kerja spital, jd amat2 la maklum dgn sibuknya tu. Kdg2 diri sendiri pon xdan nak cara. Dan bercakap ttg jodoh, stay cool je n just go with HIS flow. Allah knows the best utk hamba- NYA
Mohammad Ikhmal Hijat
Saya xcmni????
Senang je nak cepat dpt jodoh
Sembahyang sunat taubat dan hajat setiap hari tanpa tinggal.. biasa boleh buat sebelum tidur..
Just say byebye to that type of guy
Its okay to stay single. Because marriage is not everyone life goal including me. Banyak benda blh buat kita bahagia
Syuhada Hakimin
Well said kalau cantik gila tkdak sapa yg nak
Zuriati Awang Roslina Mohamad
baru baca… tq ela…
“Ustart” Enjin lagu tOo…
Nabi Ajar Pilih,Agama..
Bukan Pilih Rupa yang sementara..
Pilih Agama Laaa,In Sha ALLAH Bahagia kekal ke Akhir Hayat…
baru nampak maybe sbb tu la kot islam x bg brcinta sbelum kawen
?? sampai ke sini kau komen, rajin beno follow iium confession nya
ak x follow..ad kawan ak like
Muhammad Nor Azzudin do not love because of face.. Take note ya.. Tak nak di kemudian hari ungkit tak cantik la, selekah la apa la.. Time tu mmg nk kena
G tdo fb apa lagi…haha
Xleh nak tido ?
Khairul Isma nahh ma ko tak caya statement aku aritu kann hahaha
Alamakk… Panjangg sangat.. Nty aku bace yeee…. Hahahaha
Ahh ko baca skg! Ko poyo aritu kan
Yeee2… Sabarrr
Laki ke pompuan doktor ni… Pelikk pulakk aku
Puang la
Ohhh… Tpi kau kenee tngok diaa ckp ape.. Golongan pakai songkok tpi xsemuaa… Aku xpakaii songkok… Hehehee
Aku ckp kau xcayee… Kiteorng xmemilih… Hahahaa… Yg penting perempuam laaaa
Ketika kamu sudah tiada hati lagi pada manusia..serahkan la ia pada Ilahi..dan kamu akan temu jawapanya disitu..
Lps baca confession ni aku rasa mcm nk cri ex tunang dia pastu tumbuk dia
When Allah knows u are ready for the responsibility of commitment, He will reveal the right person under the right circumstances. Wait patiently. Don’t waste ur time searching n wishing. Grow n be ready, u will see Allah will give u a love story far better than u could ever dream of.
‘Fasobrun Jamiiil’. Sabarlah dengan seindah-indah kesabaran. Jodoh yang indah datang dari kesabaran yang indah.
Dear doc
U br abis housemanship kan!
I think you should focus to your career…
Jadi MO kt department yg u minat..
After 5 years, mintk furthur study
To become specialist
Then amek sub specialist
Berkhidmat la di hosp kerajaan utk membina kerjaya dan menambah pengalaman2 baru serta mengembara ke tempat2 baru.
Kesibukan u akan buat u lupa dgn benda2 ni
Andai kata jodoh u tiba, kawin la…
Berfikir cara positif berlandaskan keimanan..ada hikmah disebalik kepahitan yg adik tanggung..percaya dan redho dgn ujian Allah….pasti ada yang lebih baik menunggu…
Doa bebanyak insyaallah Dia ganti yg lebih baik, terima dengan redho, putus asa jangan sekali.
Nak kawin ngan sy tak ?
Aslmakm doktor masala jodo ni kta tdk tau spa jodoh kta mgkn tu ustat bkn jodoh doktor tpi jgn putus asa mgkn Allah ada rencana lain Allah swt sediakan jodoh yg lebih bsik utk doktor lnsha Allah
alaa.. aku dh 33 thn dh.. rileks je x kawin lg.. smp jodoh ko nnt ko kawin lah.. jgn risau2 ok.. ✌️
Cetaphil Malaysia Benzac Galderma Differin dik, cuba guna 3 benda ni. Or. cream aloe himalaya n face wash himalaya cucumber/aloe vera.
it’s okay. Just move on sis☺️
Awk doakan yang terbaik kan, sebab tu Allah putuskan awal2 dgn dia.
Bersyukurlah tuhan tunjuk dari awal sikap sebenar dia.
Lebih baik xkawen dr kawen dgn org yg salah.
Aishah Hussain
Jgn risau. Kebahagiaan bukan hanya dgn perkahwinan. Wlaupun ia sunnah..tp jodoh ajal ketentuan allah. Yg penting tetap berdoa dan berusaha menjadi yg lebih baik. Carilah kebahagiaan dari sudut lain juga..dan bukan hanya perkahwinan.
Ustaz kadang2 nafsu lagi besar.. True story… Hahaha
It’s okay kak. Theres someone better deserve you. Yes, you. Have faith ea! ;-)
pm
Umur masih muda dik..insha Allah ada jodoh yang lebih baik menunggu..ada jer dr2 yg kawin di lewat usia tp bahagia..
Hi dik..Thniah, muda2 da jd doc, hebat n bsar tggjwb awk tu. Btw akk juz nk gtau akk lbh tua few years drpd awk n in sha Allah thn ni akn jd bini org dah..(mcm xcaye je, hihi) B
Bckp sal LELAKI kn, mmg rmai n mcm2 peel akk pnah bkwn. Drpd yg biasa2 smp la yg level alim2 yet, i do believe men r still men. Fhm kn mksd ayt ni…Allah jdikn lelaki dgn fitrah yg mmg akn trtarik pd wanita. Malah mmg fitrah kjadian semua mnsia yg sukekn pd pkra2 yg cntik.
Dik, jujur ckp akk pn takut nk bkwin sb nk trus komited pd fmly n fokus pd dri sndri. Xtau life after marriage cmne..Tipu la if kte ckp kte xnk rs disygi n mnyayngi..each one of us de pnglaman msg2 kn..Ape2 pn jgn pnah bsgka buruk gn Allah. He knows the best 4 us. He tests us so that we learn n gain smthg.
Ingat..
*bile org yg bek dpt psgan yg bek2,bsyukurlah.itu rezeki yg sgt indah..
*bile org yg bek tpi dpt psgan yg kurang bek, usah bsedih..itu ujian namanye..bimbinglah si dia ke jln Allah..Moga kte sume diberi kekuatan n keteguhan iman..AMEEN
Open ur eyes and mind, explore the world, come join the underwater enthusiasts
Dik..sy kena tinggal sbb sy xnk pakai niqab. Bila dia kawan dgn ustz2, dh tukar imej alim, simpan janggut, ramai perempuan ‘warak’ kejar, dia suruh sy pakai niqab sebab ramai awek yg tergila2kan dia pakai niqab dan dia rasa mereka lebih baik dr sy yg x pakai niqab ni.
Sy argue sebab ibu bapa sy tak izinkan. Buka tak boleh tapi masa tu, solat akhir waktu, baca al-quran jarang2, tahajjud jauh sekali. Mereka suruh baiki diri sebelum berniqab. Dia tak boleh terima dan tinggalkan sy.
Tapi dik, bila dia tinggal sy, Allah bagi yang lebih baik utk sy. Sy belajar agama, sy cuba hafal al-quran, sy habiskan masa dengan keluarga.
Seorang buang kita kerana dia tak nampak nilai kita, tak perlu pun kita tangisi. Bukti kn kita lebih baik dari dia.
Kawin dgn saya je….
memang betul pun. dlm jemaah, akhi2 ni semua sambar akhwat yg cun cun, cantik jelita dalam balutan jilbab. mana akhwat yg cantik, muda2 lg dah disambar. tapi syg, akhwat yg x berapa cantik, yg berisi, yg takde rupa paras..byk yg solo sampai ke sudah. katalah alim or pandang agama je..padahal tetap “cantik” jd ukuran pertama. buktinya bersepah dpn mata. Mmg lelaki, alim setara apapun..nak yg cun-cun je..sekadar pengamatan sy selama ini. ( kalau ada lelaki yg x kisah paras rupa, mmg terbaik laki tu)