“ada juga yang buat macamtu kat universiti aku. tapi diorang non-muslim”

Assalamualaikum.

Aku sakit mata tengok kawan yang meniru masa exam/kuiz.
Bukan dengki sebab markah diorang tinggi. Tapi bengang sebab diorang dapat markah bagus atas benda yang diorang tak usaha. Ke usaha meniru pun dikira usaha?

Sakit hati sebab berleluasa macam takda kesedaran diri. Lepastu bangga pulak tu cerita kat orang lain. Bukan ke patutnya malu?

Aku bengang, lalu aku tanya kat kawan universiti lain.
"Dalam kelas kau, ada yang meniru tak masa exam? Sini dah macam budaya. Sakit betul hati aku"

Kawan aku kata…
"Takde pulak aku dengar cerita kawan2 aku meniru. Tapi aku pernah nampak sekali je dulu classmate aku buat macamtu. Tapi diorang student non-muslim la"

Universiti Islam, tapi meniru macam itu hal biasa? Universiti lain pulak yang menirunya dari kalangan non-muslim? Apa jadi dengan taraf dan nama universiti islam kita ni?

Aku memang tak pernah meniru/bisik2 masa kuiz/exam. Bukanlah aku pandai sangat. Kalau nak tiru aku pun belum tentu jawapan aku betul. Bukanlah aku baik sangat. Cuma aku taknak disabitkan attempt to cheat jugak sebab bagitau klu kat orang sebelah/depan/belakang. Kang tak pasal2 kena dismiss.
Bukannya aku hebat sangat. Cuma aku rasa, selemah-lemah aku tak dapat jawab soalan exam, aku adalah manusia yg lagi lemah kalau aku meniru.

Sekian terima kasih.

– student engin

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *