Adab Makan

Assalamu’alaikum semua. Terlebih dahulu terima kasih kepada admin iium confession kerana sudi menyiarkan confession saya. Pada kebanyakkan waktu, setiap posting iium saya akan follow dan respon like dan sebagainya. Harini tergerak hati nak kongsi di iium.

Pertama sekali syukur atas rahmat kasih sayang Allah, kita khususnya umat islam telah Allah hadiahkan nikmat iman dan islam. Tanpa kita nak, tanpa kita tahu kelebihan nikmat iman dan islam maka Allah telahpun hadiahkan kita nikmat ini. Disebabkan nikmat ini terlalu mahal dan nikmat ini datang dengan susah payah serta pengorbanan Baginda Nabi SAW bersama para sahabat sahabiah rhum ajma’in maka saya dan kita semua perlu jaga sungguh-sungguh.

Artikel ni bukanlah menjurus kepada confession yang biasa kita baca pasal cinta, kerja, rakan sekerja dan sebagainya. Tetapi lebih kepada nak berkongsi kpd anda semua tentang adab-adab dalam islam. Yang mana hari ini orang islam sendiri telah tinggalkan adab ini dan kebanyakkan pada adab ini adalah sunnah Baginda Nabi SAW. Sedang Baginda Nabi SAW pernah bersabda lebih kurang mafhumnya “sesiapa yang menghidupkan sunnahku beerti dia mencintaiku. Dan sesiapa yang mencintaiku akan bersamaku di dalam syurga”. Ganjaran bagi orang yang amalkan sunnah Nabi SAW adalah layak mendapat syafaat Baginda Nabi SAW.

Berbalik kepada tajuk confession saya adalah perihal adab makan dan minum. Sewaktu saya bersama ahbab dakwah kami selalu bermuzakarah berkenaan adab makan. Kenapa adab makan? Selain perintah Allah seperti solat, zakat, puasa dan haji, makan juga merupakan salah satu perintah Allah. Makan dan minum adala salah satu amalan kita harian. Tidak mesti tidak kita akan makan. Betul? Tetapi dalam kita nak melaksanakan perintah Allah kita mesti ikut cara dan adab makhluq yang paling Allah sayang dan kasihi iaitu Baginda Nabi SAW. Maka segala apa yang dilakukan oleh Baginda Nabi SAW dan diikuti oleh kita maka akan mendapat ganjaran pahala sunnah dan dikasihi oleh Allah dan sekalian makhluq-Nya.

Kejayaan manusia dunia dan akhirat adalah dengan mentaati perintah Allah mengikut cara kehidupan yang telah ditunjukkan oleh Baginda Nabi SAW. Tapi sayang sekali, ramai dalam kalangan kita telah mengabaikan adab2 ini sehingga tidak ada yang dapat membezakan kita dengan kafir melainkan iman dan islam. Sedih bila lihat anak2 makan tanpa kenal dengan doa. Sebelum makan membaca doa. Bila kenyang pun lupa baca doa.

Jadi mulai hari ini kita semua azam untuk hidupkan adab-adab ini apatah adab ini adalah sebahagiannya dan kebanyakkannya sunnah Nabi SAW.

Antara adab-adab makan:

1) Jangan sesekali makanan tunggu kita. Biar kita yang tunggu makanan.

Kebiasaannya, jika kita pergi ke kenduri tuan rumah akan hidangkan dulu makanan kemudian baru kita duduk. Sebetulnya kita mesti duduk dan tunggu makan sampai.

2) Makan dengan alas

Sebaiknya, makan mesti beralas. Rasionalnya, apabila kita makan beralas, kalau jatuh di atas alas kita boleh kutip dan makan semula. Ini antara adabnya supaya jangan membazir.

3) Makan secara jemaah

Nabi SAW tidak akan makan melainkan ada teman disisi beliau. Tapi kalau kita lebih lebih lagi saya lah tu, redah je makan sorang-sorang kan. Tak perlu tunggu talam baru kita cakap makan berjemaah. Duduk satu meja pun dah memadai. Tapi lebih khayr(baik) dan aula(utama)sekiranya kita guna talam. Kerana terlalu banyak khasiat dan keberkatan yang Allah turunkan apabila kita makan secara talam. Kalau nak cerita tunggu saya buat next confession. Heheh

4) Basuh tangan sebelum makan

Kalau dekat rumah mungkin mudah kita nak basuh tangan. Tapi kalau kita makan kat kedai mmg payah nak angkat dari kerusi semata nak basuh tangan kan. Sedang dalam sunnah ada kejayaan. Makan dengan tangan pun ada kejayaan. Kalau kamu perasan, KFC telah menjadikan slogan ‘sedap hingga menjilat jari’ sebagai slogan mereka. KFC telah jadikan makan dengan tangan ni sebagai salah satu way of eat kalau kita ke sana. Dan pastinya orang yang amal sunnah akan berjaya walaupun dia seorang kafir. Nah, kita lihat betapa berjayanya KFC di seluruh dunia dan berapa banyak francise KFC di seantero dunia. Suatu yang mustahil org tidak kenal KFC.

5) Baca doa sebelum dan selepas makan

Sedih kadang bila segelintir kita malu untuk baca doa makan lebih lebih lagi kalau makan di kedai. Padahal dengan baca doa makan Allah akan berkati makanan tersebut. (Doa sebelum dan selepas makan boleh rujuk dalam google. Tapi saya sarankan rujuk dengan para ustaz spy lebih berkat)

6) Ambil makanan paling hampir

Jangan melangkau makan yang paling jauh walaupun makanan yang jauh tuh kegemaran kita.

7) Jangan mencela dan kutuk makanan

Baginda Nabi SAW kalau tak suka makanan tersebut Baginda Nabi SAW tak akan makan dan cela. Contohnya kalau saya tak minat makan belacan tak perlulah sebut “Alaaaaa saya tak minat belacan lah. Dah lah berbau. Nanti badan kiterr gatal-gatal lah awak”. Jadi yang terbaik kita diam. Syukur apa yang ada. Jadi mcm mana kalau kita makan di kedai? Ok untuk kedai ni boleh jugak kita amalkan. Cuma jgn cela jugak. Contoh kalau tak sedap or masin boleh panggil waiter tu untuk tukar.

8) Makan buah sebelum makan nasi/ruji

Yang ni selalu kita terbalikkan. Adat kita makan nasi dulu baru kita makan buah. Sebetulnya, makan buah dahulu baru kita makan nasi. Sebab dalam buah tersebut ada vitamin yang diperlukan tubuh badan dan ia cepat untuk dicerna berbanding makanan ruji. Hebatnya Nabi SAW, pada zaman tersebut belum ada alatan teknologi tapi Baginda sudah bagitahu awal2 bahawa perlunya kita makan buah dahulu sebelum makan nasi.

9) Jangan makan berulam air

Ni kadang kita selalu buat lebih2 lagi kalau kita lapar dan makan laju. Tersedak. Terus minum air. Akhirnya kita akan kenyang air.

10) Makan dan minum dengan tangan kanan

Nabi SAW menegah kita makan dan minum dengan tangan kiri kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.

11) Jangan bernafas dalam air semasa minum

Minum dengan 3 kali tegukan. Setiap kali teguk kita lafaz bismillah kemudian Alhamdulillah. Contohnya, pegang gelas dengan tangan kanan, sebelum teguk pertama lafaz Bismillah. Dah teguk pertama. Lafaz alhamdulillah. Sehinggalah 3 kali.

12) Makan dan minum duduk

Jangan makan dan minun secara berdiri. Adapun pendapat boleh minum berdiri untuk air zam-zam dengan hadap ke kiblat. Ada juga pendapat selain air zam-zam boleh tapi dengan syarat mengerakkan dua ibu jari kaki semasa minum. Namun, tetap aula pada makan dan minum duduk.

13) Menyelati/jilat jari selepas makan

Pada jari kita terdapat enzim-enzim yang diperlukan untuk proses pencernaan. Dan enzim ini kita boleh dapat pada diri kita.

14) Berzikir semasa makan

Sebaiknya waktu makan kita berzikir berbanding bercakap perkara lagha. Salah satu zikirnya “Allahumma walakalhamdu walakassyukr”

Semoga Allah mengurniakan taufiq dan hidayat kepada kita semua khususnya saya yang bercakap ini untuk amal kesemua adab sunnah makan ini. InsyaaAllah nanti saya share adab-adab yang lain. Kalau rasa artikel ni bagus dan bermanfaat di izinkan share sebanyaknya.

Mohon maaf bahasa saya mungkin kurang sopan, tidak tersusun dan sebagainya. Dihargai komen antum semua. Kalau anda juga mempunyai adab2 makan yang nak di kongsi boleh drop komen insyaaAllah nanti ada yang baca dan amal apa yang kamu sampaikan.

Semoga Allah bagi faham.

Terima Kasih.

– MAI

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *