Adakah Aku Anak Yang Tidak Berjasa

Aku surirumah 2 anak, aku anak sulung daripada 4 beradik.

Aku pendekkan cerita, aku rasa terbeban jika tiap kali mak aku send video or gambar produk2, sebab dia nak.

Aku tak bekerja dan harapkan duit suami, kami bukan orang kaya Alhamdulillah cukup2 makan.

Nak dijadikan cerita dalam ramai adik beradik aku, aku dengan adik aku no 2, dia juga surirumah akan jadi tempat mak aku meminta apa nak beli,

Tiap kali itu aku sedih sebab duit aku cukup2, barang tu bukan murah RM50 – RM100 juga.

Produk tu mak aku tengok dari fb, produk2 kesihatan macam krim losyen urut tu, minuman sunnah camtulah, tapi bukan tu je, kadang dia tengok tilam ke, selimut ke, dia berkenan dia akan share kat group,

Jadi yang lagi 2 adik aku tu lelaki, dorang buat keras je, sorang tu keje jauh, sorang tu tak kerja.

Aku bukan merungut, tapi aku sedih sebab aku tak kerja, kenapa asyik aku je kena belikan, mana yang lain.

Bukan sekali minta, tiap kali lalu video produk yang boleh sangkut minat mak, dia akan bagitahu.

Korang faham tak, aku tak bekerja. Dibandingkan dengan mentua aku tak pernah meminta-minta.

Lepas tu apa yang buat aku kecil hati, beli pun tak pakai sangat, sampai expired date. Aku rasa macam membazir, dengan aku sanggup tolak keinginan aku untuk beli barang mak.

Aku pernah korek tabung semata – mata nak beli apa mak aku nak,

Korang jangan fikir suami aku tu kenapa tak boleh nak belikan, dia pun da tahu, tapi dia taknak cakap banyak sebab family aku kan.

Sebelum ni pernah aku minta tolong dia belikan juga, tapi takkan lah aku asyik nak request je, kesian suami aku, aku pun tak susahkan dia kalau nak apa2.

Aku nak tanya, adakah aku anak yang teruk??

Adakah aku berkira-kira??

Adakah aku anak yang tak berjasa, disebabkan dulu masa aku kecil mereka perabis duit untuk membesarkanku??

Doakan aku supaya sentiasa dimurahkan rezeki, anak – anak aku masih kecil, Insha Allah tahun depan aku nak kerja supaya apa keinginan mak aku dapat turuti.

Assalamualaikum…

– Maira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Awak bukan anak yang teruk. Awak bukan anak yang tidak berjasa. Ibu awak yang teruk yang tidak cuba memahami situasi anak. Ibu awak janda ke? Sepatutnya dia tahu awak hanya surirumah dan bergantung pada suami. Awak pula kena berterus terang dengan ibu bahawa awak jg tiada pendapatan. Jgn trlalu melayan kehendak ibu. Jika mampu beli, jika tidak buat tak tahu. Lama2 ibu awak tidak meminta2 lg.

  2. Cukup awak lakukan sekadar termampu.. bukannya awak abaikan org tua, tp memang awak x bekerja xmampu drpd sudut duit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *