Assalamualaikum. Saya ikuti page ni agak lama. Tak pernah komen tak pernah post confession. Ini kali pertama. Saya tertarik dengan cerita Addin pasal sayang dan cinta tak semestinya memiliki. Maaf kalau bahasa tunggang-langgang dan rojak.
Boleh baca confession dari Addin di sini,
Part I, (https://iiumc.com/mencintai-dan-menyayangi-tak-semestinya-memiliki/).
Part II, (https://iiumc.com/mencintai-dan-menyayangi-tak-semestinya-memiliki-ii/).
Saya ada pengalaman sendiri mengenai hal yang sama, “sayang dan cinta tak semestinya memiliki”. Bukan satu pengalaman, tapi dua. Sepanjang saya bersekolah saya ada kawan lelaki yang baik dan boleh diharapkan. Kita panggil dia Asip ye.
Kami sama-sama di asrama dan jauh dari keluarga. Keluarga di negeri lain, dan jarak keluarga saya dan sekolah dalam 6 jam. Ibu ayah jarang melawat dan cuti naik bas.
Jadi apa-apa jadi saya sangat bergantung pada kawan-kawan rapat. Dan Asip ni baik jugak dengan saya sebab satu tingkatan. Mak ayah dia pon sangat baik. Kalau datang sekolah mesti ajak saya dan kawan lain makan sekali.
Saya dari form 3 dah suka kan Asip. Cuma dia tak tahu dan tak faham. Haha. Masa lepas SPM masing-masing di rumah dan kitorang selalu YM dan masa tu mula lah perasaan sayang.
Fast forward, masa start di universiti kitorang bercinta. Keluarga mula tahu bila kitorang dah bercinta tahun kedua. Keluarga saya ok sebab tahu dia baik. Kawan-kawan saya pon sangat sukakan dia sebab dia orang yang almost sempurna bak kata mereka.
Keluarga dia pon ok sebab dah kenal saya macam mana sejak sekolah. Masuk tahun ke-5 kami dah bercita-cita nak tamatkan semua tu dengan perkahwinan. Tapi, sabar dulu. Belum boleh kawin. Perlu realisitik.
Tahun ke-7 kami dua-dua dah ada kerjaya yang baik. Saya di sektor kerajaan dan dia di swasta. Lepas kira-kira, OK cukup dah nak kawin, sewa rumah, anak bla bla. So kitorang tunang 2015. Dengan planning 2016 hujung tahun nak kawin atau paling lewat cuti raya cina 2017.
Tapi pada 2016 beberapa bulan sebelum kawin, Asip kemalangan dan Tuhan ambil dia dalam keadaan yang cepat. Kes ini pernah popular waktu tu sebab dia dilanggar seorang lelaki mabuk ketika balik kerja. Saya menerima berita pada waktu malam ketika di stesen LRT.
Masih saya ingat sampai sekarang moment saya terima berita dari ibu Asip. “Awadah, dekat mana tu?”. “Saya dekat LRT, makcik. Kenapa?”. “Awadah sabar ya… makcik nak bagitahu Asip dah tak ada”. Masa tu dunia saya macam sunyi tiba-tiba. Dan saya menangis macam orang gila di dalam LRT.
Saya lalui macam-macam selepas tu. Saya jatuh sakit kerana terlalu sedih. Berulang-ulang kali masuk hospital sampai doktor tak tahu punca. Dan akhirnya bila kali ketiga, saya bagitahu doktor saya terlalu sedih. Jadi saya terus dirujuk ke Pakar Psikiatri sampai la hari ini.
Sebab saya belum berkahwin, majikan saya tak bagi cuti walaupun saya sangat sedih dan tak boleh fokus kerja. Keluarga pon cuba untuk tak layan perasaan sedih saya, jadi my parents try to dismiss my feeling. Kawan-kawan pon ada yang tak faham.
Antara yang biasa saya dengar, “Nasib baik tak kawin lagi”, “Ala ada orang lagi sedih hidup berbanding kau”, “Baru tunang bukan suami”, “Orang dah mati tak hidup balik kalau menangis”. Haha realitinya manusia. Selagi tak kena batang hidung sendiri.
Saya menangis setiap hari. Terima kasih ya. Ayat-ayat tu buat saya attempt suicide 2 kali dah. Alhamdulillah dah setahun ni saya lebih stabil dan sekarang sudah 3 bulan tak menangis-on streak-setiap hari. Haha. Jadi, itulah kisah pertama saya. Tak reti sangat nak bercerita. Sorry ya.
Okay. Balik kisah tadi yg bos tak faham tu. Kualiti kerja saya merudum dan mak saya siap ugut, “kalau hari-hari menangis berhenti kerja balik kampung”. Tough love haha. Bos saya dah naik menyampah dia pon pindahkan saya ke Jabatan lain di negeri lain pada tahun 2017.
Jadi sekarang saya ditempat baru selama 3 tahun dah dan orang dekat jabatan ni tak tahu langsung mengenai hidup saya sebab saya sangat secretive dalam hal peribadi di tempat kerja. Hari-hari saya doa Tuhan pulihkan perasaan saya. Stabilkan mental. Kuatkan hati.
Sebenarnya elok jugak tukar jabatan ni, jadi orang tak tahu kisah saya dan saya kena berlakon ok setiap masa. Tapi doktor kata, sebab saya simpan sangat perasaan jadi makin lambat saya pulih.
Sepanjang dari 2016-2020 ni beberapa banyak kali dah saya diapproach lelaki lain dan dimatchkan orang. Tapi satu pon tak sangkut. Memang saya tak ada perasaan.
Semua yang dimatch tu saya balas untuk jaga hati orang tengah sahaja. Dan bila lelaki tu tak nampak effort saya, dia tahu saya tawar hati dan belum heal. Saya minta maaf dan undur diri.
Jabatan saya ada banyak Unit. Dan Unit saya adalah antara yang kerap kerja luar. 2019 bulan 7, kira dah cukup 3 tahun Asip pergi. Saya outstation 4 hari. Sepanjang outstation 3-4 orang dr team saya kata ada mamat ni asyik pandang. Okay. Mamat ni kita bagi nama Sufian.
Dan hari ke-3 dia mula datang approach tanya nama dan ajak borak. Sufian bagitahu rakan seunit saya yang dia berminat untuk berkenalan. Mula-mula macam biasa. Malas layan. Tapi nampak effort dia, saya macam alahai ok la. I try. After few weeks contact saya rasa attracted.
Dia ada kualiti macam Asip cuma lain sikit. Haha. Dah lebih kurang 3/4 bulan, kitaorang dah pernah lunch and dinner sekali. Saya pon masa tu dah suka kan dia dan kurang dah menangis. Muka ceria sangat sebab happy.
Dengan dia, semua mudah dan kami macam “click” cepat sangat. Dia pon elok je dan baik. Cuma tiba-tiba si Sufian ni diam. Jadi saya heran. Dia jadi cold dan bukan macam dia di awal tu.
Akhirnya saya tahu, dia nak kawin. Dan perempuan tu kawan dia dan anak kawan mak dia. Complicated sikit sebab keluarga dia ni level makcik-makcik dalam drama pukul 7 tu. Drama betul! Haha. Kira dari waktu dia kenal saya tu dia memang tahu akan kawin dengan Sofia ni. Jadi saya macam nak mengamuk la.
Sudah lah saya ni sedih dengan Asip. Nak move on susah. Tiba-tiba, hati dah terima dia, dia buat saya sedih lagi padahal dia tahu kisah saya dengan Asip. Aduhai malang nasibku. Saya pon masa tu dah berbulan suka dia dan tahu saya dah mula sayangkan dia.
Lepas sebulan lebih dia kawin, bini dia mesej saya. Katanya, Sufian cerita pasal saya. Jadi dia minta saya jangan contact Sufian ni lagi.
Tapi baru-baru ni dia mesej saya “I love you, you know right?” dan saya blue tick dan malas nak layan hati dan perasaan lagi dah. Jadi saya walaupun macam dah fed up, saya nangis lagi dan masih ke hospital.
Akhirnya, untuk kali kedua, saya tak mampu dapatkan lelaki yang saya sayang. Itu lah cerita kedua “sayang tak semestinya dapat”. Saya ingat ujian akan lebih mudah lepas Asip pergi, tapi rupanya tidak.
Jadi, kita kadang-kadang boleh jadi orang yang melukakan orang, kadang-kadang kita yang terluka. Ada masa, takdir yang melukakan. Kisah ni semua untuk kenangan sendiri dan anggaplah ujian untuk persediaan di hari akan datang. Ujian tak pernah berhenti.
Tahun ni dah 30 mungkin lepas ini ada ujian lebih hebat Tuhan nak bagi. Macam tak ada benefit sangat cerita ni. Tapi, saja lah nak luah sebab tak tahu nak luah pada siapa.
– Awadah Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit