Salam admin. Selamat menonton Sukan Sea 2017. Terima kasih kalau entry ini dipilih sebagai tatapan pembaca pages iium confession. Aku cuba untuk bagi kata-kata yang penuh sopan dan ringkas untuk pemahaman semua pembaca.
Secara ringkasnya, aku seorang kakak sulong, seorang isteri kepada suami ku yang belerja di luar negeri, seorang anak tanpa ayah kepada ibu ku, dan seorang majikan kepada pekerja-pekerja. Berasal dari Terengganu dan masih muda. Hehehe. Tak kaya dan tak untung hokeyy! Kisah ni berkaitan adik aku yang bongsu. Yang orang lelaki amat takuti untuk jadikan isteri iaitu PEREMPUAN DAN ANAK BONGSU. Adik aku ni namanya Siti. Dia sekarang tingkatan 2, bersekolah di sekolah harian biasa dan berada di kelas keempat daripada 6 kelas di sekolah tersebut. Masa UPSR dulu takde lah teruk sangat keputusan cuma 2A 3B. Bagi aku dah nice lah tu. Tapi ditempatkan di kelas keempat sekolah harian biasa. Nak tahu kenapa??
Sebab, 3 kelas yang depan tu 2 kelas aliran arab dan 1 kelas kemahiran hidup teknikal tak silap aku. Kalau kira keputusan, layak je dia duk di kelas aliran arab tu. Tapi ibu aku tak letak dia di kelas tu. Owh, lupa pula. Ibu aku guru berpangkat di sekolah sama dengan sekolah adik aku. Baru pindah dari sekolah temgah bandar ke sekolah kawasan pinggir bandar setahun sebelum pemergian arwah abah. Sebab ibu aku enggan letak adik di kelas arab adalah, kelas arab balik lewat dalam pukul 3 hingga 5 petang macam tu. Jadi untuk elak ibu aku pun ikut balik lewat sekali, dia letak budak tu ke kelas yang aku duk ulang kat atas tu. Ibu aku ni pulak, macam dah tawar hati nak urus pasal adik aku. Dia macam dah terlalu komited pada kerja-kerja di sekolah tu, dan terlalu sibuk sampai takde masa nak urus adik dan rumah. Tak pernah dia jadi macam tu. Jadi, aku sebagai kakak semua terletak di kepala bahu aku. Abah dah meninggal 2 tahun lepas dan rentetan daripada peristiwa tersebut ibu aku mem”busy”kan diri. Sejak hari aku terima khabar kematian abah, aku tidak lagi pulang ke universiti (bukan UIAM) sehingga sekarang. Atas sebab ambil alih syarikat arwah. Jadi aku memutuskan untuk kahwin dengan siapa-siapa yang rapat dan sudi kahwin dengan aku dalam masa terdekat kerana aku nak kukuhkan status serta mengelakkan usikan-usikan daripada client. Aku ni dah lah perempuan, muda lagi jadi untuk dapatkan kepercayaan client tu sangat lah payah lagi pula aku hanya bidan terjun dalam dunia bisnes arwah. Sangat mengejut segalanya berubah. Dan aku disatukan dengan bekas kekasih zaman cinta monyet. Alhamdulillah dapat orang dekat dan takk jugak huntung hokeyy!
Jauh tersasar. Berbalik kisah adik aku tadi. Jadi setelah setahun aku tak endah mana pasal adik aku yang duk kelas keempat tu, sampai lah aku rasa tertekan dengan keadaan rumah aku iaitu rumah ibu. Kalau aku ada di rumah, aku kemas rumah sampai takde habuk pon. Tapi bila aku ikut suami balik rumah mak mertua dalam 2 hari macam tu, aku balik rumah ibu semula ibarat tongkang pecah!! Huru-hara weii. Dengan dapur nya pinggan periuk tunggang langgang dorang biar. Dengan lantai nya berdebu sebab rumah aku ada kucing 4 ekor yang aktif sepahkan lantai dengan habuk-habuk datang daripada mana entah. Aku stress gila. Sampai aku termarah suami sebab sakit hati tu. Aku tak mampu nak marah adik dengan ibu. Jadi, dengan keadaan penat kerja tak hilang, penat buat rajin kat rumah mertua, aku pon kemas la semua dari tingkat atas sampai lah ke dapur sampai lah ke sangkar kucing. Sebenarnya, aku tak sedap hati bila rumah tak bersih tapi suami ada di rumah. Bimbang dia tak selesa. Yelah, dah la jarang balik kampung, jarang jumpa isteri, balik-balik keadaan rumah berselerak. Itu buat aku makin stress.
Masuk tahun 2017, ibu aku perangai masih sama. Aku faham dia pon stress atas kehilangan abah. Bermula adik aku masuk tingkatan 2, aku ambil tahu serba sedikit pasal dia. Aku tanya dia buat apa dalam kelas, cikgu dia macam mana, kawan-kawan semua lah. Tapi bagi aku dah terlambat untuk aku caring pasal sekolah dia. Dia dah pandai bercouple, dah malas nak belajar, tak bercakap dengan orang, balik rumah terperap dalam bilik, tidur, main phone, dan agak kurang ajar bila bercakap dengan aku dan ibu. Ada aku sampai nak bagi penampar macam aku buat kat adik lelaki aku dulu-dulu. Tiap kali rasa tu datang, hanya lepaskan dalam perut sahaja. Sebabnya aku jadi menggigil teramat bila nak marah kat adik bongsu aku ni. Jadi aku ambil pendekatan untuk hanya follow dia dalam setiap inci hidup dia.
Ibu memang dah tak nak ambil tahu pasal dia. Seperti serah bulat-bulat kat aku untuk urus budak ni. Bila waktu peperiksaan TOV, adik aku dapat nombor 4 dalam kelas. Dan makin lama makin jauh nombor dalam kelas. Aku jadi bengang, sampai marah-marah dia kenapa bodoh sangat. Kenapa tak boleh belajar macam zaman UPSR dulu. Kenapa tak happy macam dulu. Nak kahwin dah ke?? Tapi tiap kali aku marah macam tu mesti dia cakap, “Kak, nanti jumaat kita pergi kubur abah,boleh?” Buat hati aku lagi tak sanggup nak sakitkan dia walau sekecil cubitan. Aku tahu dia tak faham apa erti “gigih berusaha” sebab umur 14 tahun budak-budak ngah darah panas kutt. Korang ingat dia nak dengar cakap kita??
Okay, aku tengok dia out dalam pelajaran. Jadi aku minta dia aktifkan diri dalam aktiviti koko di sekolah. Aku suruh dia masuk kawad kaki, khemah, buat lukisan, koir dan macam-macam. Dan korang tahu apa yang adik aku dapat?? NOTHING! sebab nya, peluang-peluang untuk sertai segala mak nenek aktiviti koko diutamakan budak-budak kelas depan. Aku macam dah ehh ni sekolah ke apa?? Kenapa sampai membezakan pelajar sampai macam tu. Kenapa sekolah tak bagi peluang pada pelajar yang kelas belakang-belakang ni. Memang la sangat-sangat sedikit penyertaan daripada pelajar kelas belakang tapi apa salahnya cikgu buka peluang penyertaan kepada semua pelajar. Aku tak tuduh sekolah membabi buta. Aku confirmkan dengan ibu. Aku tanya betul ke keadaan sekolah macam tu, dan kenapa boleh terjadi sedemikian rupa. Ibu aku jawab, memang cikgu-cikgu sekolah tu macam tu. Langsung tak bagi peluang kepada semua pelajar. Sedangkan dengan guru atasan pon dorang rasis, inikan pelajar-pelajar yang 50-50% mood belajar. Dan disebabkan perangai cikgu-cikgu di sekolah tersebut buat ibu aku jadi sangat sibuk dengan kerja dan buat ibu aku seorang yang berhati kering. Aku dengan ibu sangatlah rapat. Yelah, kalau tak aku jadi tempat luahan segala butir rasa dia siapa lagi. Jadi aku paksa ibu untuk masukkan nama adik untuk acara apa pun di sekolah. Adik aku sertai mana yang dia minat. Mulanya dia takut, malu sebab takde kawan yang join sekali. Malu pon sebab nak berhadapan dengan semua orang. Sekolah rendah dia sangat aktif depan audience. Masuk sekolah menengah dia hilang keyakinan. Aku pon bebel la kat dia, kalau tak cipta nama sekarang bila lagi nak jadi terkenal di sekolah macam sekolah rendah. Dia pon cakap lah, dia ajak kawan-kawan dia, yang sekelas dengan dia, semua tak nak. Semua macam tak suka aktifkan diri. Itu dia down. Aku pesan lah, kawan ni takde apa pon dalam hidup. Memang tak boleh pakai waktu kita perlukan dia. Tapi akan ada kalau dia perlukan kita. Jadi, pedulikan kawan tu, berkawan lah dengan kelas lain. Cari kawan yang boleh aktif dan rajin. Biarkan je kawan yang pemalas tu. Akhirnya, aku nampak perubahan dia. Jadi periang, rajin dan aktif. Dah tak terikat dengan kawan sekelas dia. Dah yakin berdepan dengan audience semula. Takde malu-malu nak buat persembahan ke apa. Nampak dia puas hati dapat sertai sesuatu program koko. Tahun depan aku nak suruh dia minta Pengawas Sekolah. Didik sifat kempimpinam pulak. Insyaallah.
Ada satu hari tu, aku suruh dia jadi ketua untuk hias kelas. Aku bagi modal untuk dia beli barang kelas sebab aku tahu budak-budak kelas dia sangat-sangat payah nak hulur duit untuk keceriaan kelas. Nak harap ke cikgu? Kalau pantai barat aku yakin cikgu-cikgu mudah bantu pelajar. Tapi pantai timur sangat minimum untuk perkara macam tu. Tak semua guru aku maksudkan. Ibu aku pon tak berkira untuk anak murid dia. Jadi aku pon ajak la Siti ni beli barang semua minta idea aku semua, habis la beratus jugak. Aku relakan je la. Sampai masa nak buat keceriaan kelas, adik aku sungguh- sungguh la bagi arahan. Tapi sorang pon tak bergerak. Bestfriend dia pon langsung tak support dia. Guru kelas dia siap bagitahu, tak payah nak buat lawa-lawa. Buat biasa-biasa je. Adik aku ni down lah. Dia dah semangat nak buat, barang apa semua dah ada, tapi tak diendahkan. Petang tu aku ambil dia kat sekolah, dia badmood. Aku bawa pergi makan, aku tanya slow2. Kenapa masuk kereta buat muka badmood? Dia pon cerita la seperti dia atas tu. Aku pon cakap la, kalau susah sangat orang nak buat, biar akak turun padang pergi hias sekali. Apa takde semangat langsung nak berkreativiti. Adik aku tak nak aku tolong. Jadi aku biarkan je. Aku hanya pesan, esok akak tau barang semua dah di dinding. Kalau tak akak nak claim semua yang dibeli tu. Esoknya, dia paksa la juga kawan-kawan kelas dia ni. Masalahnya pula, apa yang dicadangkan adik aku semua direject dengan guru kelas dia. Dia akur sahaja lah arahan cikgu tu. Sampai dah hilang semangat nak berhias kelas. Apa salahnya cikgu terima je cadangan pelajar? Nanti menang ke dapat hadiah ke nama cikgu juga dorang julang. Entah, tak faham aku dengan sekolah zaman sekarang ni. Bukan nak kata zaman aku dulu lagi baik, tapi apa aku dengar dari ibu ibarat bentuk pelajar yang sangat manja dan not multitasking. Tak boleh ke sekolah tu korek bakat terpendam pelajar-pelajar.
Mesti ada netizen kecam, kenapa nak harapkan guru untuk didik adik kau? Aku tak tekankan salah guru adik aku jadi macam tu. Mungkin 40% je sekolah yang menidakkan daya kreatif pelajar kelas belakang ni. Aku cuma nak jelaskan bahawa nampak tak macam mana adik aku tertinggal dengan life sekolah yang kita duk banggakan bila dah kerja? Menyesal gila aku tak paksa ibu letak kelas arab. Banyak dia lost. Kesian dia. Oleh itu, pendapat aku Ibu bapa/kakak abang kena pantau la anak/adik. Bukan tercegat perhati, tapi bertanya dan ambil tahu setiap inci tentang apa dia lakukan satu hari di sekolah walau kelas apa pon dia dapat. Alangkah indahnya dunia kalau semua keluarga ambil peduli satu sama lain.
Dah panjang, Konklusi daripada cerita yang aku sampaikan,
1- JALANKAN TUGAS DENGAN TELUS ADIL DAN AMANAH WALAU KERJA SAPU SAMPAH. Akan disoal jua akhirat nanti.
2- bukan jadi salah anak-anak ditempatkan kelas belakang, tapi kalau dah berpotensi tu minta lah tempat di kelas depan supaya dia masih boleh berlumba-lumba nak belajar.
3- kalau boleh ambil tahu la setiap pergerakan anak/adik korang. Jangan sampai menyesal.
4- ajar anak/adik self-confidence nanti dia nak guna bila pergi mana-mana
5- sentiasa beri sokongan pada anak/adik walau apa yang dia lakukan. Tak kisah sokongan moral, mental, kewangan atau sebagainya. Jangan biarkan dia cipta dunia sendiri nanti terpencil dari keluarga.
6- budak-budak sekarang gatal bercinta dia lain macam. Kebanyakkan pelajar kelas belakang telah terdedah dengan bercouple semua tu sebelum masuk sekolah menengah lagi. Nak highlight “PEERS INFLUENCE” ini la salah satu faktor macam mana budak tu asal baik tapi lepas berkawan jadi kurang produktif. Jadi, perhatikan anak/adik anda.
7 – jangan terlalu manjakan anak/adik sampai tak pandai langsung buat kerja rumah. Dan mohon sangat-sangat larang dan marah anak/adik mencaci ke tinggi suara ke atau bersikap kurang ajar pada keluarga. Ini sangat penting dalam bentuk sahsiah dorang. Marah sejak dari kecil sebab itu ibu aku buat.
Ibu aku bukan bersifat keibuan 100% macam mak orang lain. Dia akan buat bila dia rasa betul. Takde nak pentingkan perasaan anak ke apa macam mak orang lain. Ibu aku okay je sebenarnya. Korang jangan nak kondem ibu dan adik aku termasuk lah diri aku. Melainkan korang adalah ibu tunggal, guru yang prihatin dan mementingkan kemajuan pelajar, anak sulong yang ketiadaan ayah atau mak, isteri kepada suami yang bekerja jauh, menantu kepada mertua kampung sebelah, dan seorang majikan kepada 20 orang pekerja serta seorang yang berkomitmen yang tinggi. Yang masih belajar dilarang sama sekali korang kritik sebab korang masih belajar!!
Kepada adik aku,
Aku cuma harap engkau je yang boleh tamat belajar di universiti tak kira peringkat apa sekalipun dalam bidang kedoktoran. Aku dah tak dapat peluang tu. Separuh jalan je aku dapat merasa. Banyak aku kena handle sekarang ni. Aku dah keliru mana satu diri aku yang sebenar. Kejap jadi ibu kejap jadi abah kejap jadi itu ini. Entah lah, tak payah fikir. Itu hal aku. Engkau jugak yang untung, sebab tugas kau sekarang hanya belajar! Nanti kalau engkau dapat rezeki dapat anak saudara, mana sempat aku nak ambil peduli pasal sekolah engkau. Jadi, belajar besungguh-sungguh! Kau nak belajar sampai Korea pon aku akan tanggung asal kau bahagiakan dan banggakan ibu. Tu je harapan aku. Aku sayang kau,dik. Tak perlu nak bercintan cintun sekarang. Cukup la apa yang aku lalui. Lelaki semua jahat sampai la dorang jadi suami kau yang sah. Yang itu bebetul baik macam laki aku! Hahaha. Ingat pesan arwah abah. Jaga kelakuan supaya abah tak terseksa dalam kubur tu. Kata-kata engkau “rindu abah” hanyalah palsu selama kau buat perangai buat abah sedih! Mind that! Muaxs!
– Kak Long
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit