Adik Ipar Selalu Menumpang Rumah

Salam, aku dah berkahwin. Dan ada anak seorang.

Suami aku ada 4 orang adik beradik. Satu darinya adalah adik lelaki bongsu yang berumur 16 tahun. Kiranya dia adik ipar aku lah.

Cumanya adik ipar aku ni selalu sangat datang ke rumah kami & bermalam.

Rutin dia cuma main game, makan dan tidur, merap dalam bilik.

Suami ada satu bilik game khas siap ada katil. Lagilah dia suka. Game tu memang hidup dia.

Dan dia akan merap je dalam bilik. Basuh pinggan & kemas katil dia semua aku yang buat.

Belum cerita soal makan lagi, dia kuat sangat makan sampai tak tinggal orang belakang.

Kadang-kadang aku masak, aku terpaksa simpan sikit sebab dia selalu habiskan lauk.

Pendek kata kami banyak berhabis untuk belanja lauk kalau dia ada kat rumah.

Aku kesiankan suami belanja kami anak beranak pun kadang2 kena ikat perut.

Bilik Gaming pula sentiasa on, aku yang kena bayar bil elektrik dia guna tiap2 bulan.

Rumah mertua aku sangat dengan rumah kami. Tapi dia masih lagi kerap ke rumah kami bermalam.

Pernah kami cakap datang waktu cuti sahaja, tapi dia jenis yang tak faham bahasa.

Dia datang juga bermalam seperti tak ada apa. Keluar masuk rumah sesuka hati. Dekat subuh baru balik.

Seperti mengambil kesempatan, dia tahu di rumah kami cukup makan, bilik serba serbi lengkap dengan PC Gaming, suami dan aku pun tak pernah campur urusan dia.

Pendek kata dia bebas nak ke sana sini. Atau nak buat apa saja.

Sebab kalau di rumah sendiri kakaknya selalu bising, kena cari makan sendiri dan tiada PC Gaming ni.

Ayah mertua aku masih bekerja dan anak perempuan yang kedua dua duanya sudah bekerja. Kerajaan lagi. Aku rasa lebih dari cukup untuk sara anak bongsunya itu.

Aku rasa macam aku dan suami dah kena pijak pulak.

Bukan ke patutnya dah jadi tanggungjawab keluarga dia? Habis tu apa guna kami menyewa rumah lain ni?

Baru baru ni dia ada bawa balik kawan dan sepupu nya ke rumah kami. Siap ajak bermalam. Macam bapak dia punya rumah.

Aku tak kisah jika dia hendak datang ke rumah bermalam lama mana pun, tapi paling tidak kena ada lah common sense.

Datanglah waktu yang sesuai contohnya cuti sekolah atau hujung minggu.

Makan apa2 tolonglah tinggalkan orang belakang & paling tidak pun basuhlah pinggan sendiri.

Kemas lah bilik sendiri. Cawan berlonggok longgok dalam bilik. Baju bertimbun.

Yang keluarganya sendiri pun kena lah sama2 ada common sense. Mereka memijak aku dan suami, kami tak apa2, maksudnya tak apalah anaknya tinggal dengan kami.

Tapi hanya kami sahaja tahu keperluan belanja kami & kami perlukan ruang privasi kami.

Aku sebagai kakak ipar aku cuba untuk ikhlaskan diri sebab dia adik ipar aku, darah daging suami aku.

Tapi lama2 aku pun dah penat. Aku jadi tak syok nak meraikan orang macam ni.

Korang boleh ke ajar aku macam mana nak ikhlas dah kalau hari hari macam ni?

– Ainil (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *