Malang Isteri Kedua

Kecoh di medsos pasal A*ang T*sla.

Saya nak kongsi cerita pakcik saya. Ada isteri yang baik. Anak 8 orang semua bijak2.

Orang lelaki bila datang penyakit galok dan gatal, memang takde ubat dah.

Pakcik beritahu nak nikah lagi.

Makcik marah, nangis, merajuk. Pakcik tetap nak nikah. Sudahnya menikah juga.

Isteri ke2 sewa rumah tak jauh dari rumah yang pertama. Pakcik yang uruskan pasal tu.

Pakcik tetap bertanggungjawab pada rumah tangga pertama. Makcik pun dah redha.

Bila isteri kedua mengandung, pakcik bawa balik rumah yang pertama. Sebab pakcik selalu takde kat rumah. Bawak lori.

Makcik 1 jaga madunya dengan baik. Masak, basuh semua makcik 1 buat.

Makcik 2 alahan teruk. Makcik 2 faham dia numpang rumah orang. Semua bil dia settle. Belanja dapur dia beli.

Sepupu2 aku yakni anak pakcik ambil kesempatan. Minta duit dengan makcik. Makcik beri.

Makcik 2 selamat bersalin anak pakcik yang ke 9. Makcik 1 sayang sangat dekat baby sebab anak bongsu dia dah besar.

Habis pantang, keluarga makcik 2 datang ambil makcik 2. Berat hati makcik 1 nak lepaskan sebab sayang sangat dekat baby.

3 hari makcik 2 dekat rumah mak ayah dia, makcik 1 dan pakcik pergi ambik baby.

Berlaku perbalahan juga dengan keluarga makcik 2 tapi makcik 1 yang menang. Baby dibawa balik.

Sampai sekarang (21 tahun) baby jadi anak makcik 1. Dijaga dengan baik dan ditatang sepenuh jiwa.

Tapi aku sangat simpati pada makcik 2. Terpaksa dipisahkan dengan anak sendiri.

Pada aku peranan pakcik lemah. Kesian dekat makcik 2.

Masa baby usia 5 tahun, pakcik ceraikan makcik 2.

Dia dah sakit2 tak berapa mampu bekerja. Tak mampu nak sara makcik 2. Nak jengah pun tak berapa sempat dah.

Kesian isteri kedua yang jadi mangsa. Terpaksa melepaskan hak (anak). Padahal makcik 1 dah redha dan terima madunya.

Madu pun okey faham letak duduk dirinya sebagai yang ke 2.

Tetapi sang suami yang longgar rasa tanggungjawabnya. Entah apa tujuan dia menikah dengan yang ke 2.

Pasti bukan kerana Allah kerana mudah sangat lewa dan leka.

– Ilham Kurnia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *