Adik Saya Syndrom Down
Assalamualaikum,
pertamanya terima kasih pada admin kalau approve luahan saya, dan saya amat menghargai jika ada sahabat yang sudi share. semoga mesej yang ingin disampaikan tersebar lusa.
saya ada seorang adik syndrom down. sekarang dah berumur 14 tahun. ini bukan satu masalah bagi saya dan keluarga. kami anggap ini ujian dan sebagai salah satu saham akhirat. ahli keluarga dan saudara-mara saya yang lain juga bersifat terbuka,tak pernah sisihkan atau pandang serong pada adik saya ni. mak ayah tak pernah sorok adik dari khalayak dan saya pun lebih selesa bawa adik untuk temankan saya kemana-mana saya nak pergi. alhamdulillah, keadaan adik bukanlah teruk sangat. dia bijak,boleh urus diri sendiri, boleh menulis, kenal huruf dan nombor. cuma ada masalah pada injap jantung yang memerlukan perhatian lebih dari kami.
apa yang membuatkan saya terpanggil untuk meluahkan perasaan ialah penerimaan 'segelintir' masyrakat Malaysia yang tercinta terhadap golongan sebegini.setiap kali kalau kami keluar ke tempat awam, hati saya cukup terguris dan terhiris bila ada golongan yang memandang adik saya seperti alien baru turun ke bumi, macam lubangn hidung ke atas,kaki tumbuh kat kepala (hiperbola tahap tinggi). tak termasuk lagi dengan pandangan menghina.kotor sangat ke adik saya ni?kalau anak-anak kecil yang berperangai sedemikian, saya boleh terima. mungkin mereka tak tahu bahawa ada golongan lain,yang tak sempurna seperti mereka. tapi, kebanyakannya lebih pada yang sudah boleh berfikir, tapi tak fikir perasaan orang lain.pernah adik saya cakap, dia tak nak keluar ke tempat orang ramai sebab orang tengok dia pelik je.
jadi,saya mohon,tolonglah ubah jika ada yang bersikap demikian.mungkin kerana pemikiran orang kita yang menganggap mereka yang sebegini pembawa malang atau menyusahkan. tapi saya tak nafikan, ada yang memandang dengan ramah,senyum,dan biasanya mereka yang turut ada ahli keluarga yang senasib kebanyakan memahami.apapun, secara jujurnya, banyak ilmu kehidupan yang saya belajar dari adik saya. betul kata orang, mencari ilmu jangan kira siapa atau apa, asalkan kita berfikir.jadi, akhir kata…hormatilah golongan OKU (orang kelebihan upaya) kerana mereka mungkin lebih baik dari anda.
– cik emosi
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/