Adikku Si Pencurang II

Untuk part I, (https://iiumc.com/adik-aku-si-pencurang/).

Assalamualaikum pembaca semua. Pertama sekali, terima kasih saya ucapkan kepada semua yang komen dan beri buah fikiran masing2. Ada juga yang minta saya update tentang Fad dan Deeja. Inshaallah saya akan update jika penting dan sesuai.

Sebenarnya tujuan saya menulis kembali adalah untuk menjelaskan beberapa hal memandangkan penulisan bahagian satu sedikit ringkas (I have tried to keep it simple but unfortunately the story has been misinterpreted by some readers).

Baiklah. Sebenarnya saya cukup kesal dengan perbuatan Fad. Kami sekeluarga telah duduk dan berbincang dengan Fad di meja makan bersama orang penting dalam keluarga besar (ada Nenek, Babah, Mak, Makcik2, adik beradik dan Pakcik).

Bayangkan, Babah yang tak pernah tinggi suara, telah tinggikan suaranya pada malam itu. Fad telah di basuh kaw2 pada malam itu oleh semua orang. Fad menangis. Tetapi dia tetap dengan keputusannya nak berkahwin lagi.

Dia katakan, dia sudah tidak boleh hidup dengan Deeja. Maka sekarang doalah yang kami mampu panjatkan. Moga ada jalan terbaik buat Fad dan Deeja. Jika perpisahan adalah jalan yang terbaik, maka berpisahlah mereka.

Semoga Deeja bertemu pengganti yang jauh lebih baik daripada Fad. Nak naik court bulan depan ni tak tahu jadi atau tidak disebabkan kes Covid sekarang ini. Entahlah. Tunggu Deeja update. Fad, saya sudah tidak whatsapp. Tumpuan saya pada Deeja dan anak2 buah saya saat ini.

Kedua, mengenai isu keluarga kami menumpang harta Deeja, rest assured itu tidak wujud sama sekali. Kami hidup seperti keluarga2 normal yang lain. Alhamdulillah semua ada pendapatan sendiri dan hidup atas hasil pendapatan sendiri.

Ketiga, beberapa hari lalu Deeja ada beritahu saya yang beliau stress dan depress. Beliau sudah membuat temujanji dengan Doktor akan tetapi temujanji ditangguhkan kerana kes covid sekarang. Saya meminta beliau banyak2 berdoa, extra ibadah dan melakukan aktiviti yang beliau suka.

Jika sekarang tidak ada Perintah Kawalan Pergerakan, saya sendiri yang akan terbang ke Sarawak. Deeja, Kak Anim minta maaf tak dapat nak membantu banyak pada waktu sekarang T.T

Keempat, berhubung orang ketiga yang berumur 19 tahun itu, saya tidak tahu pasti lokasi rumahnya. Yang saya tahu dia bertunang di satu daerah di Johor. Kerana daerahnya agak kecil jadi bahaya juga saya tuliskan nama daerahnya di sini.

Kerana daerahnya kecil juga sebenarnya agak senang untuk cari siapa wanita itu. Inshaallah akan diusahakan. Saya sendiri tidak kenal wanita tersebut bahkan wajahnya saya tidak pernah lihat. Tiada satu pun foto yang saya dapat waktu Fad bertunang tu.

Kalaulah saya berjaya kenalpasti orang ketiga ni, saya akan jumpa dan terangkan segalanya supaya dia dapat berfikir dengan lebih mendalam dan dapat susun masa depan dia dengan lebih baik.

Kelima, Fad sebenarnya seorang lelaki yang bekerja. Maaf, saya membuat sesetengah pembaca berfikir bahawa Fad adalah biawak hidup aka tidak bekerja hanya makan hasil isteri. Tetapi, Fad ni banyak berhutang sebab gagal dalam bisnes dia dulu.

Salah satu sebab dia bekerja makan gaji sekarang adalah untuk bayar hutang dia dulu jugak. Hidup dia sekarang nampak macam biasa je. Fad ni, banyak juga sorokkan hal hidup dia.

Macam hal hutang ini pun tahu dari Babah. Kalau Babah tak cerita, sampai ke sudah kami adik beradik tak tahu. Banyak rahsia mungkin malu kot, menipu nak berkahwin tak malu pulak ye? Haihlah adik aku yang sorang ini.

Kelima, kereta yang Fad guna sekarang adalah milik Deeja. Deeja telahpun meminta semula kereta tersebut memandangkan Fad nak sangat cepat2 bercerai dan biarlah dia berdikari. Biar dia rasa.

Cerita tentang kereta itu dan rumah yang mereka duduki di KL sebelum ini rupanya milik Deeja, baru kami adik beradik tahu selepas ‘perbincangan kelurga’ tempoh hari. Memalukan keluarga sahaja.

Akhir kata, Semoga ada jalan terbaik untuk Deeja dan Fad. Sekiranya perpisahan adalah jalan yang terbaik maka why not?

Kak Anim juga percaya yang Deeja akan menjadi seorang wanita yang kuat, cekal dan tabah. Deeja akan menjadi lebih berjaya daripada sekarang. Mungkin ini adalah jalan hidup Deeja dan Fad.

Panas ada redupnya, hujan juga pasti ada redanya. Mungkin sekarang Deeja masih menangis2 call akak tetapi akak tahu Deeja kuat untuk lalui semua ini.

Bak kata netizen, Deeja deserves better! Inshaallah Kak Anim akan update apa apa jika perlu. Terima kasih pembaca. Doa yang baik sahaja ya.

Pesanan terakhir: Buat wanita diluar sana, tolonglah siasat lebih sikit siapa lelaki yang kalian mahu berkawan apalagi berkahwin. Jangan pandang luaran sahaja.

– Anim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *