Ajaibnya Solat Hajat

Salam kepada semua pembaca. Selama ni saya cuma membaca semua kisah dalam page ni.

Pagi ni bangun tidur sementara tunggu ayam cair nak masak tergerak hati nak buat sedikit coretan.

Harap admin sudi siarkan sekurang-kurangnya dapat memberi manfaat kepada pembaca walaupun tak banyak sedikit pun ok.

Macam tajuk diatas saya nak kongsi sedikit pengalaman saya berkaitan solat hajat. Ramai rasanya yang tahu apa tu solat hajat dan tujuannya.

Sepanjang saya hidup memang menjadi amalan saya untuk buat solat hajat kalau ada perkara yang saya inginkan.

Paling mustajab doa adalah pada malam nisfu syaaban. Petua ni saya dapat dari kawan saya masa praktikal.

Dia bagi tau sebaik baik waktu nak solat hajat adalah pada malam nisfu syaaban. Siangnya kita berpuasa dan malamnya buat solat hajat.

Berdoa lah bersungguh sungguh. kalau boleh menangis, menangis lah.

Allah tak kan sia-siakan puasa kita dan doa kita macam tu je.

Saya pernah ikut amalan ni alhamdulillah ajaibnya kuasa solat hajat ni hajat saya di makbulkan.

Walaupun nampak macam mustahil akan berlaku tapi kuasa Allah tak de yang mustahil.

Pernah juga masa saya terdesak mencari pekerjaan setiap malam saya bangun solat hajat. Masa tu fikiran dah tertekan asik cari kerja tak dapat. Umur dah makin meningkat.

Saya minat nak jadi cikgu tapi tiap kali amik ujian medsi sampai 8 kali tak pernah lepas.

Satu hari dapat tawaran jadi guru sandaran. Syukur sangat masa tu.

Ingatkan hujan sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari.

Contract saya kena terminate tak sampai setahun sebab KPM tiba-tiba hentikan skim ni. Masa tu ya Allah hati ni rasa tak keruan sangat.

Mula la dari hari tu saya solat hajat tiap malam mohon pada Allah serapkan saya dalam jawatan guru tetap.

Nampak macam mustahil sangat nak masuk jadi guru tetap tapi ajaibnya solat hajat tiba-tiba kerjaan tawarkan DPLI kepada guru sandaran yang dah tamat contract.

Allahuakbar. Nikmat apa lagi yang kau dustakan.

Ada lagi beberapa kejadian yang berkaitan solat hajat ni. Tapi cukuplah setakat ni perkongsian saya.

Apa yang saya cuba sampaikan jika ada antara kalian yang masih belum tertunai hajatnya, janganlah berputus asa. Teruskan berdoa. Buat lah solat hajat selalu.

Jangan pandang remeh solat hajat ni. Insyaallah lambat laun hajat Allah akan tunaikan. Allah tak beri masa kita minta, tapi Allah beri masa kita perlu.

Sekian.

– Bakal jenazah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam sis,,, nak tanya sis solat selalu pukul brp dan brp rakaat sis selalu buat. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *