Cinta Mereka Kembali Bertaut

Salam sejahtera.

Saya dah berkahwin dan ada 3 anak. Saya kenal suami 6 tahun sebelum kitorang kawin. Dari mula diploma sampai la habis ijazah. Dalam 6 tahun tu, pelbagai dugaan saya kena tempuh.

Sebelum tu saya akan ceritakan kisah yang lebih silam. Semasa saya mengenali dia, saya sejujurnya tidak mengetahui bahawasanya dia sudah punya kekasih. Kami berkenalan melalui internet.

Kemudian dia datang berjumpa saya dikampus ketika itu. Sejak dari itu, kami sering bertemu. Namun, ada ketikanya dia tiba-tiba hilang dari radar. Saya tidak akan dapat menghubunginya dalam beberapa hari.

Pada suatu hari, saya ternampak satu posting di Facebook seorang gadis saya namakan Miss. Miss telah mengupload gambarnya bersama dengan si dia. Ketika itu mereka berada di atas paddle boat dengan aksi manja.

Saya sangat terkejut lantar bertanyakan si dia apakah hubungan dia dengan Miss. Dia diam membisu. Masih melayani saya dengan baik jika kami berjumpa.

Suatu hari yang lain, dia khabarkan kepada saya yang maknya masuk hospital kerana demam. Beberapa hari selepas itu, dia telefon saya mengatakan maknya meninggal dunia.

Ketika itu timbul cerita dia akan bertunang dengan Miss atas sebab sudah berjanji dengan mak si dia. Saya yang ketika itu sedar sudah terlanjur mencintai kekasih orang lain decide untuk mengundurkan diri.

Namun, belum sempat saya undur diri, si dia khabarkan bahawa mereka tidak jadi bertunang dan si dia telah meninggalkan dia.

Miss telah memutuskan hubungan mereka berdua dan Miss dikatakan menghilangkan diri dari si dia. Miss telah block FB dan segala social media dia dan Miss turut tukar nombor telefon.

Saya yang ketika mendengar itu berasa kasihan kepada dia dan memutuskan untuk kekal bersama dia untuk mengubat luka hati kehilangan mak seterusnya putusnya cinta lama si dia.

Dalam tempoh 6 tahun selepas itu, dia telah beberapa kali decide untuk kawin dengan orang lain masa dalam tempoh kitorang bertunang. Dia kata ayahnya yang minta dia kawin secepat mungkin.

Ketika itu, saya yang masih buta hati sanggup buat apa saja untuk pujuk dia supaya setia dengan saya.

Ada ketika satu kejadian tu, kami decide untuk putus setelah dia bertemu seorang gadis dari Kedah dan bawa gadis tu bertemu ayah dan ibunya (ayahnya telah berkahwin lain).

Saya yang ketika itu baru mula bekerja cuba untuk mengubati diri sendiri dengan mengenali teman-teman sekerja. Namun ketika itu hati saya masih tidak dapat melupakan dia. Jadi setelah beberapa bulan, kami decide untuk get back together.

Tidak lama kemudian, saya dikhabarkan dia tidak jadi berkahwin pula dengan gadis dari Kedah itu. Maka, kami teruskan hubungan kami.

2 tahun kemudian, dia mula mendapat green light dari ibu saya untuk terus ke fasa seterusnya. Keluarga dia datang kerumah keluarga saya untuk bertunang seterusnya menetapkan tarikh nikah. Tidak sampai setahun dari tarikh tersebut, kami diijabkabulkan.

Pada tahun pertama hingga tahun ke 5, dia ada juga menunjukkan sifat hidung belangnya.

Namun saya butakan mata dan hati kerana ini pilihan saya sendiri. Saya telan semua kecurangan dia. Saya rahsiakan dari keluarga. Kerana bagi saya kecurangan itu belum ditahap kronik lagi.

Namun, masuknya tahun ke 6 perkahwinan kami, saya diuji dengan ujian kesetian yang kemuncak. Di suatu petang yang hangat, tiba-tiba si dia balik dari kerja dan memberitahu dia kembali berkawan dengan Miss di media sosial.

Saya terkejut dan saya bertanya kenapa masih berhubungan dengan Miss. Saya juga menasihati dia supaya berhenti huhungi Miss kerana Miss masih belum berkahwin. Nanti akan mainkan perasaan Miss.

Namun dia tidak mengendahkan. Dia tetap teruskan hubungan yang dikatakan bersahabat itu. Saya tidak sedap hati dengan keputusan dia.

Hati isteri tidak pernah salah. 2 minggu selepas itu, dia memberitahu saya yang dia ingin berkahwin dengan Miss tapi belum diputuskan lagi bila masanya.

Betapa remuknya hati saya ketika itu kerana ketika itu, saya sedang membawa zuriat kami yang ketiga. Ketika itu saya membawa perut enam bulan kandungan.

Tidak tergambar kesedihan saya ketika itu. Emosi sangat sangat tidak stabil ekoran hotmon dan kejadian itu. Suami saya turut merancang untuk saya tetap ada bersama ketika majlis pernikahan mereka. Berderai hati seperti kaca.

Setiap hari setiap masa air mata menemani saya. Anak-anak sentiasa bertanya kenapa mamanya menangis. Saya betul betul berada dititik terendah saya ketika itu.

Hari hari saya berdoa supaya Allah tutup pintu hati dia untuk Miss.

Hingga suatu hari, setelah saya bersalin dan dalam tempoh berpantang, si dia memberi perkhabaran yang dia tidak akan kahwin dengan Miss kerana dikatakan Miss akan berkahwin dengan orang lain.

Ketika itu saya percaya Allah telah makbulkan doa saya. Saya dapat hidup dengan tenang bersama dia dan anak anak kami.

Namun, langit tak selalu cerah. Setahun selepas dia katakan dia tidak jadi kahwin dengan Miss, saya dapat tahun mereka berhubung kembali. Mereka kembali menjalinkan cinta…

– Orked (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *