Assalamualaikum. Terima kasih sekiranya confession ni disiarkan. Harap dapat bantu sy.
Sy ni berasal dr keluarga yg biasa2 je. Bukan yg alim. Tp arwah mak sy tu kira org surau juga la masa dia sihat wal’afiat. Sy bukan nak burukkan arwah mak sy. Tp sy cuma nak bercerita kisah sy dalam belajar solat ni.
Ok sy tak ingat la kecik2 atau waktu tadika sy pernah tak belajar solat dan bacaannya. Tp yg sy tahu sy mula sekolah agama sejak darjah 3. Darjah 1/2 tak agama sbb arwah tak mampu masa tu ramai adik beradik yg sekolah. Tu pun sebab masa sy darjah 3 akak sy sorang dah habis sek menengah jadi kurang sikit belanja mak sy dan boleh la hantar sy ke sekolah agama. Sekarang ni sy sedar dan sy patut beruntung sebab sy dapat sekolah agama masa tu. Tak semua adik beradik dapat sekolah agama sampai darjah6.
Tapi sy tak tahu lah apa yg sy belajar di sekolah agama tu sampai sy failed bab solat. Sy bukan nak bangga diri tapi sy ni salah seorang pelajar cemerlang di setiap sekolah yg sy pernah belajar. Cuma tu lah sy tak beratkan soal solat dalam diri sy.
Mak atau akak2 dan abg sy pun tak pernah ajar sy solat slowly. Bukan maksud sy mereka tak solat. Mereka solat. Tp tak pernah la nak ajar satu per satu tentang solat ni. Rukun dll. 100% harapkan di sekolah. Mak sy mmg bagus bab solat dia. Dia tegas kalau anak tinggal solat tp tegas dia cuma marah dan membebel tentang baik buruk. Tak pernah pun rotan ke ajar anak satu2 utk solat, tengok anak solat dr awal sampai akhir. Atau ajak anak solat jemaah ke. Dan kebanyakan adik beradik sy acuh tak acuh bab solat. Dah kawin pun masih macam tu lg. Sy belum kawin. Baru nak masuk 20tahun bulan 9 ni. Tp tu lah sy perhati keluarga sy. Masa arwah mak ada lg, dia tahu anak2 dia hatta suami kpd anak dia pun acuh tak acuh bab solat. Tapi dia cuma kata “tanggungjawab aku dah lepas, aku selalu pesan dah pasal solat, pandai pandai lah korang di bawah jagaan suami tu” Tak dinafikan semua tu memang betul. Hmm.
Tapi sy nak cerita pasal sy ni haa. Sy mula solat pun masa darjah 6. Dgn tak tahu bacaan solat nya. Tahiyat akhir pun sy baru betul2 hafal tahun lepas. Selama tu sy solat tak pernah sah dan tak pernah solat betul-2 pun. Sy just amik wuduk tanpa niat, solat pulak mulut tekumat kamit je tak baca apa2. Just buat perbuatan je. Niat tah kemana bacaan tah kemana. Doa qunut pulak sampai sekarang tak hafal2 lagi. Sy solat camtu terpaksa je sebab taknak kena marah dgn mak. Bukan sebab betul2 nak ibadat.
Dan paling dahsyat, takda siapa pun yg tahu masalah sy ni termasuk arwah mak sy sendiri. Sy membesar dalam keadaan macam tu. Kadang tu kan sy just amik wuduk, masuk bilik lepak atas katil tak solat pun. Hmm entahlah. Bukannya sy tak pernah nak ubah diri ni. Mungkin faktor sekeliling yg mempengaruhi. Yela drpd kecik macam tu. Bayangkan dari umur 12tahun (sy start solat) sampai sekarang nak masuk 20tahun hidup macam tu dah jadi 1 habit. Susah nak ubah. Dr langsung tak matang takleh fikir apa sampai sekarang ni baru nak kenal erti hidup. Sy tak tau la dah terlambat ke belum skrg ni. Apa yg sy maksudkan dgn faktor sekelilin? Ok, macam sy cakap td sy diberi rezeki dapat jd pelajar cemerlang setiap tahun. Jd keinginan nak nak masuk asrama/sekolah agama tu membuak buak. Sy nak sekolah agama lepas dapat upsr dan upsra cemerlang utk belajar semuanya dr awal. Nak belajar arab. Sy minat arab. Masa tu sy fikir mungkin tu cara terbaik kot utk sy ubah diri. Lagipun nak berdikari sama. Macam2 tawaran sy dapat dr sekolah rendah masa tu utk ke sekolah menengah agama.Tapi semua tu cuma pelamin anganku musnah. Sebab mak sy tak izinkan. Dan sy sekolah menengah biasa je lastly. Bila sekolah biasa ni habis segala hukum hakam sirah tajwid arab sy lupa one by one. Sebab tak belajar dah semua tu. Tp sy masih tahu la halal haram semua tu. Kira sy ni pandai juga bab agama. Cuma tu lah sy tak tahu kenapa dgn diri sy. Masuk sekolah menengah, kawan pun jenis acuh tak acuh bab solat. Lepas tu kelas (pafa) pun macam tak function. Rasa sy kan, masa form1 je kot ada pafa tu. Tu pun jarang2. Tak pernah pun nak ajar solat step by step atau dgr bacaan solat ke tgk perbuatan solat ke sorang2. Tak ada. Sampai ke sudah hidup jahil dalam solat tp bab agama yg lain tak jahil.
Bila dah berhenti sekolah, sy ada cakap nak masuk pondok. Nak belajar agama. Tp sorang pun tak layan. Mak pun tak bg. Sy lupa pulak. Sy ni takda ayah. Ayah meninggal masa sy baby lg. Dan ramai sangat kakak. Abg pulak 2 je. Sorg ok sorang kelaut. Tp abg yg ok tu pun tak penah ambik berat pasal adik dia ni. Kakak yg lain hmm lagi lah. Satu per satu kawin dan ikut suami. Tp masih tinggal di sekitar sini dan masih bersama la cuma tak berapa ambik berat pasal sy. Hal sekolah ke hal sakit demam ke. Tak penah. Dan sy kalau demam ke apa dr kecik sampai sekarang tak penah gi klinik. Takda org nak bawak. Arwah mak takleh salahkan dia sebab dia takleh drive, dah tua, tak larat dsb. Boleh nilai sendiri kan kalau sakit demam yg memang nampak pun diorg buat biasa je apatah lagi masalah solat sy yg terang2 diorang tak nampak. Eh dah lari tajuk pulak. Haa sy cuma nak cerita yg sy ni banyak usaha sendiri tapi tak tahu ke mana2. Kadang tu rasa terbiar. Mujur tak tersesat ke gejala sosial je sebab pandai jaga diri.
Selain dr tu, sy pernah juga beli buku solat, belajar sendiri. Mujur sy pandai baca arab jadi kira mudah la nak baca bacaan solat tu. Dan sy ada lah usaha nak hafal tahiyat dan doa qunut serta memperbaiki bacaan solat yg lain. Tp malangnya sy tak kuat. Susah nak istiqamah. Buat kejap pastu tinggal balik. Buat kejap tinggal balik. Macam tu jela kehidupan sy tanpa pengetahuan sesiapa. Sy tak tahu apa nak buat. Nak cerita pd siapa pun tak tahu. Dgn mak dan family sy takut dan malu. Takut kena marah dgn mak dan kena ejek kena pulau dgn adik beradik. Malu sy. Sy tahu sy bodoh takut dan malu tu. Sy bodoh sangat sebab jadi macam tu. Dan sy betul2 berubah dan hafal tahiyat tu start tahun lepas. Sy mula solat dgn sempurna. Sy ada belajar dr seseorang, dia kata kalau tak hafal doa qunut tu lg takpa. Baca bacaan ni (ada satu ayat tu) dulu tp mesti belajar hafal doa qunut sikit2. Sementara nak hafal semua tu baca dulu ayat tu. Dan sy pun beramal lah dgn apa yg dia ajar. Tp syok je baca ayat tu tanpa usaha hafal doa qunut. Sy cuba juga utk hafak tapi macam sy cakap buat kejap pastu tinggal. Sampai skrg tak hafal doa qunut.
Dan masa sy mula berubah tu ada juga tinggal solat kadang2. Dan betul2 solat penuh tu masa mak sy sakit agak teruk. Masa tu wpun tak hafal lg doa qunut, sy gigih utk hafal doa2 lain yg sesuai dibaca lepas solat atau ayat2 utk lembutkan hati serta elokkan akhlak kita. Sy teringat satu nasihat ni cara utk kita istiqamah dalam solat ialah kita cuba usaha sedaya upaya utk cukupkan solat selama 40hari. Kalau kita berjaya cukuokan 40hari in sha Allah kita akan rasa janggal utk tinggal solat. Dan ia, sy percaya kata2 tu dan sy dah berjaya pun. Sy bertaubat solat sunat dan doa macam2 supaya dosa sy diampun, perubahan sy kekal. Sampai lah satu masa Allah tarik mak sy (tahun ni) Sy jadi down. Down sangat2. Even down pun dalam tempoh sebulan pemergiannya sy masih solat sempurna seperti biasa, baca yasin baca quran nangis setiap malam rindukan mak. Doa macam2. Tapi lama2 sy makin berubah. Sy solat just baca al fatihah je tak baca surah lain lepas tu. Dan lepas salam terus bangun. Takda lagi zikir doa baca quran semua tu. Tapi solat masih full. Sy nangis juga rindu mak tp sy keras hati tak doa dan sedekahkan apa2 bacaan utk dia. Dalam sebulan lebih ni sy jadi tinggal solat sikit. Baru2 ni lepas period saja lengahkan mandi wajib sampai 2minggu. Sy tak tahu kenapa. Lepas mandi wajib pun sy masih ada tinggal solat terutama isyak dan subuh. Sy rindu mak sy. Sy tak tahu lah nak buat apa.
Sy tak salahkan 100% pada keadaan tu, ada juga salah sy. Sebab sy tak kuat atau sy malas ke apa. Sy tak tau apa nak jadi dengan diri sy ni. Tolong lah, bantu sy. Nasihat sy. Sy tahu ramai pembaca di sini lebih matang dr sy. Lebih tua dr sy. Sy perlukan nasihat. Tunjuk ajar. Cara2 utk istiqamah dalan solat, istiqamah dalam perubahan. Macam mana taknak bagi tinggal solat. Sy bukan tak tahu seksaan dan balasannya tp sy tak tahu kenapa sgn diri sy. Sy perlukan bimbingan. Nak ke pondok ke madrasah ke mana mana keadaan sy skrg tak mengizinkan. Susah utk sy ke mana2. Nak pergi majlis ilmu pun susah. Apatah lg nak pergi belajar di pondok atau madrasah mana2.
Bantu lah sy. Sy perlukan bantuan dan bimbingan. Atau mungkin ada kakak/kawan perempuan dalam ni nak berkawan dgn sy secara private utk jadi penasihat dan pembimbing sy? Just cakap kat komen. Nanti sy akan pm. Sy tahu pembaca di sini berhati mulia. Tolong jangan hina sy, tapi nasihat lah sy..
Terima kasih
– Ina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit