Ak nak mintak pandangan. Tajuk x tau nak letak apa sbb panjang. Ak cerita dulu baru bagi soalan.
Ak tinggal dgn mak angkat aka mak sedara dan ak anggap mcm mak sendiri. Tinggal dari kecik dari lahir sbb ayah ak biar ak x bagi apa2 dan hampir mati lemas. ( itu cerita dari mak angkat ak dan orng yg rapat dgn mak angkat ak ).
Mak kandung dah arwah.Ayah ak tu pandai berborak dan mak sedara ak tu jenis penyabar dan x bawak mulut. ( mcm2 cerita pasal arwah mak kandung). Kalu ikut cerita mak angkat,ayah ak biar kan die smpi sakit. Kalu ikut cerita orng kg hasil cerita dari ayah ak, mak ak mmg dh sakit sebelum kawin dan xboleh dirawat, ntah la. Ayah ak kawin family yg uruska semua. Ayah jenis penting hal sendiri.
Dulu arwah akak duduk sekali dgn mak angkat. tapi bila dah besar ayah ak ambik akak ak alasan die sbb akak ak rela sendiri ( ayah ak pandai pujuk akak ak .. die nak akak ak sebb nak jaga makan minum ). senang cite ayah ak jenis ambik kesempatan.
Dah 3 orng bawah ayah ak pergi selamanya ( mak,abg,akak ). Sekarang tinggal ayah ak sorng. Mak angkat ak pun tinggal sorng. Ak mmg x rapat dgn ayah ak sejak die ambik akak ak dan buat mak angkat ak merana.
Ak dalam dilema skrng ni. Mak angkat pesan jgn tinggal kan die ( dan jgn rapat dgn ayah ak ). Die taknak jadi mcm kes akak ak. Ak pun dah janji dgn Mak angkat akan jaga die sepenuh nya mcm mana die jaga ak dari ak lahir. Mak angkat ni ibu susuan ak jugak la.
Orng kampung yg rapat dengan ayah bagi tazkirah kt ak jaga ayah. Ayah ak mmg xberani nak ckp dgn ak sbb ak mmg xkan ckp apa2 ( ak xnak die rayu kat ak dan xnak die suruh ak jaga die ). Tapi cara orng kampung takzirah kt ak buat ak rasa bersalah ( nnti mereka anggap mak angkat kawal ak dan ak ni anak derhaka ).
Ak tetap pendirian ak jaga mak angkat, takkan hanya dengan modal air mani ak kena bertanggungjawab jaga ayah ak. selama mak angkat jaga ak pki air liur lah kot. ntah la.
Masa kecik mak bapak buang dan ada yg x anggap kau anak mereka. Bila dah besar berjaya time tu mengaku satu kampung sedara yg itu anak kau. Bila kau x berjaya, penjaga la yg dapat busuk ( fitrah manusia nak yg elok je yg buruk bagi kt orng )
Yg anak pulak terasa rindu nak duduk dgn ibu bapa sendiri ( ak rasa setiap anak angkat akan ada perasaan tu termasuk ak, fitrah manusia )
Penjaga la terpaksa keluar modal besarkan, basuh tahi semua, sekolahkan.
Ak harap orng kampung dan sedara dan masyarakat tu sedarlah, jgn kerana air liur ibu bapa dan air mani setitik sahaja dah boleh menghalalkan segala duit masa dan penat lelah penjaga yg menjaga anak tu dari kecik sampi besar.
Kepada anak angkat jaga lah perasaan keluarga angkat sebagai mana mereka menjaga kau, ak tau kau akan pilih keluarga sendiri kalu diberi pilihan antara 2.
So kau rasa, ak ni layak ke dilabel anak derhaka hanya kerana air liur dan air mani sahaja ?
– emy
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->