Apa yang aku tak faham laki aku berscandal dengan kerani tempat kerja dia. Banyak kali kantoi gambar dan chat.
Ya dia pernah bagitau niatnya nak berkahwin dengan kerani tu. Tapi aku tanya dia macam mana nak kahwin sedangkan ada hutang hampir RM800K hasil dari perniagaan yang tak jadi, di tipu dan seangkatan dengan nya.
Lepas dari tu aku serah kan pada Nya. Malas aku nak serabut fikir dan aku bersangka baik… sebab suami aku memang baik.. tak kan la dia sanggup kahwin lari..
3 tahun aku tak pernah tanya hal tu lagi.. aku focus pd keluarga sebab time tu anak aku 3 orang kecik-kecik lagi…
Aku kerja pun biasa je keje kilang opis hour… sementara laki aku ni banyak la masa nya sebab dia keje jaga business orang..
Ya hutang RM800K tu antara nya salah guna duit orang.. dan bila dia tak mampu lagi tanggung beban hutang tu dia berhenti kerja.. dia tak mengaku pun salah guna duit company tu..
Lepas tu dia buat business itu ini tak jadi.. dan banyak sangat dugaan dia tak habis habis ya… dan akhirnya dia mengaku dia buat salah sebab tipu aku..
Dia mengaku sebenarnya dia dah kahwin 2 tahun yang lalu di sempadan. Tak sedar pun dia buat macam ni sebab hari hari balik bermalam dan kami baik je di rumah..
Hingga hari ni dah 5 tahun nikah gantung, tak official kan lagi di Malaysia sebab dia tak ada keje tetap.. duit pun mak bagi.. duduk pun rumah mak bagi..
Dia patut sahkan perkahwinan sahaja.. tapi dia nak tutup aib dan nak mohon poligami seolah olah dia baru nak kahwin.. nak mohon poligami pula tak boleh sebab tak ada keje tetap.. macam mana nak mohon di mahkamah..
Ya selama ni aku bertahan dan harap Allah lembutkan lah hati dia, cukup la jaga aku dan 3 orang anak ni.. aku terima dia seadanya baik buruk nya.
Tang mana nak poligami pun aku tak faham.. sebab kehadiran orang ke-3 dengan cara begini menyebabkan aku ada trust issue.. mesti la aku tak percayakan dia dan bergaduh sebab selalu kena tipu…
Dan waktu siang la dia jumpa isteri dia.. ada masa aku boleh busy kan diri dengan kerja.. ada masa nya aku mental fikirkan apa yang suami aku buat..
Kesabaran aku ada hadnya, kalau selalu sangat bergaduh dia menegakkan hak dia berpoligami…
Ya tak salah poligami.. tapi benda paling bodoh.. coway pun aku bayar… insurans anak aku bayar… aku tak faham mana kefahaman yang aku harus pegang untuk aku pujuk hati ni..
Orang kata bertahan pun bodoh… angkat kaki pun bodoh… nak dekat umur 40 dengan anak 3… tak kan nak start hidup baru, letih la nak start all over again..
Aku doa je Allah balas perbuatan dia dan perempuan tu.. betapa tegarnya penyondol di luar sana..
Kenapa ya tak bersyukur dan terus aniaya perasaan seorang isteri..
Entah aku tak faham dan tak tahu nak buat apa.. sekadar menulis luahan rasa hati dan mohon sahabat doakan yang terbaik buat saya dan anak2.
Terima kasih semua..
– Farisha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sis..terlalu banyak red flag suami awk.
Buat taik hutang
Kahwin lari walau tak mampu dari segi nafkah
Awak kata dia baik?Dia dah aniya duit org tu melakukan kezaliman namanya.Dgn isteri pun dia akan buat kezaliman yg sama juga
Sudahlah sis hidup dlm harapan dan angan2.Buka mata buka minda.Buat solat taubat atas duit haram yg mungkin pernah dimakan itu.Boleh jd asbab tipu duit org..keluarga sis diuji dgn ujian mcm ni.Sama2 muhasabah
Hakikat sebenar adalah suami sis tak syg kan sis pun.sebab tu dia sanggup khianati cinta dan kepercayaan sis.
Lelaki..kalau ada bini no 2 3 4 dan skandal..means hati dia bukan pada kita.Kahwin lain pun sebab konon tak nak dosa maksiat.Sebenarnya perjuangan sebenar hanya utk penuhi hawa nafsu aje.Sedangkan tanggungjawab sbg suami mcm nafkah terang2 diabaikan.
Baik hdp jd janda la sis.Ada suami pun tak guna 1 sen.Menyeksa diri menyeksa perasaan.
Lelong ajelah suami tu sbg brg terpakai kpd madu tu.Brg yg kondisi dah nak mereput.
Maaf sis kalau nasihat sy ni tajam tp sedarlah diri sis
suami tak guna . jenis gatal tang bawah tu ja
Kalau dah kita tanggung semua, dia pulak buat xsedar diri kita dah cover part dia sbg breadwinner, boleh pulak dia kawen lain. So, drp bertambah beban bela dia & wife baru dia, baik bercerai & jaga anak shj yg nmng bwh tanggungjawab dia, selama ni pun ada bapak serupa xde, so ape salahnya kalau nemang xde, jaga anak baik2 & dekatkan diri dgn tuhan, tanggungjawab dia pd nafkah anak2, biarlah. Itu antara dia dgn tuhan. Ini, hanya pendapat saya, lain org lain pandangannya bergantung pd situasi masing2 😆
Kalau dah kita tanggung semua, dia pulak buat xsedar diri kita dah cover part dia sbg breadwinner, boleh pulak dia kawen lain. So, drp bertambah beban bela dia & wife baru dia, baik bercerai & jaga anak shj yg nmng bwh tanggungjawab kita, selama ni pun ada bapak serupa xde, so ape salahnya kalau nemang xde, jaga anak baik2 & dekatkan diri dgn tuhan, tanggungjawab dia pd nafkah anak2, biarlah. Itu antara dia dgn tuhan. Ini, hanya pendapat saya, lain org lain pandangannya bergantung pd situasi masing2 😆
Segala bergantung pada kamu, jika boleh bertahan, maka bertahanlah. Kamu yang menentukan hala tuju hidup. Susah dan senang puan yang menanggungnya
apa salahnya berkongsi? dapat pahala lebih kan. boleh eratkan silaturahim dan tmbah keluarga.
kalau tak boleh cakap benda baik, lebih baik diam