Assalammualaikum semua. Saya Larra, Ibu kepada 2 orang anak.
Saya nak cerita berkenaan sikap keluarga sebelah suami yang selalu membelikan pakaian untuk anak-anak kami.
Bukannya saya tidak bersyukur, tapi saya juga tidak meminta. Walaupun suami masih belum mampu tunaikan nafkah terbaik untuk kami ibu dan anak, saya tetap pasrah dan tak pernah merungut.
Biasanya saya akan menggunakan duit bantuan kerajaan untuk beli pakaian anak-anak, tapi kami memang tak beli banyak sebab tak nak banyak kerja atur kain pakaian, kami suami isteri pun sama, baju tak banyak sangat. Bagi kami tak perlu.
Pembaca tahu tak sifat segelintir peminat pakaian bundle berjenama?
Suami saya ni salah seorang darinya, dan ahli-ahli keluargannya juga. Jenis yang kalau jumpa jenama baju mahal dan berkenan mesti beli, tengok kualiti kain juga la.
Mereka (suami dan keluarganya) selalu belikan untuk anak-anak kami, tapi anak-anak saya ada sakit kulit.
Anak-anak dapat sakit kulit pun selepas kami duduk sekali dengan mertua di rumahnya, anak kedua selepas pakai pakaian bundle ipar beli. Selepas saya tegur suami dia stop dah beli.
Ada masa saja jika pergi bundle bersama kakak-kakaknya dia akan terbeli. Pernah juga dia tak nak beli, tapi kakak atau mak dia pulak akan belikan.
Tak tahu macam mana lagi saya nak cakap, nanti nampak macam tak bersyukur pula, tak berterima kasih.
Keluarga saya ada juga bagi baju bekas, tapi bekas ahli keluarga sendiri yg dah tak muat, itu pun hanya baju majlis yang sayang nak buang atau derma pergi tabung pakaian. Itu pun mereka akan tanya anak sendiri, “nak ke tak?”.
Baju yang keluarga bagi memang tak adalah sakit kulit ka apa, tapi selepas dapat pakai baju bundle terus kena sakit kulit. Walhal dah cuci bersih, 2 hari berendam, giling banyak kali.
Saya lepas kes pertama dah tak bagi pakai, bagi pakai pun kalau family sebelah mertua berkumpul atau anak berkeras nak pakai.
Ada cara lagi tak nak elak? Kalau dah di bagi, lepas tu tak bagi pakai atau buang suami tersinggung, takut dia makan hati.
Saya takut saya nampak buruk pun ada, nampak tak bersyukur, select. Sebab selalu dapat baju-baju tu suami akan terangkan jenama tu mahal, kalau original mahal harga beratus, jarang jumpa kat Malaysia la.
Masalah nya saya tak hamak pun jenama mahal, budak kecil tak tahu erti jenama dan mahal, bukan itu yang jadi ukuran saya, walaupun ada sepupu dan kawan yang pakai baju-baju mahal macam tu saya tak terkesan,ukur baju di badan sendiri.
Pernah ada sekali suami cakap itu je dia mampu untuk masa ni (belikan baju-baju bekas),
Tapi saya cakap elok-elok tak apalah kalau macam tu tak payah belikan saya, saya baju-baju banglades RM10- RM15 ok saja yang penting tutup aurat, t-shirt pasar malam RM5 RM6 tu pun tak apa, pakai kat rumah sja tak ada orang tengok.
Suami akur, dia beli untuk diri dia sendiri saja. Tapi awal-awal atau kebanyakan cucian kami akan cuci asing pakaian dia dengan kami ibu dan anak.
Tapi kalau ada duit lebih atau ada sale kat kedai suami belikan juga baju-baju baru untuk kami.
Sebenarnya saya dari kecil memang mak tak bagi pakai pakaian bundle, dia lagi rela hutang pakistan bayar bulan-buan daripada bagi pakai baju bundle.
Pernah sya beli seluar bundle dengan duit sendiri, duit hadiah menang pertandingan kat sekolah, mak curi-curi buang. Dia kata jangan pakai, nanti dapat sakit yang kita tak tahu.
Tapi lepas ada kerja sendiri saya beli juga, sebab dah tinggal asing dari mak saya. Saya pakai pergi kerja ok saja.
Tapi selepas bersalin ada anak dah tak boleh pakai terus naik ruam merah gatal-gatal, nasib-nasib juga kalau pakai sebahagian jenis kain kulit masih ok. Ada orang cakap kesan vaksin kulit jadi macam ni.
Tapi bagi kes anak-anak ni lain, sebab dah kena sakit kulit. Kita dah siap expost, post status sebab nak bagi tahu secara tak langsung anak tak boleh baju kain sembarang kulit jadi meradang.
Tapi masih juga, terpaksa terima keikhlasan dari orang, anak pula ada masa berkeras nak pakai sebab makcik/nenek dia yang belikan dan cantik.
Saya masih cari cara nak minta mereka stop belikan. Ada cara lain lagi tak untuk bagi tahu orang yang belikan pakaian bundle ni? Sebab suami saya pun macam tak dapat stop, dia tak sampai hati katanya, minta saya yang atur sendiri.
Terima kasih sudi baca coretan hati saya hari ni. Semoga kita semua di murahkan rezeki di lapangkan dada menghadapi kenyataan hidup masing-masing.
Terima kasih orang-orang baik yang sentiasa ikhlas berikan baju-baju untuk anak orang lain. Dan semoga anak-anak kita di jaukan daripada sebarang penyakit, membesar dengan sihat dan kuat fizikal.
– Larra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Baju bundle yg berjenama x dinfikan ada kualiti sendiri.Tahan lama dan utuh kalau beli brand bagus.
Cuma pengalaman sy beli baju preloved ni mmg betul sejak tu kulit kerap gatal2 miang.Mungkin stok tu dah disimpan dlm gudang bertahun lamanya.Kita x tau hama dan habuk apa melekat.Boleh jd juga pemilik baju lama itu ada sakit kulit ke mcm sopak,ekzema dan lain2.
Cara nak buang kuman kena rendam air panas yg mendidih mcm hospital buat.
Pd sy lps ni sis bakar api aje lah semua baju bundle tu.Ada la yg x kena tu.Kumpul duit beli baju baru terus.Ada je baju baru yg takde jenama harga rm5 -20 sis.Baju2 yg mcm bangla jual di kiosk2 dlm shopping mall tu pun elok.
Dan baju bundle ni ada aura sendiri bila kita pakai sbb bekas org kan.Aura roh jahat..aura roh tak tenang pun ada..kdg baju tu ada gangguan sihir yg melekat.Maksud sy sekiranya pemilik lama kena sihir..maka bajunya akan ada aura sihir melekat.Kita pula pakao..sbb x tahu asal usul.
Ni pengalaman sy sis..baju bundle ni agak bahaya.
Bila orang nak bagi baju bundle etc, bagi tau kat orang kat orang tu yag kulit saudari dan anak2 sensitif, senang gatal dan jadi ruam, dan tolak dengan baik. Kalau dia paksa ambil juga, ambil, kemudian bila sampai rumah, buang senyap2.
Jangan seksa diri dengan sakit kulit semata2 nak jaga hati orang.
Vaksin tak ada kaitan dengan sakit kulit.
Baju dan seluar pakai rumah kat shopee boleh dapat bawah rm10 sehelai.