Salam semua. Aku Aya, anak sulung dari 4 beradik. Aku terpanggil untuk turut sama buat confession di sini lepas baca tentang ayah ‘tak guna’ tulisan saudara Zul, (https://iiumc.com/ayah-senang-anak-sengsara/).
Cerita aku ni merupakan kisah hidup yang aku alami selama ni, mungkin sedikit panjang. Aku berterima kasih pada team IIUM Confession jika cerita ini disiar dan maaf lah jika kalian kena partkan.
A.Y.A.H. Susah untuk kita gambarkan bila mana insan yang kita harapkan untuk melindungi dan menjalankan tanggungjawab sebagai bapa itu culas.
Ibu aku berasal dari keluarga yang boleh dikatakan berada. Datuk kami bekas askar pencen pangkat tinggi dan memiliki simpanan dan aset yang boleh dikatakan banyak, hasil titik peluh zaman mudanya. Dia seorang yang tegas dan sangat bertanggungjawab.
Walaupun di akhir hidupnya, tatkala tak mampu nk bangun dari katil pun, dia akan keluarkan wang dari dompet untuk pastikan nenek kami masak dan ada lauk dirumah. Ibu pula satu2nya anak perempuan mereka, jadi sangatlah ditatang.
Bila ibu menyatakan hasrat nak berkahwin dengan ayah tak guna aku, datuk sangatlah marah. Sampai sanggup buang ibu (anak yang disyangi). Mana taknya, ayah membesar bersama 6beradik lelaki yang duduk bersama disebuah rumah sewa. Bekerja hanya sebagai office boy (sebelum dia dapat lesen untuk jadi pelelong hartanah – profesi sama dengan arwah tok bak/bapanya).
Namun penghasilan/kerjaya bukanlah masalah utama pada pendapat aku. Mungkin awalnya datuk tidak gemar environment/circle keluarga ayah. Singkat cerita, pernikahan ibu ayah tidak direstui, mereka hanya bernikah di belah lelaki tanpa kehadiran wali (berwalikan hakim).
Sepanjang perkahwinan, ibu cuba bertahan semampunya. Menerima segala kekurangan, kesusahan sebab dia tak nak kalah dengan tanggapan datuk yang dia tak kan bahagia tanpa restu mak bapak. Ibu berharap sentiasa dan cuba buktikan yang keputusannya memilih ayah sebagai peneman hidup tu akan bahagia hendaknya. Tapi siapalah sangka, masin mulut datuk. Ayah memang tak seperti yang ibu harapkan.
Usai nikah, ibu dibawa tinggal bersama dlm rumah sewa 4 bilik yang ada tok mak dan 5 pakcik kami. Walaupun setelah kami 3 beradik lahir, ayah masih belum ada inisiatif untuk berpindah dari rumah itu. Ada sahaja alasan yang diberikan ayah, bila ibu ajak pindah. Adik2nya masih ade yang bergantung harap lah, kewangan yang tak mencukupi untuk ada rumah sendirilah, macam2 lagi. Ibu tetap sabar.
Ditakdirkan satu hari, Allah nak buka pekung ayah sedikit demi sedikit. Malam tu aku masih berumur 6tahun (tadika), tak siap kerja sekolah. Seharian lupa, sehinggakan lepas maghrib, baru teringat. Jadi, aku pun keluarkan buku, buat dekat pangkin dapur. Ibu datang nak periksa tapi hari ni lain sedikit.
Aku yang merupakan pelajar cerdas, tiba2 sulit nak buat tugasan kemahiran lingkaran. Ada yang bulat, ade lingkaran macam huruf 8 dan sebagainya. Sehinggakan berlanjutan sampai ketengah malam. Ibu lama2 yang penat teman mula marah2. Ayah dan adik2 dah lama tertidur. Semua dalam rumah dah tertidur, memang tinggal aku dan ibu sahaja.
Makin menginjak malam, marah ibu disertai dengan fizikal. Ibu mula ketuk jari aku dengan pensil, tampar muka dan kemuncaknya tarik aku dalam bilik air dan jirus air gunakan gayung sampai mencungap-cungap. Aku yang masih kecil memang menangis tak berhenti la sebagai protes dan hal ni menaikkan lagi marah ibu bila orang2 rumah dah mula bangun dan mengomel. Ayah bangun dan terus bawa aku keluar rumah.
Pagi hening tu mungkin sekitar 1-2pagi, aku tak tau mana ayah nak bawa aku. Dalam kereta aku duduk diam dekat kerusi sebelah pemandu, ayah pula memandu. Aku fikir mungkin dia hanya nak bawak pusing2, lari dari ibu yang macam kena rasuk hantu tu.
Dalam hati rasa benci juga dekat ibu, sebab aku sekecil ni sebab hal remeh, tak kan mcm tu sekali diperlakukan. Aku memang terus memerhatikan jalan ayah bawak malam tu, walaupun dalam hati ni macam2 rasa. Sehinggalah, kereta ayah berhenti disebuah rumah.
Rumah ni, rumah taman 3bilik jarak dalam 15minit dari rumah sewa yang kami sekeluarga duduk. Ayah arahkan aku untuk turun dan masuk dalam rumah. Aku pelik, eh rumah sapa pula ni dan ayah macam ada kunci rumah tu. Bila dah masuk, ada seorang perempuan sambut kami dan ayah mcm sedikit bercakap dengan perempuan tu untuk terangkan situasi.
Ayah kemudian panggil aku masuk bilik untuk tidur, kan dah penat kena dera (haha). Bila masuk bilik tu, aku bertambah pelik, bila aku nampak ada seorang budak perempuan tidur di atas katil dalam bilik tu, sebelum ayah hamparkan toto untuk aku tidur dekat bawah katil. Sebabkan dah penat, otak budak 6 tahun ni tak mampu dh nak fikir banyak. Akhirnya aku pun baring dan terlelap.
Sekitar subuh tu, ayah kejutkan aku. Ayah ajak aku balik, sebab aku bersekolah pagi tu. Sampai di rumah, aku bersiap nak ke tadika dengan adik aku, Aty 5 tahun. Hari berlalu seperti biasa, tapi peristiwa haritu masih mengganggu aku. Sebab, sebelum balik ayah ada pesan “Kau jangan cerita dekat ibu kau pula”.
Jujur cakap, mungkin aku tak macam anak usia 6 tahun yang lain, aku memang bukan bodoh nak rasa ada sesuatu ayah sorokkan. Aku dapat rasa perempuan tu memang simpanan ayah tapi aku tak dapat nak pastikan masa tu.
Sabtu minggu tu, ayah bekerja seperti biasa. Masa ni, ayah dah pun mula jadi wakil pelelong hartanah untuk syarikat yang dulu dia sekadar office boy tu. Ibu pula surirumah sejak aku lahir, beli jiwa kami, nak bawa kami ke taman tema indoor dalam satu mall ni. Haritu aku rasa terharu dan gembira sangat. Yelah dapat keluar jalan2.
Tiba2 timbul rasa sebersalah sebab aku ada rahsia yang wanita depan aku ni tak tau..atau mungkin tau. Jadi nak pastikan, balik dari mall tu aku tanya ibu masa dalam bilik. Aku ceritakan lah apa yang jadi malam tu. Masa tu, dari riak wajah ibu, aku boleh confirm yang memang dia tak tau hal ini dan memang dia sangat kecewa.
Dalam senyap ibu teresak tu, aku datang dekat dan cakap dekat ibu ‘Aya tau mana rumahnya’. Tak da lengah, ibu terus start kereta sambil berpandukan ingatan aku, kami tiba dekat rumah yang ayah bawak aku malam tu. Perempuan yang sama keluar lepas ibu bagi salam. Kami dijemput masuk dan perbualan yang sangat intense berlaku.
Rupanya, perempuan tu Fazilah, isteri kedua ayah. Mereka bernikah di Thailand semasa ibu pulang kampung bersama kami (Datuk terima ibu semula lepas aku lahir, ibu bawa aku balik kampung, datuk nenek luluh hati dan lupakan hal lama. Mereka terima takdir tu jodoh).
Perkahwinan ayah dengan makcik Fazi ni rupanya dah beberapa tahun dah. Berawal dari makcik Fazi yang tak ada maruah ni bersenggama dengan ayah sehinggakan ada anak luar nikah yang masa tu dah 4tahun. Bukan tu sahaja, perkahwinan mereka selepas tau makcik Fazi menggandung tu kemudiannya, ada seorang lagi nak perempuan sekitar 3 tahun.
Waktu kami datang tu juga, makcik Fazi sedang menggandung anak ketiga. Boleh katakan 3anak dah. Masa berjumpa, ibu memang marah yang terlampau bila dapat tau yang makcik Fazi rupanya adalah teman wanita ayah yang sama bekerja di office.
Cuma masa berkahwin, ayah memilih untuk berkahwin dengan ibu dan putuskan hubungan dengan makcik Fazi. Namun, kan aku cakap makcik Fazi ni tak ada maruah, sama lah dengan ayah. Jadi sebab selalu berjumpa di office, akhirnya membawa ke telanjuran itu dan menikah.
Balik dari rumah makcik Fazi, ibu dengan ayah memang bergaduh hebat dan maha dahsyat. Lebih buatkan ibu remuk bila tau, rupanya tok mak dan adik beradik ayah ada yang tahu tentang perkahwinan kedua ni. Tetapi memilih untuk diam.
Ibu failkan isu ni di mahkamah, sebab perkahwinan mereka tidak ibu maklum dan perkahwinan di Thailand tidak didaftarkan. Keputusan dari tu, perkahwinan ayah tak sah dari undang2 sebab tak ada dokumen rasmi dan tidak didaftarkan di Malaysia.
Ayah diberikan pilihan oleh mahkamah, sama ada dan meneruskan prosedur perundangan perkahwinan atau sebagainya. Ibu pula bagi ayah pilihan sama ada pilih dia atau makcik Fazi. Akhirnya ayah pilih untuk menceraikan makcik Fazi, bertukar kerja, dan tidak berhubung langsung dengan anak2 belah sana atas arahan makcik Fazi.
Kejadian ni sungguh beri impak yang hebat untuk emosi ibu, menjadi salah satu pencetus juga pergaduhan ibu dengan keluarga ayah yang akhirnya ayah memilih untuk bawa kami semua keluar perpindah. Dirumah sewa baru, kami berfikir, akan ada satu kehidupan baru. Ibu ayah cuba baiki hubungan yang retak tu. Dan ibu disahkan mengandung semasa kami berpindah (adik keempat/bongsu – Afi).
Namun, hal ini pun tak lah berterusan di rumah baru. Ayah berkawan dengan beberapa individu yang perangainya kurang elok disitu. Sosok suami yang konon tadinya nak memberi sinar baru makin lenyap hari ke hari. Mata pencarian ayah juga dah semakin ada pasang surut dek hal kawan2 kerja yang sama bidang kenal makcik Fazi.
Jadi dah tentu ada yang menyebelahi ayah (masih bekerjasama lagi dlm urusan kerja) dan ada yang menyebelahi makcik Fazi (sebaliknya). Dia yang kini dah tak bergadung dengan mana2 syarikat, muka menjalani profesi sebagai pelelong berlesen tu sendiri. Lama-kelamaan, hidup kami seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bila ayah ada kerja, adalah gaji.
Dengan pendapatan yang tak tetap ni, kami adik beradik sudah lali betul kalau duit sekolah tu ada tak ada. Rumah makan apa yang ada. Ibu ayah bergaduh sentiasa dengan kewangan bulanan yang tak mencukupi. tak pernah komplaint kalau tak merasa jalan luar negara.
Mungkin hal2 ni buatkan akhirnya, institusi rumah tangga kami tu tak lah seerat keluarga mithali, namun tak juga runtuh. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab ayah masih sebagai mata pencarian utama (dalam ada tak ada tu).
Hal ni pun mendorong ayah cari hiburan dekat luar rumah. Antaranya die bergaul dengan jiran yang suami memasing perangai saling tak tumpah macam dia. Ada bapa 5anak penagih ganja, tak bekerja. Ada bujang sibuk usha janda sebelah rumah, ada bojan tua dah bertunang lebih 10 tahun. Ma shaa Allah… Bukankah kawan kita tu cerminan kita? Ya! Lama2 perangai gatal ayah ni memang tak dapat nak dikikis.
Mula SMS dengan betina, mengaku duda anak 4. Usik2 perawan tua/janda sewa rumah belakang. Tu belum cakap satu hari aku terima kotak pos atas nama dia. Aku ingat adalah barang yang dikirim. Lepas tanda tangan, aku bagi ke ibu. Tapi lepas ibu buka, terkejut betul bila nampak seluar dalam perempuan dikirim ke ayah.
Kalau kalian tanya, kenapa ibu bodoh tak cerai aja dengan lelaki tak guna ni? Aku lama dh fikir. Tapi tak ada jawapan pasti, mungkin ibu masih merasa malu kalau dia bercerai dan datuk sindir dia atas pilihan yang dia buat dulu. Walaupun datuk dah lama terima dia. Aku betul sayang dekat ibu dan kesian dekat dia. Walaupun ibu marah kadang mcam kena rasuk hantu, tapi aku tau tu semua dari tekanan hidup yang dia hadapi.
Kenapa aku cakap kena rasuk hantu? sebab hidup kami adik beradik tidaklah indah belaka. Setiap tiba musim dapat keputusan peperiksaan, bontot dh kena ready sambil menghadap dinding, pasrah dengan keputusan yang dapat. Sebijik B mewakili 5 sebatan, C mewakili 10 sebatan dan seterusnya.
Selalunya, Aty (2nd) dengan Amy (3rd) memang parah lah nasib. Aku selalu terlepas. Tu belum kira batang baip, tali pinggang, kejar kau guna parang pun ada. Tapi tak buat laporan polis je. Kalian ada ke pengalaman macam ni.
Kadang aku fikir sebabkan perangai ayah yang miang dan makan luar dengan kawan2 dia, buatkan rezeki dia dipersulit Allah dan ibu terus makan hati. Dia pernah salahkan ibu, dia berperangai macam tu sebab ibu tak layan dia lagi seperti suami.
Tapi pernah tak lelaki macam ni duduk sejenak dan fikir, atas apa yang telah dia perlakukan dekat isterinya, masih tergila atau cinta kah isteri dekat dia? Tawar lah hati. Ibu bertahan demi kami. Walaupun sebenarnya kami tak perlu pun ayah tak guna ni.
Aku ni ditakdirkan Allah jadi anak pintar straight a UPSR PMR, cuma SPM la tak merasa sebab aku rasa masa tu ayah memang macam dah tak ada kerja dah. Jadi nak belajar pun dah tak semangat tapi aku suka gila belajar..dan tak dapat aku nak denied. Masatu mostly ayah melanguk je dekat rumah goyang telur. Penat nasihatkan kerja jelah lain apa pun kalau dah tau memang kerjaya dia tu dah tak ada harapan.
Tapi kepala batu dia buat bodoh je, dah terlampau selesa dengan jadi biawak hidup. Bila tak cukup, ibu ada sedia gadai emas zaman anak daranya/pemberian datuk nenek. Semata-mata nak cover expenses yang tak mencukupi.
Hal ni semua mendorong aku dan adik2 dah start kerja part time dari form 4 habis cuti penggal akhir dekat KFC. Supaya dapatlah merasa ada duit sendiri, dapat la pakai handphone topup kredit, dapatlah merasa keluar tengok wayang dengan kawan.
Rasa cemburu tu selalu ada, bila tengok kawan yang nasib lagi baik, ada keluarga elok, boleh enjoy zaman remaja. Tapi aku sangat bersyukur, Alhamdulillah. Banyak lagi hal2 berlaku sepanjang kami membesar, antaranya:
– Ayah kena tangkap dengan tuan rumah dia masuk rumah sewa org tatkala bini jiran tidur dan suaminya tiada dirumah.
– Ayah suka berhutang sampai kami membesar orang selalu datang rumah cari dia, kadang bila dia tak ada, rasa takut dekat rumah. Tau2 cina jengah, tau2 melayu ketuk pintu.
– Bila kami dah start kerja ada duit sendiri, kadang mintak tolong kami top-up. Bukan tak nak tapi tau dia mesej betina.
– Kami diusir dari rumah sewa sebab ayah tak bayar duit sewa rumah – tunggakan hampir 14k (bertangguh), masa ni bulan puasa dan aku tengah nak balik cuti sem dari universiti luar negara. Ibu bersusah payah mohon rumah PPR.
– Aku dan Amy yang berjaya ke menara gading fully survive duit biasiswa/ bantuan/ partime/ ptptn untuk makan dan perbelanjaan. Nak kata merasa duit belanja dari org tua, tu harapan namanya. Kalau ada pun mesti dari Ibu.
– Walimatulurus aku dan Aty tiada sekelumit pun duit ayah atau aturan dia.
Kami adik beradik putuskan bertahan sahaja lah sampai habis sekolah..sampai berkahwin…
Apa jadi dekat aku atas membesar dalam situasi kekeluargaan macam ni?
Pros:
– Lebih menghargai adik beradik aku sebab kami ada nasib yang sama. Saling support bila susah. Baik lelaki perempuan kami boleh talk heart to heart dan tak rasa segan.
– Ambil pelajaran dari semua yang berlaku sepanjang kami membesar, supaya adik lelaki boleh jadi lelaki yang lebih baik, tak macam ayah. Dan perempuan harus berdikari dan ada kerjaya, kenali hati budi dan keluarga bakal peneman hidup.
– Jangan sesekali buat hal yang sama dekat anak, jadi ibu bapa (dengan pasangan) yang lebih baik lagi
– Aty yang inherit depression/mental disorder macam ibu (marah mcm kena rasuk) lebih terbuka untuk seek theraphy dan jumpa pakar sebab tak nak anak2 dia experience hal buruk
– Jangan tinggal Allah, sebab bukan Dia yang perlukan kau, tapi kau yang perlukan dia.
Cons:
– Aku tak dapat tamatkan pelajaran di bidang Kedokteran Gigi (dentistry) sebab kewangan. Aku suka belajar – (Kini: Self taught IT Analyst)
– Aty putuskan tak nak belajar terus lepas SPM, sebab hatinya lebih keras dari yang lain. Dia tahu kemampuan dia dan kemampuan ayah tak guna tu.
– dll
Cerita tak tamat sampai disini. 2025 ni aku dah pun berusia 32tahun (berkahwin, ada anak). Tapi sampai ke tahun lepas ayah masih dengan cara hidup dia dan ibu masih bertahan. Anak2 dah mencorak hidup masing2.
Ditakdirkan Allah Mei 2024, ayah tiba2 kena serangan stroke belah kiri. Masa ni memang rasa, nilah balasan kau setelah apa kau buat kat kami semua. Kalian rasa perlu ke kami jaga atau tinggalkan je dekat tong sampah?
Fikir emosi memang nak letak tepi tong sampah pun, tapi karang polis cari. Polis tak rasa apa kita rasa selama ini. Tapi mental kami bukan lah cacat dan tiada iman dlm diri. Kami tetap bersama jaga ayah, keluarkan expenses untuk setiap kali warded/check-up, hire physio swasta , pampers, catheter, makan, susu dll.
Expenses semua dari anak sebab dia tak ada simpanan (xbekerja) dan tak ada juga socso kwsp (sebab bekerja sendiri, tak cakna nak menyimpan sendiri). Cuma, sebabkan selalu sangat dah duduk melepak, dia langsung tak ada hati nak sihatkan diri.. tak nak buat latihan senaman penguat otot macam mana yang doktor nasihatkan, pemalas.
Kalau kami mula bising bebel untuk kebaikanya, mula protes cabut tiub kencing, tumpahkan air, tak nak makan (berlapar supaya tak ada tenaga). Kami dah buntu, apa lagi ujian yang harus kami hadap dengan individu yang bergelar AYAH ni.
Tanpa sedar, dah 10bulan terlantar dengan segala kemudahan yang kami sediakan. Berbakul kata2 semangat yang kini dah bertukar menjadi kata cacian dilemparkan sebab kami dah terlalu penat.
Dah sakit pun masih tak sedar diri menyusahkan anak2, dengan bangga cakap hantar lah aku rumah orang tua ke dekat luar tu. Fikirnya semudah itu ke, rumah orang tua pun bulanan nak bayar berapa, ada duit ke..? Kang campak dekat tua rumah, kita pulak kedalam.
Kalian semua doakan kami terus ada kekuatan menyantuni individu bergelar ayah ni. Mana lelaki yang membaca, jalankan lah tanggungjawab kalian seikhlasnya, sehinggalah hujung nyawa.
Fikirlah setiap tindak tanduk kita ada kesannya. Masa muda Allah bagi dan hadirkan bukan untuk jadi individu bejat, tetapi melainkan saham sehinggalah waktu tua. Kalaulah kami ni lelah, mungkinkah jadi berita di akhbar esok.
– Aya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Benarlah kata prof muhaya pakar mata dan motivasi
Perempuan yg paling malang adalah perempuan yg salah pilih suami
Salah mak kamu dek sebab EGO..dia sanggup bertahan membabi buta dgn seorang lelaki toksik .Konon takut ego tercalar kerana lelaki itu adalah pilihannya suatu ketika dulu.Takut dijudge oleh mertua sendiri.Itu kesilapan plg BESAR DAN FATAL.Dan mangsanya adalah anak2.
Jd wanita harus berfikiran maskulin mcm lelaki dan fikir terbuka.Kerana jd terlalu feminin dan menyerahlah maka nasib wanita selalu di injak2 oleh lelaki durjana.
Semoga mati cpt la ayah kamu.Hidup pun penuh Tahik dan kotoran.Benci aku baca.Dah la culas nafkah..kaki betina pulak.Semoga matinya diazab Allah kelak
Semoga adek diberi kebahagiaan dan tlg amik iktibar atas kisah ibu ya.Jgn bg suami buli dan pijak kamu.Kena firm dlm hidup.Good luck.
Hantar je lah ayah tu dekat rumah org tua. Dia yg mintak kan. Pedulikan org nak ckp apa. Yg nak mengadap ayah tak guna tu kamu. Sampai bila nak biar ibu tu tahan rasa lagi? sampai hujung nyawa dia? Dah senja pun umur ibu tu. Bahagia kan ibu pulak.
Mak ko tu tagune, parents besarkan elok2 pegi pilih ayah ko. Sanggup stay plak tu walau di curangi berkali2. Boleh je cerai sebb atok dah terima tp pilih stay sebb nk tunjuk menang laki tagune tu dari pompuan lain. Kifarah kat mak ko menyakitkan hati mak pak.
Ayah ko plak mmg keturunan hampeh jd malas nk komen apa nk harap dari dia. mak ko je bekenan manusia mcm tu. Mak kena bela la dah nama suami, dah dia nak sangat stay. benda boleh putus nk jugak stay kan dah menambah dosa kat dia dan korang anak beranak. korang bela la sampai mati