aku anak luar nikah

Salam admin. Aku harap sgt admin publish confession aku ni. Dah lama aku pendam benda ni

sebelum tu aku nak bagitau yang aku seorang gadis. Yang berusaha sebaik mungkin setakat ni untuk jadi gadis muslimah yang baik walaupun kadang2 aku pun tersasar. Nak dijadikan cerita aku membesar dengan nenek aku di utara tanah air sejak kecik lg. Parents aku stay kat ibu kota.
.
Dari kecik aku tengok surat beranak aku kenapa column bapa kosong. Aku ni takde bapak ke? Banyak kali aku terfikir sampai satu hari ni nenek aku yang bagitau rupanya aku ni anak luar nikah. Tapi bapak aku yang sekarang ni memang bapa kandung cuma dlm islam ikutkan aku takda bapa kan. Mak ku kahwin dengn bapa aku lepas mengndungkan aku.
.
Sedih giler aku lepas dengar cerita sebenar. And start from that, aku memang low-self esteem and aku tak beranu nak berkawan serius dengan mana-mana lelaki. Sebab aku tak yakin ada yg sanggup terima.
.
Sampailah satu masa time aku diploma kat satu IPTA ni aku ada la kenal dengan sorang mamat ni. Dia keje perodua and kamj selalu chat tapi tak pernah jumpa pun. Aku selesa kawan dengan dia sebab dia jenis macam "abang2" caring and sangat menghormati. And one day tu, dia ada nyatakan hasrat dia nak melamar aku.
.
Memang aku terkejut la, ingatkan dia main-main. Rupanya serius. Dia siap nakdtg rumah nenek aku masuk meminang. Aku tak bagi dan aku tak terima. Puas dia desak aku kenapa aku taknak terima. Padahal sebenarnya aku pun memang ada hati kat dia cuma aku tak yakin dia boleh terima status aku sebagai anak luar nikah.
.
Aku lastly bgtau reason aku takleh terima dia sebab aku anak luar nikah. Start from that, terus dia senyap and dah tak beria macam dulu. Aku paham, susah dia nak terima. And one day tu dia bgtau mak dia dah carikan perempuan lain untuk dia. Sebab mak dia tak dapat nak terima aku sebgai menantu. Yela aku kan anak luar nikah.
.
Lagipun aku tau dia sendiri pun nampak tak boleh terima aku. Aku paham. And aku tak rasa sedih sangat pun sebab akudh jangka akan jadi macam ni.
.
And now dia dah kahwin dah pun. Aku move on je. Tetiba datang pulak sorang lagi nak tackle aku. Aku buat tak layan. Dia bersungguh giler nakkan aku last2 aku cakap je terus terang. Aku ni anak luar nikah, agak2 boleh terima aku tak? Hahaha. Terus dia senyap tak nak tackle dah.
.
Sedihkn jadi anak luar nikah ni. Susah lelaki nak terima. And aku berserah je kat Allah. Aku dah malas nak mengharap akan perkahwinan. Kalau ada jodoh yg mampu terima ada la, kalau takde, takpela aku move on je. Walaupun bukan salah aku sebab jd anak luar nikah, tapi still mentality org melayu memang pandang hina kat golongan macam aku.
.
So, aku minta doa daripada kalian semha doakan baik2 saja untuk aku supaya one day ada yg mampu terima aku seadanya. Tu je. Terima kasih.
-lilyrose

– lilyrose

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

134 Comments

  1. pada aku la…org yg fikir macam tu, anggap bukan2 pada anak luar nikah ni jumud. bukannya anak tu yg mintak jd macam tu. fitrah manusia asalnya suci. kenapa nak blame/judge macam tu sekali.

  2. Yang payahnye mentaliti melayu. Bukan salah anak bile makbapak gelojoh dlu. Nak keturunan baik tapi adakah diri sendiri tu ckup baek? Payah. Aku dlu ade je kawan anak luar nikah, tpi perangai die kalah anak halal. Die cume ckap ” apa terjadi antara mak bapak aku, tu 1 pengajaran utk aku supaya tak terbabas.”

    Deep kan? Hahahaha

  3. Semoga awak ditemukan dgn pemuda dr hasil yg sama. In shaa Allah. Jgn kecil hati. Jaga diri awak betul2. Jgn bg org ambil kesempatan. Awak x salah langsung tp nk buat camna, penerimaan masyarakat, klu sendirian xleh nk ubah.

  4. Bersabarlah wahai teman…Allah adalah sebaik2 perancang…sy doakan awk dipertemukan dgn seorg insan yg mampu enjg n membimbing awk ke arh yg lebih baik…Amin..

  5. As laki,aku tak kesah pun kalau pompuan aku minat tu anak luar nikah..bukan dia pilih nak ada status tu plus dia bukan ada salah apa pun.my advice,kalau ada laki nak,terus terang ja status.senang.boleh tengok niat dia dari awal.

  6. Aku pon mcm kau.
    Tp aku dh kawin.
    Laki aku tau status aku sbb aku xnk jd hal masa nikah.
    Kita ni mangsa dr dosa silam parent kita.
    Berserah saja pada allah kerana takdir tu dah tertulis. Tp aku membesar dgn parent aku. Aku bersyukur sbb parent aku x buang aku kt longkang atau flush dalam jamban.
    Aku sayang parent aku.
    Cuma aku nk pesan supaya kita jaga diri baik2 supaya kita tidak melahirkan anak2 yg senasib mcm kita.
    Org yg pandang sinis konon lahir dari ikatan yg sah pun ada yg melahirkan anak luar nikah.
    Satu hari nnt mesti kau dpt lelaki yg terima kekurangan kau. Cuma jgn terlalu berharap. Good luck!

  7. There’s a better man for you outside belum jumpe lagi tu. Awak milik org hebat, mestilah Allah tak bagi kat orang biasa2 tu. Just be the best version of yourself, worldly and in the hereafter. Nasib baik dosa/rezki/hidup/mati bukan kat tgn manusia, kalau tak, semua kena hukum ja, xda peluang langsung. Selagi kita ada Allah, kita ada segalanya. Why sad?

    Cheer up!

  8. Sedihnya awak Semua yang jadi bukan salah awak. Mungkin lelaki tu tak layak utk awak. Sabar lah, yang terbaik selalu lambat. Jadi, sabar ye ✌

  9. Kpd confessor ni…aku tgh cari ank yatim piatu or insan2 yg seperti kau…utk dijadikn isteri…(*sekiranya anda sudi)…
    Memandangkn skrg para gadis2 byk demand…jd aku mmbuat kputusan seperti ini…h0pe kau dgr suara hati ini…. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ .

  10. Dimata Allah kite same je.. Allah takpandang pn kite ni anak luar nikah ke anak tiri ke anak kandung ke. Kite same hambaNya.Memang susah manusie nak terime kite sebab mereka tak rasa ape yg kite rasa. Teruskan niatmu jadi muslimah.

  11. Em.. mcm ni la sis awk patut bersyukur lah x jd kawen ngan lelaki2 tu.. mereka mmg bukan utk awk… sedangkan perempuan yg xde dara pon masih ade lelaki gentleman dpt terima ini kan pulak awk yg suci murni dan cuma anak luar nikah… awk x bersalah dan x hina pon… cuma mentality mereka saja yg rendah… teruskan berdoa dipertemukan dgn jodoh yg sesuai dan baik…

  12. Awat habaq aib sndiri kat org lain? Tak payah nk bgtau. Itu aib sndiri. Simpanlah. Kita sembunyikn aib sndiri kat dunia, nescaya Allah sembunyikn aib kita kat akhirat. Bukan dia nk check pun surat beranak kamu.. Gggrrr…

    • Kalau pergi kursus khawin, memang penceramah titik berat pasal ni. Kene cek dulu sejarah kelahiran pasangan lebih2 lagi anak sulung, ini utk mengelakkan hal2 atau masalah berlaku pada hari nikah dan masa depan.

    • Tak payoh nk check dan buka keaiban sendiri. Klu kita sembunyikan aib sendiri dan hidup bahagia dan lama dan beranak pinak. Suatu hari si dia dpat tahu dr surat beranak, takkan dia nk bercerai? Sedangkan dia dh jalankan hidup susah senang bersama. Klu org akal waras, dia takkan ambil keputusan terburu2. Klu dh rase bahagia dgn pasangan, maka hidup perlu teruskan bersama2. Tak payah gatal2 gi cerita kisah silam tu semua. Itu semua ibarat membuka pekung sendiri. Itu fungsinya doa agar Allah pelihara keaiban sewaktu di dunia dan di akhirat. Dgn syarat kita kena usaha utk jaga aib kita sendiri. Klu kita usaha utk jaga dan bertawakal pd Allah, nescaya Allah akan pelihara diri kita dr salah faham atau perkara yg tak diingini terjadi pd masa akan dtg. Tak caya cubalah.. Sendiri pernah alami…

    • Perlu beritahu untuk tentukan siapa wali. Ayah kandung anak luar nikah tak boleh jadi wali untuk anak tu. Bukan semudah simpan je dalam surat beranak and tunggu sampai terbongkar rahsia.

    • awak yg tak paham.. cuba pergi selidik, apa prosedur kahwin utk anak luar nikah.. jangan senang2 cakap, dah kawen takkan nak cerai berai.. anak luar nikah, nak kawen pakai wali hakim.. nak mntak wali hakim kene bwak bakal suami punye borang2.. nak sign depan pendaftar nikah kene ada semua borang lengkap termasok wali pynye.. in this case, wali hakim punye approval.. kene nek mahkamah tawu nak mintak wali hakim.. mustahil nak sorok dr bakal suami.. jangan kata, suatu hari dia tgk surat beranak nati cerai berai.. kalo bakal laki tu tak tawu, kawen pon belom tentu lepas ke tak..

    • Ooo.. Camtu pulak.. Klu gitu, susah laa.. Tak kahwin laa sampai bila2.. Bykkan berdoa yaa sis semoga jumpa bakal suami yg terbaik yg bleh terima kamu dan uruskan serta permudahkan segala urusan pernikahan kamu.. Jaga hubungan mu dgn Allah sentiasa agar dipermudahkan segala urusan kamu.. Aaminn..

    • Betul…sy setuju dgn Maria Farnina Mohamed Fahlavei…sbb dia lelaki xyah pkai wali hakim…bakal pengantin perempuan yg status anak luar nikah yg kena hadap semua tu…

    • Sdg kn ank sulung prempuan yg nk kwen pn kne cek dlu sama ada dy ank lua nikah or tak. Ni kn pulak mmg ank luar nikah

    • kdg2 org tak fhm stress nya mcm mana simpan rahsia y bukan atas kesalahan kita sendiri…kesian sis ni..lg2 dgn law and pandangan org…

    • Hihi lawak la komen ni…dh confirm2 la kne gtau sbb laki tu nk kawen ngn die..nt nk isi borang sume tu..xpelik ke bila ruangan wali tu xtulis nama ayah sume..hishh ape la..

  13. Bukan salah awaa sis. Mentaliti orang melayu zaman sekarang. Cerita awaa sama dengan kawan baik saya. Sabar sis awaa kuat. In sha allah, Allah simpankan awaa untuk orang yang tertentu. Be strong.

  14. InsyAllah nanti akan ada yg dpt terima saudari confessor.. Cuma itu lah pelik nya yg nama manusia.. Anak luar nikah je = anak haram mean xdpt nak bg layanan like others.. Hello wakeup people.. Anak luar nikah tu x salah.. Yg salah ibu n ayah pada anak luar nikah tu.. Kenapa hina ke menjadi anak luar nikah?? Anak luar nikah x mintak lahir mcm tu.. Nak ckp ank luar nikah lahir dr air kotor tetap sama dgn mereka yg halal.. Tetap dilahirkan dimulai dgn mani yg kemudian menjadi darah dan kemudian menjadi daging.. Tetap juga anak luar nikah ni dilahirkan dgn hati serta iman sama je.. Beza cuma status.. Apa ada pada status?? Oh sebab katanya kalau nak kahwin cari yg keturunan baik-ii.. Tp sedar x kita.. Baik sgt ke kita ni?? Sedangkan kita pun pandang hina pd ciptaan Allah yg satu ni..

  15. Allah sebaik2 perancang..bkn salah awk di lahirkan sbgai ank luar nikah..ingt..awk jgk mangsa keadaan..semoga Allah permudahkan urusan jodoh awk..klu tak di dunia Insyaallah ada di syurga..jg diri baik2

  16. Kesiannya…mungkin lelaki boleh terima tp takut mak2 ayah2 lelaki tu la plk dok kesah pasal nasab keturunan. Tp bukan salah awk. Kesiannn awk kene tggung perbuatan mak ayah awk. Isk :'(

  17. Takdelah sis. Bukan semua anggapan macam tu pun. Mungkin sis belum terjumpa je yg diluar circle tu. Saya anak murid ada boleh kata ramai jugak anak tak sah taraf ni. Tapi separuh darinya saya kenal, mereka anak yg bijak, baik dan polite. Sis just buktikan semua anggapan lama-lama tu tak betul. InsyaAllah dipermudahkan.

    Teringat pulak cerita kat astro yg perempuan tu anak luar nikah dilamar ustaz. Hihihi.

  18. Eh..tak yah malu jika awak anak luar nikah..
    yg penting awak sentiasa menjaga kehormatan awak sebagai wanita..
    Tidak melakukan perbuatan di larang Allah n patuhi suruhan..
    Dah solehah daa tu.. :)

    Insya Allah, ni ujian awak..
    Sy doakan awak bertemu lelaki yg soleh tdk lama lg..
    Menjadi peneman susah snang dan menerima segalanya apa yg ada pada awak..Amin..

  19. Takde beza pun anak luar nikah atau anak selepas nikah. Yang membezakannya adalah diri kita sendiri. Kalau anak selepas nikah perangai lebih teruk dari anak luar nikah, lelaki yang nak terima pun pikir 10 kali (kalau lelaki tu juga mampu berfikir). Apa pun, teruskan kehidupan seperti biasa. Jangan jadikan ‘status’ anda itu sebagai batu penghalang untuk anda mengecapi kebahagian. Pecayalah. jodoh pasti bertemu. :)

  20. Kahwin dgn org lain yg berfikiran lebih jauh atau terbuka… Dgn muallaf ke, org dari culture lain ke, diorang lebih accepting, tak judgemental tentang macam2 isu yg kita org melayu selalu jadikan isu… Aku bersyukur sangat langsung takde masalah mertua ke, ipar duai ke, segala macam masalah yg selalu kita baca kat page ni la… Bagus dah sis berterus terang dgn lelaki2 tu, dorang taknak biarkan je

  21. Walaupun ko ank luar nikah..ko xslh pun..ko kne kuat n yakin ngan Allah..Dia da tntukan spe yg trbaik tuk ko..ak doakan ko jmpe jodoh yg baik..

  22. Sis cuma belum jumpa yg btul je…n mereka bkn jodoh sis sbnrnya..semua ni nk jdi sebab je mereka tknk terima sis tu..hakikatnya sbb bukan jodoh…nnti saat jodoh dh smpi, jgn bimbang..semua tu akn ditolak tepi dn si dia mesti akn terima sis dgn rela hati..sabar dn bnykkn berdoa ye sis:)

  23. Xde pun Allah ckp ank luar nikah ni ahli neraka..mybe sstgh org je yg ade stigma negatif sbb xfaham agama..tp di sekeliling sy..ramai je yg senasib ngan kamu sis..tp ramai je yg blh terima mereka..mgkn blum masanya sis jumpa org yg blh terima sis seadanya kot..jgn pk psl penilaian manusia sis..pkla psl penilaian Allah pd kita..kita ke syurga dgn iman bkn status..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *