aku anak luar nikah

Salam admin. Aku harap sgt admin publish confession aku ni. Dah lama aku pendam benda ni

sebelum tu aku nak bagitau yang aku seorang gadis. Yang berusaha sebaik mungkin setakat ni untuk jadi gadis muslimah yang baik walaupun kadang2 aku pun tersasar. Nak dijadikan cerita aku membesar dengan nenek aku di utara tanah air sejak kecik lg. Parents aku stay kat ibu kota.
.
Dari kecik aku tengok surat beranak aku kenapa column bapa kosong. Aku ni takde bapak ke? Banyak kali aku terfikir sampai satu hari ni nenek aku yang bagitau rupanya aku ni anak luar nikah. Tapi bapak aku yang sekarang ni memang bapa kandung cuma dlm islam ikutkan aku takda bapa kan. Mak ku kahwin dengn bapa aku lepas mengndungkan aku.
.
Sedih giler aku lepas dengar cerita sebenar. And start from that, aku memang low-self esteem and aku tak beranu nak berkawan serius dengan mana-mana lelaki. Sebab aku tak yakin ada yg sanggup terima.
.
Sampailah satu masa time aku diploma kat satu IPTA ni aku ada la kenal dengan sorang mamat ni. Dia keje perodua and kamj selalu chat tapi tak pernah jumpa pun. Aku selesa kawan dengan dia sebab dia jenis macam "abang2" caring and sangat menghormati. And one day tu, dia ada nyatakan hasrat dia nak melamar aku.
.
Memang aku terkejut la, ingatkan dia main-main. Rupanya serius. Dia siap nakdtg rumah nenek aku masuk meminang. Aku tak bagi dan aku tak terima. Puas dia desak aku kenapa aku taknak terima. Padahal sebenarnya aku pun memang ada hati kat dia cuma aku tak yakin dia boleh terima status aku sebagai anak luar nikah.
.
Aku lastly bgtau reason aku takleh terima dia sebab aku anak luar nikah. Start from that, terus dia senyap and dah tak beria macam dulu. Aku paham, susah dia nak terima. And one day tu dia bgtau mak dia dah carikan perempuan lain untuk dia. Sebab mak dia tak dapat nak terima aku sebgai menantu. Yela aku kan anak luar nikah.
.
Lagipun aku tau dia sendiri pun nampak tak boleh terima aku. Aku paham. And aku tak rasa sedih sangat pun sebab akudh jangka akan jadi macam ni.
.
And now dia dah kahwin dah pun. Aku move on je. Tetiba datang pulak sorang lagi nak tackle aku. Aku buat tak layan. Dia bersungguh giler nakkan aku last2 aku cakap je terus terang. Aku ni anak luar nikah, agak2 boleh terima aku tak? Hahaha. Terus dia senyap tak nak tackle dah.
.
Sedihkn jadi anak luar nikah ni. Susah lelaki nak terima. And aku berserah je kat Allah. Aku dah malas nak mengharap akan perkahwinan. Kalau ada jodoh yg mampu terima ada la, kalau takde, takpela aku move on je. Walaupun bukan salah aku sebab jd anak luar nikah, tapi still mentality org melayu memang pandang hina kat golongan macam aku.
.
So, aku minta doa daripada kalian semha doakan baik2 saja untuk aku supaya one day ada yg mampu terima aku seadanya. Tu je. Terima kasih.
-lilyrose

– lilyrose

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

134 Comments

  1. Jodoh kamu maybe bkn ngn org Malaysia yg kebanyakan berfikiran sempit ni…jodoh kamu dgn org2 international…be positive ok..chill sis…

  2. Kau tak salah, dan tak patut dihukum sebegitu. Bagi aku, xde masalah pun nak kahwin dgn anak luar nikah. Biasalah, org melayu ni adat mengarut2 dan terlalu nak dgr cakap org sekeliling. Semoga kau ditemukan dgn jodoh yg baik2.

  3. Aku tak faham kenapa tak bole terima. Is that will gonna be a Big sin?
    Fake love.
    It was not her fault. What mentality. . .

  4. Sbb tu la utk kita2 yg kt lua sana.
    Sblm nk berzina tu fkir2 bnyk kali.
    1. Takut allah. Klu mati xsmpat taubat cm ne. Or klu taubat tP allah xtrima2. Sbb zina ni hudud.hudud ni hak allah. Sme cm mencuri. Klu hukuman kt dunia xdpt. Akhirat nnti komfem kne. Sanggup?
    2. Ingat msa dpn dri sndri. Cm ne klu pasangan zina tu positifHIV? Hancur hdp.
    3. Mak ayah. Sbb dorg yg akn tsnggung malu dgn dosa kita.
    4. Zuriat. Sanggup ke nnti ble ank blk dr sklh nangis2 cite yg dorg kne buli kne ejek kt sklh sbb ank luar nikah. Zina itu keji. Dan jgn harap masyarakat akn menerima baik sesuaru yg lahir dr hubungan keji anda tu. Klu kita xkesian dgn dri sndripon. Sekurang2nya jgn la buat hdp org lain terseksa dgn dosa kita yg lalu.

  5. Ketabahan disebalik kejujuran anda, itu yg hebat :) Dlm banyak2 lelaki dlm dunia ni, ambe yakin akan ada ‘The chosen one’ menerima anda seadanye. Past can’t be change, but future can :)

  6. Salam,

    Utk awak, for ur information situasi kita sama, saya pun anak luar nikah, ayah saya yg sekarang adalah ayah saya yg sebenat, well said mmg sama lah ngan awa, cuma yg beza saya di besarkan oleh mak ayah saya dari awal kelahiran sampai lah sekarang dah umo 24 tahun, alhamdullilah.

    Dear, saya paham perasaan awa, tapi saya x pernah rasa tersisih sbb semua yg mngenali saya semua ahli keluarga x penah mmbeza kan kita.

    Dan utk pengetahuan awa, saya dah berkahwin dan sekarang tgh tggu masa utk lahirkan benih cinta hati saya.

    Well masa sebelum berkahwin, suami saya melamr. Saya and ok that time saya confess yg saya anak luar nikah dan saya tnya dia terima atau x, dan paling utama please respect my parents. Alhamdullilah dia terima cuma dia takot umi dan abah dia je, so kami mula berpisah sementara waktu, masa tu sgt sgt lah sedeyh, masa dia bg tahu umi dia, umi dia agak keberatan, umi dia x ada cakap yes and x ada cakap no, and suami saya ni jenis sgt hormati umi dia, if umi dia cakap no so dia redha kata kami tiada jodoh sbb berkat dn doa ibu bapa sgt lah penting. Tapi alhamdullilah Allah maha mngetahui, akhirnya umi dia dpt terima saya, dan smpai sekarang mak mertua sya sgt baik dgn saya.

    So apa yg saya nak cakap dlt awa, jgn rasa rendah diri, kita hamba Allah, setiap manusia x sempurna, bnyk kan berdoa semoga awa akan jmpa jodoh yg terbaik, for me yg awa jmpa sekarang semua bukan jodoh awa lagi syg, so bersabar lah..in shaa Allah yg terbaik akan menanti awa.. Amin

  7. Nak kawen dgn :
    • anak x sah taraf tapi dara • anak yg sah taraf tapi xtau dara ke x?
    Hehehehe..
    Nampak sngt laki tu mmg xleh buat laki sis.. Baru ujian kecik dah lari.. No worries, Allah da tentukan tu

  8. Insyaallah ade yg betul2 ikhlas mnerima. Sis jga solat, jga dri,tgkah laku, baik budi pekerti pasti ada yg terima. Teruskan usaha mjadi muslimah.

  9. Boleh je nk ber bin/binti kan bapa kandung. Kena naik court lah. Malangnya bapa awk x buat benda tu. Tp insyaallah ada yg boleh terima. Skrg bukan mcm Zaman dlu dh.

  10. assalamualikum sudari,sepatutnya org yg mcm sudari ni harus di bimbing dan terus di bimbing dan bagi penerangan dan semangat untuk teruskan hidup di dunia yg fana ni.sudari x salah di lahir kan dengan status anak haram sebab bukan kehendak sudari.siapa lah kita yg nak menghukum seseorang tu silap hari bulan anak haram tu lebih baik dari kita yg anak halal ni.yg penting niat tu.salah ka kalau kita mendidik dia agar x tarjadi benda yg sama yg ibubapa sudari ni lakukan.

  11. Kalau bakal menantu sy anak luar nikah, sy terima. Asalkan dia perangai baik hati, mendengar + menghormati suami/parent dan yg paling penting berlandaskan Islam.
    Kesilapan yg lepas itu, cuma salah kedua ibubapanya yg dahulu dan pastinya mereka juga menyesal. Dalam Islam tidak ada istilah “sudah terlewat untuk bertaubat”. Selagi nafas masih bernyawa selagi itu boleh bertaubat dan berubah.

    Begitu juga pada yg pernah terlanjur. Mereka juga layak untuk bahagia. Tetapi, insaf dan berubahlah agar tidak lagi berbuat zina atau perkara terlarang.

    So, tak semua ibubapa zaman sekarang berfikiran sempit sebegitu. Ada juga yg open mcm sy dan suami.

  12. Saya ada seorang anak angkat berstatus sama mcm awak. Dan saya pun risau fikirkan hal yg sama.

    Sbb tu lah saya betul2 marah bila gadis2 tersasar jalan ni tak mengambil tindakan awal2. Ketahuilah nikah sblm usia kandungan 3-4bulan. Baby berhak mendapat bin/binti drpd bapaknya.

    Tlg jangan pentingkan diri sendiri, alasan malu takut dan sbgnya. Kalian malu hanya ketika perut membuncit dan bila saat dia menunggu masa lahir kedunia. Tp anak kalian menanggung malu seumur hidupnya.

  13. No worry..mesti ad untuk awk…allah dh tetapkn…tp awk kira bruntung tau…still knl ayh awk..kwn sy..dh laa ank luar nikah..ayah mghilgkn diri..dtggalkn dgn org lain..nsib laa org baik2 yg jage…tp alhamdulillah..dh khwin pon die…aman bhagia

  14. Awak jgn risau okay. Awak bykan berdoa Allah akan temukan awak jodoh yg menerima awak 200%. Tak da salah sikit pun lah. Diorang tu ja terlebih meminta nak yg sempurna. Padahal kita ni manusia hina ja. Yg penting kita taat dgn Allah. Bykkan berdoa yer. Sy ada kawan yg mcm awak. Alhamdulillah buah hati dia okay je dgn semuanya. Kalau kita tahu belajar pasal benda ni semua. Takda yg salah pun. Awak belum jumpa lagi jodoh awak tu. Allah sdg uji awak. Ubah mentaliti okay?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *