Aku ada masalah kewangan, jadi aku kena cari kerja part time untuk support study aku masa final year nanti.
Mula-mula aku apply kerja kilang start dari pukul 4 sampai pukul 10 malam setiap hari isnin sampai jumaat. Nak pergi ke kilang tu aku kayuh basikal jarak dia 5 km juga la. Masa hari pertama kerja memang letih sangat dan aku tak sempat solat maghrib. Senior yang ajar aku pula orang kulit hitam dan aku sangat tak selesa sebab dia suka sentuh-sentuh aku. So, aku nekad berhenti kerja dan masa on the way balik ke rumah dalam salji aku menangis dan rasa nak give up sangat-sangat. Nak berhenti belajar dan balik malaysia. Ada juga la terfikir macam nak terjun je sungai on the way balik rumah tu.
Lepas tu aku bangun malam menangis solat isthikarah biar Allah temukan jalan. Kan ada kisah Nabi Musa yang keluar dari Mesir lepas tu dia berdoa " Berikanlah aku apa-apa kebaikan tu". So aku amal doa tu. Kalau Nabi Musa dapat kerja dengan nabi syuaib dan dapat jodoh dengan anak Nabi Syuaib, tak dapat jodoh lelaki kaya pun at least aku dapat kerja part time pun tak pe la .
Lepas tu, aku apply kerja dekat kedai makan, untuk basuh pinggan je. Masa tu aku dah tak fikir dah kena basuh gelas arak ke, or bekas babi. Aku jadi blur kejap, aku ingat air liur anjing je yang kena samak. Yang penting aku kena survive kat sini. Tapi masa aku apply kerja, chef kat situ tolak mentah-mentah.
Last-last aku tergerak hati nak minta kerja kat pasar raya. Sebelum ni aku pernah minta kerja kat situ tapi lepas dapat, aku tolak sebab study aku macam merosot sem tu. So, aku tak rasa aku dapat untuk kali kedua. Even junior aku yang lelaki tak pakai tudung pun dah 2 orang kena reject tak dapat kerja kat situ. Aku yang ada rekod buruk ni mesti la tak dapat kan. tapi bos kat situ panggil interview. Sebelum interview aku doa banyak-banyak biar dia bagi pakai tudung. Maybe aku kena buka tudung sebab kena patuhi uniform. Aku siap bawa sijil bahasa asing,and hafal nama sayur dan buah, nak tunjuk kesungguhan. Kalah preparations untuk jadi translator weh.
Masa interview dia tanya memang tak boleh buka tudung eh.Aku jawab memang tak boleh, tapi tudung tu langsung tak mengganggu kerja nanti. Dia tanya lagi daging babi dalam pek or arak dalam botol pun tak boleh sentuh ke? aku jawab sebolehnya tak nak sentuh la. Dalam pasar raya tu banyak lagi kot barang, kubis ke ikan ke, ais krim ke yang aku boleh sentuh.
Lepas tu dia cakap akan bagi jawapan dalam masa seminggu. Tapi sebab interview tu sekejap je, aku memang rasa confirm tak dapat buat part time kat situ.
Hari-hari aku cek postbox, tunggu surat dia reject. Masa hari jumaat aku balik dari uni, dan nak pergi ke pasar raya dekat rumah aku, aku nampak 2 ekor anjing liar. Masa tu aku memang tengah berjimat duit, tapi aku beli juga makanan anjing dalam tin tu. Aku tak beli apa-apa makanan pun untuk aku sebab kat rumah ada telur dengan nasi. At least aku dapat makan lagi. ANjing tu tak ada apa-apa. Lepas aku sampai rumah lepas solat zohor, manager pasar raya tu call, aku dapat kerja minggu ini. Dan aku boleh pakai tudung masa kerja nanti. Aku terfikir maybe anjing tu doakan aku kot.
Pesan aku, kadang-kadang kita tak nampak jalan keluar dalam masalah hidup. Rasa nak give up, tak tahu nak buat apa kan. Masa tu, solat la istikharah supaya Allah tunjuk jalan. Serius even sebelum exam aku solat istikharah nak tahu bab mana yang keluar nanti, mostly bab yang aku rasa nak study tu la keluar. Dan dengan istikharah juga la Allah beratkan aku untuk kerja dekat pasar raya tu. On the way nak pergi pasar raya tu, ada masjid, mesti Allah suruh aku jenguk-jenguk masjid juga. Kalau tak memang jarang la aku nak pergi masjid. Ada hikmat Allah tak bagi aku kerja dekat kedai makan tu. Allah betul-betul nak jaga aku.
Kalau orang tanya apa erti aku menganut Islam. Aku tak cukup baik untuk jawab pasal tarbiah ke, dakwah, ukhwah, usrah semua tu atau usziatul alam semua tu. Bagi aku Islam tu memberikan harapan bukan sekadar dosa dan neraka.Dan apa yang aku dapat dari Islam?Paling kurang sebab aku Islam la aku still survive even ada masa aku fikir nak give up dan suicide.
– daffodil