Aku bakal bernikah dengan si kaki pukul

Hi semua. Aku bukan pelajar uia. Tapi aku rasa aku perlu share cerita dan perlukan bantuan. Ceritanya bermula bila aku berkenalan dengan tunang aku di sebuah ipta. Hubungan kami bermula dengan sangat baik. Tapi segalanya berubah bila masing masing sudah mula bekerja. Bila busy atau free. Ingatan aku sentiasa untuk dia. (Clingy sangat). Aku mula memberontak bila dia semakin kurang menghabiskan masa dengan aku. Aku mula menuduh dan membenci orang sekeliling dia. Si dia terlalu banyak bersabar dengan aku sehingga satu hari dia telah lempang aku. Dari situ bermula episode negeri hidup aku. Aku di pukul, di hamburkan dengan kata kata yang sgt melukakan hati. Di sesepak, di terajang. Pada mulanya aku berasa takut dan fobia. Tetapi akhirnya aku terima kerana aku rasa aku memang sepatutnya di pukul atas perbuatan aku. Tetapi setiap kali aku dipukul. Dia akan kembali dan mohon maaf. Aku maafkan. Dan benda tu berlaku berkali kali. Aku tak nafikan dia seorang lelaki yang baik. Bertanggungjawab. penyayang. Dia menjaga aku dengan baik. Cuma Sikap aku yang terlalu memaksa telah mengubah dia. Setiap kali kami bergaduh. Mesti akan ada lebam lebam di tubuh. Aku sedih kenapa perlu jadi sebegitu rupa. Aku sayang kan dia. Dan aku rasa kami perlu masa untuk diri sendiri. Aku tak pernah salah kan dia bila dia pukul. Kerana aku yang akan memulakan pergaduhan antara kami. Jadi aku nak tanya. Memberi sedikit masa dan ruang itu adakah tindakan yang bijak? Apa yang perlu aku lakukan untuk lebih matang dalam perhubungan? Aku mula membaiki hubungan aku dengan tuhan. Aku mulai rasa tenang. Bila aku berkongsi cerita dimana aku telah dipukul. Ramai menyuruh aku untuk pergi tinggalkan si dia. Adakah aku patut beri peluang? Mungkin kah kalau kami dapat baiki hubungan ini kami mampu untuk bahagia? Aku cuma mahu baiki masalah yg kami hadapi kerana kami akan bernikah tak lama lagi. Ada tak cara terbaik untuk atasi masalah begini? Aku dan si dia bersungguh untuk memperbaiki diri. Kerana mahukan masjid yang bakal di bina aman damai tanpa sebarang peperangan. Mohon nasihat dan bimbingan.

– Mizz zee

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

53 Comments

  1. Alamak. Kalau dr sblm nikah pun da berani angkat tangan kaki, selepas nikah lg la. Kemungkinan si dia utk berubah amat tipis. Ini berdasarkan pemerhatian kpd mereka yg kawen dgn kaki pukul.

    Istikharah banyak2. Dan cik pun kena berubah, jgn terlalu mendesak lelaki. Mana2 lelaki pun xsuka. Otak lelaki ni lain sikit, kalau kerja. 100% hanya ingat kerja. Selalunya mcm tu. Beza dgn kita, yg Allah jdkan 1masa blh fikir banyak benda. Ini antara kelebihan yg Allah berikan kpd makhluk yg bernama ibu. ;)

    Apa2 pun istikharah, bincang dgn mak ayah. Sbb kalau da nikah, dah beranak pinak baru dedahkan hal ni dan kejadian pukul memukul ibarat rutin. Sudah agak terlewat. Kasihan pd anak2.

  2. Alamak. Kalau dr sblm nikah pun da berani angkat tangan kaki, selepas nikah lg la. Kemungkinan si dia utk berubah amat tipis. Ini berdasarkan pemerhatian kpd mereka yg kawen dgn kaki pukul.

    Istikharah banyak2. Dan cik pun kena berubah, jgn terlalu mendesak lelaki. Mana2 lelaki pun xsuka. Otak lelaki ni lain sikit, kalau kerja. 100% hanya ingat kerja. Selalunya mcm tu. Beza dgn kita, yg Allah jdkan 1masa blh fikir banyak benda. Ini antara kelebihan yg Allah berikan kpd makhluk yg bernama ibu. ;)

    Apa2 pun istikharah, bincang dgn mak ayah. Sbb kalau da nikah, dah beranak pinak baru dedahkan hal ni dan kejadian pukul memukul ibarat rutin. Sudah agak terlewat. Kasihan pd anak2.

  3. Manusia blh berubah. Tp agak klu xblh berubah tinggalkan je lelaki mcm tu. Dan lelaki yg angkat tgn ni bukan baik ye dik..(wlupun dari segi lain dia ok) klu baik xdenye angkat tgn..dan klu slh pun byk je cara lain…Fikirlah sbb diri sendiri yg nk tanggung nnt.

  4. aku x suka kaki pukul..xkisah la pukul ak ke org lain..smpai hari ni pun ak dh eleminate smua spesis ni dlm hdup aku..every single one..xde la smpai bnuh tpi ak ignore la..so dia xde dlm hdup ak..ha3..klau ak jdi ko ak xkn kwin gn org cmtu..bkn nk diskriminasi tpi andai la nnti ank2 tgk mak dia kne pkul..seriesly effect pmikiran diorng..sme la klau diorng plak kne pkul..mntal ko plak yg koyak..

  5. aku rasa yg problemnya kau kot. clingy, jeles tak bertempat. kalau aku jd kwn bf kau, awal2 lg aku suro dia yg tgglkan kau. tp tak dinafikan bf kau pun dayus sbb belasah perempuan. senang cite korg dua bermasalah la. dua2 tak matang. serius apa yg susah sgt perempuan nk paham yg lelaki ni rimas kalau terlalu dikongkong.

  6. Dia penah naek tangan..tak kawen lagi dah berani..yes,awak punca but even as laki,from my point of view,tak perlu naek tangan..unless awak pukul dia,dia balas balek,cita laen la.

    Putus?ntah…pilih la sendiri..but beringat la,benda dah jadi sekali,tak mustahil akan jadi lagi.

  7. Tuhan nk tunjuk sebelum korg nikah yg dia kaki pukul. Br masalah setakat nk handle sis pon dia dah bole angkat tgn. Bygkn korg da kawen. Lg mcm2 masalah dia nk kna handle. Bkn nk hasut. Tp better la cr org lain sis.. Tkt lebih merana lepas kahwin.. Kesian sis n anak2 jd mangsa..

  8. Kalau rsa rela hidup makan kaki tgn dia xpe la..teruskn..tp nnt jgn masuk metro masuk tv3 sudah la..belum sah dah naik tgn inikan pulak nnt jadi hak mutlak..mcm kain buruk la jawabnya..ye salah awk sbb provok..tp dayus namanya naik kaki tgn..paling habis pun kalau dah geram at least blah dri situ atau tengking awk blk suh diam..xperlu kot naik tgn

  9. Cadangan aku ; baik kau fikir masak-masak. Supaya kau tak menyesal kemudian hari. Lelaki yang baik, takkan pukul perempuan. Dan, kau sebagai perempuan yang dipukul, jangan rasa semua salah kau. Pertahankan hak kau. Dia tiada hak pun nak sentuh apatah lagi sentuh. Kalau dia jadi suami pun, dia tidak punya hak untuk pukul kau. Kebanyakan panas baran (kaki pukul) akan memainkan psikologi. Dia buat, dia minta maaf dan menyesal. Buat, minta maaf dan menyesal. Circle. Boleh cari artikel psikologi pasal ini. Benda ini akan berterusan. Bersyukurlah kau nampak sebelum kahwin. Apa yang aku nak cakap last. Semua orang pernah jatuh cinta dan sayang, tapi jatuh cinta dan sayang jangan smpi kita kena pijak kepala. Apa-apa pun, terpulang kepada diri empunya. Kalau kau rasa nak share, boleh pm aku.

  10. Serius aku tak suka lelaki yang dayus suka naek tangan / pukul perempuan. Mentang2 perempuan lemah. Aku pernah beberapa kali kena pukul dengan abang aku kalau bergaduh. Sedih kot. Mentang2 la kita ni perempuan x sekuat diorang. Ermm.

  11. Pada ak…mcmane pn prangai kau…dia xpatot naek tgn sbb kau bkn milik dia lg…tp ok la dia tunjuk awal diri dia..so ko akan lebih ready…depend la…nk terima…terima…org kaki pukul cmtu pn ade bini gk…kau la kot org nya…ak pn xtau kisah dari dia…dgr sbelah pihak je…kot2 dia bt cmtu…sbb tu je cara ko paham…x yah nk clingy sgt la…bkn laki lg pn…

  12. Mudah pukul, mudah hilang sabar. Bahaya rumahtangga. Rumahtangga perlukan toleransi yang sangat luar biasa untuk bahagia, dan juga perlukan kesabaran yang tinggi dari segenap penjuru dan ruang waktu.

    Fikir masak2.

  13. tinggalkn , mula hidup baru.. byk kes pnceraian, dsbabkn lelaki xpnyabar.. kaki pukul.. stiap kali kawan2 dan sy smdri pergi ke kursus perkahwinan, pceramah akan tny, adakah pasangan anda baran, kalo ye.. tinggalkn .. cRi yg lain.. selumber je penceramah ckp mcm tu, sbb dyorg handle byk kes pceraian..

  14. Istikharah dan cuba bg masa.

    Pd sy, sy hrp sgt sis tinggalkan dia. Tp kalau dh syg mmg susah nk tgglkn. Apa yg pntg, harap sis tak menyesal dikemudian hari.

  15. Salam.. Sy lelaki. Pada pndpt aku better u tinggalkn dia sis.. Coz belum kawin dh naik tgn. Dh kawin comfirm lg teruk. Laki yg rajin naik tgn kt pmpuan bukan lah lelaki yg baik sbnrnye. Tapi dayus. U rase baik sbb u syg dia. Ade family aku yg baran kaki pukul dlu, tapi x pernah naik tgn kt tunang ngn anak bini.. Baiknye dia tu lakonan semata.. Pndpt aku la..klu desakan yg sikit sblm kawin pun dh mcm tu, kawin lg byk cbrnye..

  16. laki yg baik tkkan sesekali naik tgn kat perempuan. tp kes awk ni , mgkin bole diberi peluang dgn syarat awk ubah diri awk spaya org tu tk stress dan dia pun ubah diri dia . kalau tk ubah jugak move on cari lain !

  17. yes.. puncanya mungkin dari kau.. tapi lepas kau ‘rosakkan’ dia, skrg nie aku rasa kau patut angkat kaki.. bkn apa.. lepas kawin, susah sgt nak didik org yg dh rosak hati tu… bila dia dah terbiasa kau salah dia pukul, nnt ada ja salah lepas kawin, kemungkinan besar kau akan dipukul..

    aku bkn berniat nak runtuhkan masjid yang akan dibina.. aku xkenal kau pon.. kalau kau xkawin ngan dia pon bkn aku tau nak ngorat kau mcm mana sbb kau pon aku xkenal.. n kalau dah jodoh kau pon, aku doakan barakallahu lakum… tapi sebelum kawin nnt, istikharah la.. ;)

  18. You don’t need an answer.

    Yes, you asked. You posted it here.

    But you already know the answer.

    But the chances are, you are not going to leave him. Because you love him.

    You don’t love him when he hit you, no. Every time he hit you, you blamed yourself. You never think about him.

    But then, when the hitting was over, and he came to you, saying sorry… Maybe even cry and said he will never do it again, you love him again.

    No one, stays with an abuser without love.

    Why did you ask us?

    Because if you eventually do leave him, you can blame it on us; who ask you to do it.

    Why did you ask us?

    Because for the days when you are still going to be with him, and getting hit again, you will be so sure that your love for him is so strong that even a lot of people ask you to leave, you don’t.

    I know that you love him.

    Because I am clingy, and I love a man too.

    And I won’t say he didn’t love you.

    But I will say that he needs help. Not from you.

    He needs help from a professional, not from family or friends.

    Because a professional psych won’t judge him.

    This, this abuse problem, it is not uncommon.

    But for you, this is your whole world, so it matters.

    Call for help, and do what you have to do.

    Because believe me dear, you might see him as your world, but he is not. There are other things, other people you will meet.

  19. Mungkin buat mase skrg,kau mmg xde kkuatan nak tggalkn dy,cinte an..pendpt aq,postponed dlu kawen,,pkir msak2 btol ke ko nk kwen nn dy,istikharah..aq rasa kau akan dpt jawpan..
    Allah tunjuk sblom ko kwen lg dy kaki pkul..
    Alam Perkahwinan bukan senang tau
    Aq xtau r klu kau sggup tngok anak2 kau plak kne pkul satu ary nnti

  20. Eww plis love yourself sis. Tknk fikir psl diri sendiri, tolong fikir psl bakal anak anak. Lelaki once dah naik tgn, dia akan terbiasa. Kalau lps kahwin tentu makin parah. How abt kalau korang dah ada anak anak? Tentu dia akan selalu naik tgn jgk dekat anak anak. Plis jgn biar bakal anak anak sis lalui apa yg saya lalui. Saya start umur 2 tahun dah biasa kena belasah dgn bapak yg baran sampai saya trauma, semua sbb perangai suka naik tangan dan baran. Even dah berbelas tahun saya masih tklupa. Skrg dia dah tinggalkan kami tapi kesan emosi tu masih kekal. Tolong, jauhi lelaki tkguna mcm tu. Dayus! Cari lelaki yg lebih baik dan ubah perangai sis yg suka konkong dan suka cemburu. Lelaki ni tksuka kena kawal, tolong faham. Pape pun saya doakan yg terbaik utk sis dan masa dpn sis.

  21. But i am a clingy gf & my bf tak pernah pukul i not even once. He’s fine with my clingy-ness. Dia suka diberi perhatian lebih. Butttt, IF he ever lands a hand on me, i akan tinggalkan dia serta merta ok. Why would he hits a person he loves? Why would he hits a girl who loves him kan? Lagipun i clingy dgn dia, bukan dgn jantan lain pun Haha. So, girl, think wisely.

  22. Mungkin benda ni jadi sebab cik pon pernah pukul dia, cuma cik tak nyatakan dlm nie.. Dari segi psikologi, si lelaki mungkin rasa tercabar sbb si prempuan selalu pukul dia.. Kalau kita yg start dulu, then menyebabkan dia lawan dan pukul kita, so x leh salahkn sebelah pihak la.. Kalau kita pukul pon scara keras contohnya terajang muka dia, pukul kepala dia, cubit smpai berdarah, so kita pon salah jugak la… Kami takleh bg pendapat 100%, semuanya bergantung pd cerita hubungan cik.. So nilai sendiri dan pilih jalan yg betol.. Istikharah dan ubah diri kita, utk org keliling kita ubah diri dia..

  23. Fikir2 masak yeah kalo nak kawen…takut selepas berkahwin pun masih pukul…mengikut pengalaman anak jiran aku…selepas berkahwin & selalu dipukul sehingga lebam…malah sehingga terpaksa buat pembedahan tulang belakang…selama 2 kali….akhirnya menghembus nafas terakhir apabila pembedahan tulang belakang yg ke-2, trauma dipukul adalah puncanyer… siap sampai bergaduh dalam keluarga besan kerna anak jiran. Awak perempuan sekuat maner berdaya tahan pun, awak tetap seorang perempuan….bkn nyer lelaki (dominan)….melainkan awak jadi singa lapar…pasti pukul balik lelaki tersebut… -_-

  24. Pleases sis. No one deserves utk dipukul esp by org yg kita expect utk jaga & lindung kita. Tak kisah lah siapa yg mula, sampai bergaduh fizikal ni dah melencong jauh ni sis. Lelaki ke perempuan ke, berkasar bukan cara. Please sis, love yourself more. Moga Allah permudahkan

  25. xya la dik laki kalo pukul kita nie…xya la ya … xpayah. kalo hati tue xtenang putuskan sahaja hubungan tue. tinggalkan dia xrugi ape pun. kalo ade anak2 dgn dia pun bole pukul jg nie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *