Aku benci keluarga aku : ‘( 2.0

Ikutkan hati aku nak je add & pm semua yang ajak aku berkawan tapi aku takut dan tak nak dedahkan diri aku. Aku takut dikalangan korang ni ada yang kawan akak-akak aku. Pagi ni entahla lepas subuh tiba-tiba aku rasa dah tak mampu dan rasa rindu dekat arwah ayah aku. Aku menangis semahunya then aku capai fon buka zikir terapi hafiz hamidun dan terus terasa nak tulis.

Actually ayah aku start layan aku okay semenjak aku masuk sekolah menengah sebabnya aku masuk sekolah agama macam yang dia harapkan kat anak-anak dia yang lain tapi xde yang kekal semuanya bertukar ke sekolah biasa bila dah form 4 . Tiap kali ayah hantar asrama mesti ayah akan cerita pengalaman dia di mesir dulu. Dan aku rasa sangat berkobar kobar nak pergi sana. Itu sahaja tempat yang paling jauh dengan keluarga aku dan aura positif disana. Tapi sayangnya Allah pinjamkan ayah terlalu sekejap :'( . Selepas dia pergi, kehidupan aku kembali macam dulu.

Sebenarnya bila duduk dalam bilik sorang-sorang, agak-agak apa yang aku buat? Aku berangan perkara yang indah dan aku bercakap sorang-sorang. Aku lah watak pertama, aku lah watak kedua dan aku lah watak ketiga. Bukan aku cakap sorang-sorang dengan 'kawan' tapi dengan angan-angan aku. Terbawa sampai ke asrama sampai diorang cakap aku gila. Selain tu aku akan menulis tentang diri aku. Bukan diari ye tapi macam buat novel. Aku kumpulkan segalanya dalam buku tu.

Semenjak ayah dah takda aku jarang balik rumah. Aku selalu balik rumah kawan, aku tipu mak cakap ada kelas tambahan jadi cikgu tak bagi balik. Aku menumpang kasih sayang dengan keluarga kawan aku. Tapi aku ni cepat rasa bersalah aku rasa macam aku ni anak derhaka sebab tipu mak. Aku ngaku kat mak yang aku tipu dia, apa yang aku dapat penampar sebijik. Sama juga kalau aku tak buat kerja. Masa tu abang terdengar masa aku ngaku tipu tu then abang cakap

"Mula-mula menipu lama-lama mencuri"

Aku jujur aku pernah curi duit ayah sebab aku nak beli simkad. Aku nak borak dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya aku tak perlu borak sorang-sorang. Tapi aku rasa bersalah dan aku ngaku jujur dengan ayah, ayah cakap

"Tidak mengapa, nah guna simkad ayah je . Simkad baru beli tu buang je . nanti kalau topup dah habis bagitau ayah "

":')"

Berbalik kepada semangat nak pergi mesir. Aku ambil STAM sebab aku rasa itu sahaja shortcut untuk ke sana. Urusan permohonan semua aku urus sendiri dan aku sengaja mohon jauh dari keluarga. Bila aku ditanya kenapa ambil jauh2 alasan aku "manusia banyak ragam sebabtu aku merantau jauh, lagipun lain tempat, suasana lain, ilmu kita dapat pun makin bertambah "

Sampai bila nak duduk dalam kepompong yang sama kan?

Alhamdulillah syukur aku dapat keputusan yang Agak cemerlang tapi aku batalkan hasrat aku pergi mesir sebab aku fikir macam mana keadaan rumah dan mak nanti. Siapa yang nak uruskan? Mak dah semakin berumur, kesian tak larat.

Akhirnya, aku marah pada diri sendiri sebab aku ingin cari keyakinan diri, move on, peluang dah ada. Nak pergi sana kan banyak urusan. Nak kena tukar dokumen penting dalam bahasa arab. 1 dokumen dah rm50. Mana aku nak dapat duit. Nak uruskan passport lagi jadi aku batalkan je.

Suatu hari ni aku dirisik. Walaupun aku tak kenal siapa tapi aku terima sebab aku nak bebas dari sini. Apakan daya , mak aku tak terima :') . Tapi aku tak ada lah terima gitu ajaaaa. Ada lah jugak aku skodeng fb dia, adik beradik dia. Apa yang terjadi lepastu …. kerja rumah yang aku perlu buat semakin banyak dan terlalu berat untuk aku yang kurus kering. Aku cakap kat mak yang aku tak mampu nak angkat benda berat. Dulu masa kecik boleh lah nak alih almari, sofa sorang-sorang.

Apa yang aku dapat dengan cakap TAK MAMPU?

" kau ingat mak mertua kau nanti akan suka kau ke? Angkat benda berat pun tak mampu. Nak jadi isteri ni kena kuat"

":'("

Betul ka apa yang mak aku cakap.? Setahu aku mental paling kena kuat tapi mental aku pun dah tingtong. Semenjak tu aku memberontak. Kalau dulu aku tidur sejam, dua jam je sebab kemas rumah. Sekarang aku kemas sehari satu kerja je. Sambil tu aku cari gak kerja kat luar, tapi kebanyakan nya reject sebab tak ada pengalaman dan lesen serta kenderaan sendiri.

Bila aku memberontak,

"Kau ingat dengan kau lembik, buat kerja pun malas ada orang nak amik kerja ke? "

*what? Aku malas? *

Pernah sekali tu dia sergah bilik dan cakap aku ni kena sampuk hantu sebab tiba-tiba berubah.

Tapi, bagi aku semua ni mungkin Allah nak uji aku supaya aku lebih kuat. Lagi-lagi umur 20 an ni lah tunggak utama kekuatan kita. Kalau kita masih lemah macam mana nak hadapi dunia luar. Hikmah aku tak dapat pergi mesir, baru-baru ni ada pelajar mesir meninggal sebab dehidrasi. Aku ni dah lah kering selalu kena dehidrasi + gastrik. Aku rasa aku tak kuat nak duduk sana. Bersangka baik dengan Allah : )

Huhu bila menaip sambil dengar zikir terapi hafiz hamidun ni rasa semua masalah hilang tapi dah penat taip panjang-panjang takkan nak cancel send. Betul tak?

Ok lah macam dah panjang sangat. Firstly, aku tersentuh dengan kata-kata ni

"jgn asik salahkan org lain. adik suke rampas brg awak,salahkan adik nak buat ape? u need to take charge! selalu kene buli dgn adik bradik lain.sbb ape? because u let them. so it's time to take charge and take care of yourself! if ur parents xnak defend u..then it's time for u to defend urself n have your own stand! Best of Luck!" -xingat siapa yang komen –

Defend diri? Bukan tak buat cuma rasa sia-sia sebab akhirnya aku yang kena balik.

Btw, thanks a lot bagi siapa yang bagi support, nasihat dll. Siapa yang memerlukan pekerja tak ada pengalaman . aku nak! Aku janji akan usaha betul-betul. Insyaallah, aku ni cepat belajar sesuatu benda baru. Tapi, mesti penginapan disediakan lah sebab aku tak ada lesen dan kenderaan. Kereta sorong aku ada lah

– Aesya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

11 Comments

  1. Sis..keje tadika kat kl bnyk sedia pnginapan..makn pun ada..duit boleh simpn gitu je..cuba cri kat mudah.my.. takpun cri kt fb search.. tapi je pape yg ada kena mngena ngn tadika..taska..good luck sis! Geramnya dengan manusia yg suka arah org buat kerja mcm hamba kuli

  2. ko punye teks ni menjawab persoalan aku ttg org yg suka brcakap sndiri, buat hal sndiri dan tindakan dia pelik2 x mcm manusia normal buat n brfikir… baru aku faham. ini rupanya yg dia fikirkan.. terlalu banyak berfikir pun xboleh dik bimbang jd gile…

  3. Awak, boleh PM kita tak? Mak kita cari pekerja taska dekat JB. InshaAllah kalau awak berminat boleh pm segera. Kalau kita x perasan msg awk, boleh reply kt comment ea.

  4. Hello there confessor :-) setelah baca cerita awak ni, saya dapati awak ni memang sangat penyabar orangnya, ada toleransi yang tinggi terhadap sesuatu perkara,terutama dengan mak awak. Tahniah. Being soft and strong at the same are combinations that few have mastered. May Allah ease your life! Kalau betul nak ada kawan sembang, boleh je pm saya. Confirm bukan kawan kakak awak sebab saya umur 19 :D

  5. Hi. Maaf yea pasai ke meninggal dehydration kat mesir tu xpernah dgr lagi la pasai husband org sana. Btw, sana ada 4 seasons panas lebih kurang macam sini je. Tabah yea dek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *