Aku BENCI Lelaki!!

Aku harap sangat Admin approve aku punya confession ni. Aku nak kena luah sikit pebenda aku rasa ni.

Well, 1st of all meh aku kenalkan diri dulu. Aku ni gemuk, pendek, gelap dan aku perempuan. Bila baca pasal fizikal aku, otomatikally korang dah tahu aku ni bukan spesis lawa di mata manusia. Bila dah tak lawa ni, sape2 pun jadi tak suka kat aku. Pandang aku buat muka meluat buat aku ni macam jijik. Puihhh! tiap2 tempat aku pegi tak kira la pasaraya ke apa ke, kalau deal ngn orang perempuan or lelaki.. konfirm dorang pandang aku mcm aku ni jijik and “hodohnya diaaa niii..eeee”

Lagi satu, bila dalam kelas.. if aku ada soalan pape nak tanya and kawan perempuan aku tak tahu apa jawapan dia.. aku beranikan diri tanya budak laki. Sekali dia tengok je aku pastu jeling wat dek. Weiiiii.. sumpah aku geram time tu. Siyes aku rasa nak simbah asid time tu jugak. Tapi bila kawan aku yang tanya.. laju je dia jawab.. siap tolong tanyakan lecturer and instructor lagi weiii. Bila aku yang tanya ko buat muka menjengkelkan.

Benda ni bukan sekali dua berlaku. Banyak kali dah. Aku macam dah fed up ngan laki. Aku fobia. Aku benci!
Perasaan dilayan macam aku ni sampah buat aku benci lelaki. Setakat ni susah gila weii nak jumpa laki yang boleh cakap leklok ngan pompuan buruk cam aku ni haaa. Semua duk nak layan pompuan lawa. Kalau nampak pompuan lawa lau depan mata..kalau dia tanya pape, bahagia je jawab. Cuba orang cam aku tegur sikit or cakap sikit.. terus buat muka ketat.

Paling sedih, since fizikal aku macam ni.. aku selalu kena gelak and ejek ngan budak laki. Padahal yang ejek and tukang gelak tu pun muka pun tak hensem sangat. Pendek dan gelap gak. Aku bukan pe weh.. aku dah lama pendam pasal ni. Tiap kali aku tengok laki cakap ngn pompuan aku jadi nyampah wei. Terus aku pk, kalau aku yg cakap tu… mesti kena layan cam sampah. Kadang2 bila ingat balik apa yang dorang buat pada aku, ia seolah2 jadi macam mental tortured kat aku.

Aku harap semua lelaki yang duk layan aku buruk2 gitu.. jumpa la someone yang akan treat benda yang sama dekat dorang.. Hmm.. lepas baca confession aku ni kalau korang tertanya aku ni memang betul2 hodoh ke.. tu tandanya korang baik la sikit. Aku bukan tak bersyukur.. tapi sikap manusia pada aku especially lelaki buat aku rendah diri and rasa aku hina. aku sedih wei. Jangankan laki.. pompuan pun ada layan aku mcm aku ni sampah gak. Ye la.. dorang kan cantik and perfect.

It just that.. aku betul2 tak faham ngan sikap manusia yang judge book by its cover. Perasan diri perfect. Banyak sangat yang berlaku kat aku sampai aku betul2 rasa tak yakin dengan diri. Kalau orang lain sibuk pk sal kahwin.. aku pulak pk nak hidup sorang2 je. Bagi aku semua lelaki mcm sama je. Spesis suka gelakkan orang hodoh.
Aku kadang2 syukur gak Tuhan jadikan aku camni. At least aku tak terasa nak gelakkan orang. Aku tahu aku tak perfect. Aku sangat2 berharap kalau group esaimen or project.. jangan la satu group ngan orang laki especially.
Aku taknakkkk!!!

maafkan aku kalau confession aku ni buat lelaki dari spesis2 “rare” marah kat aku. Kalau korang dari spesis “rare” yg baik n x pandang rendah pada orang.. may Allah bless u all. Sama juga kepada perempuan2 yg baik di luar sana yg x judge orang pasal rupa. May Allah bless u too.

Tapi still jauh di sudut hati.. aku harap aku jumpa la dengan laki yang spesis “rare” ni. Kalau jumpa biar aku masuk pinang. Hehe. Gurau. :P

-NiNa JAne

– Nina Jane

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

63 Comments

  1. well aku lelaki…
    klu dh mcm tu, xpayah la ckp atau get involve ngan lelaki…ckp je la ngan perempuan…ape yg nk stress2
    nak ngan tak nak…
    buat ngan tak buat
    #justmytwocent hahaha

  2. well aku lelaki…
    klu dh mcm tu, xpayah la ckp atau get involve ngan lelaki…ckp je la ngan perempuan…ape yg nk stress2
    nak ngan tak nak…
    buat ngan tak buat…
    #justmytwocent hahaha

  3. Kau bkn bnci llki..tp kau bnci sikap dorg lyn kau baik kwn llki @ prmpuan..so y not u make a transformation?xperlu tgesa2..wt pe yg kau mampu dlu..ye, ak phm ble dorg lyn kau mcm 2, emosi kau down..jdk kau perlu berubah..do something that they can impress u..i’ve prove it..kalo dlu mse skolh dorg pndg rndh kt ak sbb ak gemuk n selekah, skrg dorg ckp ak da lain..ape yg pling penting, utk kau berubah, kau mst ad 1 FOKUS DAN SEBAB nk brubah..TEKAD..In Shaa Allah, u can do it!!

  4. org lain x boleh ubah kita … kita shj boleh ubah diri sendiri …. berhenti ! salahkan org lain … kadang2 manusia kurang nilai intelek … doa lah bnyak2 … dan berhenti salahkan org lain …

  5. Emmmmm….nina biaq pi lah dorang..
    Org perasan n bajet bagus mmeg camtu..
    Kite same aq agk gempal tp mgkin tggi sikit dri awk..
    Aq ag lah ramai laki xsuke sbb aq kasar..
    Aq xpeduli ko layan aq cam taik lagi taik aq lyn ko..
    Jgn amik peduli ape org nk ckp..
    Jadi diri sendri..
    Berubah tuk diri sendri..
    Bg aq lah yg cantik2 semua xpure..
    Semua duk tampal bedak byk2 kat muka..krim xyah ckp lah..
    Nina lau ko tgk yg gelap tp slim pakai bedak melawa pown cntik..
    So bg sy bia kite npk hodoh depan org asal kite npk cntik pade Allah..
    Xperlu nk cntik sbb nk tarik perhatian..
    Ag baek jdi hodoh sbb xprlu jaga jodoh org..
    Hehehe

    • terbaekk. biarla hodoh dimata manusia. ingat yg lawa tu tenang ke?? asyik kene kacau dgn laki. kalau lawa pandai jaga maruah takpe la jugak. biar hodoh asalkan maruah terpelihara.

  6. Sis, saya nk story sikit tntg kawwn saya. Cerita dia sama lebih kurangg mcm apa yg sis confess . Kawanasa sya tingkatan 1, dia rendah, gelap, chubby, selalu kne bahan dgn lelaki , tapi saya kagum sgt dgn die. Bukn kagum apa. Dia kuat hati. Mental dia sgt kuat. Cekal. Walaupun ramai yg dok ejek2 dia, kata itu ini . Dia tak pernh amik peduli , dia cume senyum buad dekk je.. sya yg dgr ejekan2 tu rasa macam nak kasut kann mereka2 yg tak sedar dirii tu . Tpi dia tak, dia buad tak tauu je. Dan skrg ni sis, dia da berubah 360drjh. Makin lawa, slim bak model , dan plgg membanggakn dia ada kedai baking dis sendiri . Yg laki dok ejek2 kwn saya tu skrg salah sorang jadi pekerja kat kedai kek dia. See? Roda berpusing . Ada kala kte kat ats, ada kala juga kta jatuh. Sebenarnyaa apa yg sya nak sampaikn, sis jangan rasa malu dgn diri sendiri. Klau sis rasa fizikal jadikn sis rasa down, sis bole ubah. since, sis rendah is okay. Rendah itu comell. Hihi. Sis boleh diet. Bole try mcm2 produk . Skrg byk je produk putihkan kulit. Sis kne cantik utk diri sis sendiri. Hargaii diri sendiri . Lantak laa yg lelaki nak pandangg perempuan cantik. Tak bole nk buad apa . Tu mmg da lumrah jadi lelaki. mgkn tak semua lelaki mcm tu ~~ mgknlaa. Doubt it.

    • Ooh suka sgt comment sis. :) sy pun ada kwn yg chubby rendah dn gelap. And she’s really a nice person. Ada peribadi yg menarik. Tp tang model tu, belum lg. Hihi.

    • Saya ada kawan yang berbadan besar juga..tapi sekarang berat badannya dah maintain 50lebih..sebab dia amalkan diet tak makan nasi..alhamdulillah sekarang makin bergaya..bagi saya, lebih baik sis ni amalkan diet sihat, tanpa makan supplemen untuk turunkan berat..asalkan exercise stp hari at least berjalan kaki dah okeh..kalau untuk wajah, boleh try minum collagen untuk buang toksin2 dan kuatkan sel2 kulit dulu..nanti dah lama2 boleh guna produk ringan2 je atau pencuci dan krim cetaphil paling kurang..

  7. Saya rasa apa yg penting… Mmm bukan kerjasama. Tp peribadi. Jd diri sendiri yg menarik. Buat taktau apa yg diorg burukkan. Sis nak please kan Allah kan? Bahagia dan sayangi diri. Nnt sis akan ada attraction. Yg akan glow dkt sinaran wajah sis. Cewah. Laki2 yg sis kenal tu xtau menghargai dn treat perempuan. Dan sis pn xjumpa lg org yg tepat. Yg penting, buat apa yg Allah suka, dan tolong bahagia. Yeah u can do it! :D

  8. Hate the sin. Not the sinner. Ala sekarang kan ada mcm2 jenis product nak lawa. Haha. standard la laki cmtu. Unless kalau yg jaga iman. so make changes okay hukhuk

  9. Mmg mostly org pandang rupa…padahal yg lawa tu…blom tentu baik nya…tp xpe…ujian kau mcm ni…org lawa pn ade ujian dorg…antara nya…laki slalu duk usha…mudah trjebak maksiat…mudah riak ngan wajah lawa…so…ko pikir je yg setiap org ade ujian yg sama load depend kemampuan…and setiap org Allah dah sedia kn jodoh masing2…

  10. Xpe..just be urself…klo nak ubah penambilan tny diri sndri..jgn nk ubah spaya llk tgk ko n layan ko baik punye…alaaa lelaki n prmpuan spesis cmtu…xpyh layan…aku pun jenis xsuka org yg suka pndg rendah kt org lain ni..bila kitavs d layan bgs..tp bila turn yg lain x pla..sbb tgk fizikal…pastu hina2 org tu sbb hitam…mcm la org yg ckp tu putih sgt kan..byk aku jmpa cmni…tula kdg2 aku lbh suka kwn dgn org yg biasa2 drpd org yg perasan cntik n hnsem ni..so just be urself…xde org x cntik hodoh buruk..smua lawa kot..kalo awk nak tukar imej sekalipun…mstiii lawa punye mengalahkan org2 yg mrndahkan awk tu..kalo lelaki pula..hurmm..dorg tw rupa je..hern aku.mcm hnsem sgttt

  11. Samalah saya pun pendek pastu gemuk jugak. Selama ni alhamdulillah saya tak lah dilayan seperti saudara di layan. Mungkin sbb saya mmg jenis lantang bersuara dan selalunya kwn lelaki dan perempuan yg dtg cari saya untuk minta saya terangkan subjek yg depa tak paham. Saya harap saudara mampu tunjukkan sisi kuat saudara yg lain terhadap mereka yg memandang hina tu. Tapi skrg ada lah satu makcik kedai mkn dekat dgn opis saya ni dok kutuk saya pendek ketot di belakang saya. Entah apa dia sakit hati pun tak tau lah. Saya dpt tau pun sbb opismate saya yg cerita. Mulanya saya mmg sakit hati sampai saya nekad nak pergi maki makcik tu tapi saya tak gamak nak buat mcm tu so saya ambik tindakan utk diamkan saja dan boikot kedai mkn tu. Jiwa saya lebih tenang mcm ni. Saya harap saudara just ignore semua tu dan fokus untuk majukan diri saudara sendiri. Mesti saudara lebih bahagia dan tenang bila buat mcm tu.

  12. Sedihnya baca sis…jadikan tu sbg pembakar utk kurus. Sy tgok org2 duk amal diet atkins yg betul2 sguh2 buat smua jd lawa gebu gebas kulit jd cerah lemak2 hilang. Tak caya bukak grup tu n join. Amek smngt dr depa. Sy duk perati depa2 yg berjaya ubah tu smuanya asalnya dlu kena hina kena ejek. Gemuk tk bermakna kekal gemok. Org gemuk klo kurus perhhhh….mcm retis.

  13. bersyukurlah awk ada cukup sifat..beryukurlah dengan rahmat yg Allah s.w.t bagi sejak awk lahir… manusia ni x sempurna… cuba fikirkan hikmah di sebaliknya… skrg mungkin awk confess psl fizikal awk,tapi sebenarnya allah s.w.t nak jaga awk dari mata2 lelaki buaya… klu skrg awk sempurna fizikal yg cantik yg seperti diimpikan..mungkin skrg awk akan confess plk yg awk benci lelaki sbb ……. faham2 jelah kan…. bersyukurlah… bersyukurlah….

  14. sis,wlu fizikal sis mcm tu,sis mesti ada satu sisi yg len yg mana sis ada kelebihan yg org lain tkde..so cri n keluarkan..one day org akan nmpk sis..yg penting jd diri sendiri..jadikan ejekan org kat kita sbgai pemangkin smgt utk kita lebih ke hdpn..sis nak kurus ke apa ke buatlah..tp jgn niatkan utk puaskan aty org tp niatkan kerana ibadah..contoh,sis nak kurus so that sis mudah nak bergerak ke kuliah,sng nk solat n jaga kesihatan.. :) semoga berjaya sis!

  15. Relaksla lelaki yg mcmtu kau xpayah kawan pun xpe, simple words kawan biar ikhlas so kau xde nk jumpa org berpura2 baik depan kau lebih elok mcmtu dr tikam belakang. Pesan aku kau relaks je buat bodoh dan buat la diet atkins all the best

  16. sis rileks sis.. :) memang rasa down dorang layan camtu. But.. just be urself and ignore je dorang tu. Fokus pada diri sendiri sis. Jangan hidup untuk pleasekan orang lain. ;) jangan down2 k. Lupakan layanan dorang and jadikan tu azam sis untuk berubah to a better person. U can do it!

  17. Aku benci laki gak tapi aku tau ade species dorang yang baik atas muka bumi ni cuma sgt rare….sabar je lah dik akak pun kena buli kuat gak masa sekolah menengah dulu tapi bila dah besar terfikir kenapa perlu peduli sangat tentang opinion dorang pasal kita…mcm yg adik kata dorang pon hodoh jugak kan…so xyah pikir panjang2 tentang approval dorang.

  18. Sabar lah. Ada orang pernah cakap dgn saya ttg ni. “Memang sifat manusia tu sukakan benda2 yg cantik dan perfect.” Yup. Tu mmg sifat manusia. Tapi,kita lah yg kena kawal sifat tu daripada terover. Jangan lah menghina. Kita tak tau orang yg tak berapa cantik tu kadang2 ada hati yg suci dgn cinta Allah. Look at ourself la kan. Suci ke hati kita kalau ada rasa macam tu pada orang lain? Rupa tu Allah yg cipta. Dia tak mintak dapat rupa macam tu. Dan kita sendiri pon tak mintak dpt rupa macam ni. Tak bole request pon pada Allah. Tak fahamlah. Kenapa perlu pandang macam jijik sangat pada orang lain? Sungguh tak faham dan takkan pernah faham.

  19. Sis..saya kan, kalau xnak orang pikir saya ni nak menggedik ngan jantan2 bajet henseng ni, masa tegur tu or tnya apa2, otomatik guna aku kau..lantak r nak cakap aku kasar ke apa..-..- taa kisah! Haha..

  20. Jangan pernah malu dengan diri sis..kentalkan hati sis menghadapi ejekan dorang..dorang xtau yang dorang ejek tu ciptaan Allah juga..lagipun, saya ada kawan yang berbadan besar juga..tapi sekarang berat badannya dah maintain 50lebih..sebab dia amalkan diet tak makan nasi..alhamdulillah sekarang makin bergaya..bagi saya, lebih baik sis ni amalkan diet sihat, tanpa makan supplemen untuk turunkan berat..asalkan exercise stp hari at least berjalan kaki dah okeh..kalau untuk wajah, boleh try minum collagen untuk buang toksin2 dan kuatkan sel2 kulit dulu..nanti dah lama2 boleh guna produk ringan2 je atau pencuci dan krim cetaphil paling kurang..

  21. jgn mengalah..sy penah rasa apa yg sis rasa…dlu gemuk,hitam,besr..smpi panggil sy beruang..balik kg kene hina..perli sindir dek sdara mara…smpi satu tahap..mmg x der keyakinan diri…sbb tahu org laki mmg x pndng..kt kolej pon org dok mengata mcm2..tp berusaha..ubah penampilan..sy usaha jgk turunkn berat..alhamdulillah..suara sumbang tu dh x ada…lg satu..klo ada yg dok kutuk2 tu..jgn diam..bagi baleq..kaw2..smpi dia x brani lg nk mengata…kdg2 kita kene bangkit..allah uji hamba dia mengikut kemampuan..zmn sekarang x der yg x mustahil…ugly duck can transform to a beautiful swan…

  22. sabar lah sis, kita buruk ke gemuk ke bkn dosa pun, yg penting jaga adab dan positive. dah tkyah emo sgt ok, senyum je. saya faham sis, saya ni pun gemuk jgk selalu kena ejek dgn lelaki dan perempuan. lagi sakit bila terdengar perempuan cantik yg ejek saya belakang belakang. bila dia perasan yg saya ada, terus dia senyap. saya senyum buat tktau je dan saya tk membenci. so sis pun chill ok :)

  23. adik, akak dulu pun gemok, hitam, buruk, pakai spek tebal sampai org ejek aku Mat Pek. hahahah. aku tak popular pun masa sekolah rendah. dah la aku bodo plak tu. masuk sekolah menengah pun sama. org lain siap couple couple, aku mana ada. pastu form 3 aku pindah sekolah. masuk hostel. ha kat situ la aku start makeover sikit. tp still gemok. ko bygkan dik, umur 19, tinggi 160cm berat aku 78kg.

    tp Alhamdulillah, ada jugak org nak huhuhu. pas kawen aku kurangkan la berat badan. rupanya dik, bila kita makin kurang berat, kita makin cantik. dari muka bulat, tetiba ada dagu.

    kdg kita buat ni bukan sebab nak impress org jantan. kita buatlah untuk diri kita dan jgn expect apa2 dari org. just to build you self confidence. sapa berani ckp kita hodoh puih mcm la dia cantik sgt. kalau dia boleh kata kita hodoh, kita pun boleh aihhhh kata dia hodoh. kecantikan dan kehodohan tu kan subjektif?

    so chill.

  24. bila kau jadik mcm ni kan, kau sebenanya tahu mana satu kawan mana satu lawan. ubah lah jadi cantik , slim melim. tp jgn ubah sebab nak impress org. nanti kan bila kau dah berubah, org2 yg jauh dari kau tetibe nak dekat dgn kau. yg ni paling aq tak suka. be careful sama. hehe

  25. nak kisah ape lelaki jijik dgn kita, dorg tu nothing dan x pentg, lain la suami sndri kan.. sy pon xcantik tp sy bt ssuatu yg gembirakan hati sndri dan bt kebaikan.. nnt Allah bls smua kebaikan tu berganda2.. :)

  26. Klau awk rsa awk gemok hodoh.. Xde org nk.. Bguslah.. Skurangnya awk terhidar dri dosa couple, pkai pkaian xelok.. Org nk mngata? Go on.. Kt neraka rmai yg cantik xsedar diri.. Cantik kt luar hati busuk xguna.. Allah pndang hati cantik yer dik.. Dah.. Jgn sedih2.. Senyum ciked.. Nnti rajin jog, diet sihat

  27. Salam sis..aku fahamm perasaan kau..aku dulu pun rasa mcm tu sebab msa sklh dulu aku ada mslh jrawat teruk smpai skrg.low self confidence kat sklh smpai org prnh ckp kat aku ” dh lh hodoh,bodoh plk tu’..smpai skrg aku x blh lupa ayt tu even dh 8 thun brlalu..then,aku sedar yg muka tu x pntg yg pntg kita kna yakin diri..have very high level of confidence..brnikn diri…since that,aku ada rmai gila kwan sbb aku ykin stiap mnusia tu cntik dn ada keistimewaan dia..just be yourself..p mampus lh org yg x nk kwan ngn kita..x rugi pun..sound jea sikit

  28. I feel u dik. Akak pon mcm awk jgk dulu. Kene ejek kene bahan. Kat sekolah rendah / menengah dulu akak gemuk/tinggi/hitam(sunburnt) sbb aktif sgt bersukan. Tapi x kurus2. Apa jek x dgr budak2 laki pggil. Badak la. Gergasi la. Gajah la. Yg perempuan plak biasa la pilih bulu ketiak agaknya. Smpai satu tahap masa tu cuti sekolah x ingt form bpe. Akak down sbb budak2 lelaki bahan kaw2. Down smpai kene eating disorder pastu xnk kua rumah lgsg. Hasilnya after sebulan cuti masuk sekolah jd selim melim and sunburnt xde dh. Haaaa masa ni baru blh tgk yg duk kutuk2 kita dulu tu nak acah2 nk kwn. Mmg tak la nk kwn dgn spesies dorg kan. Wakakaka. Pengajaran nya. Boleh je kita org gemuk ni nk berubah. Just love yourself and slow2 kita ubah yg mana boleh.

  29. I understand u sis..I pun pernah alami benda sama. Cuma xdela smpai trauma..cuma accept that’s the way things are. Ada lagi lelaki2 lain yg x menilai org berdasarkan rupa dan layan org sama rata. Asalkan kita ad personaliti dan perangai elok, msti org layan kita baik gak. Skrg n saya tgh try nk ubah diri sndiri. Kita x boleh ubah persepsi dan fikiran org, apa kata klau kita ubah diri sndiri? But to be honest, saya berubah bukan utk org lelaki , tpi utk diri sndiri. Saya diet sbb nk jadi lebih sihat dan lebih yakin dgn diri andiri. So, skrg saya dah diet…alhamdulillah dah kurg 15 kg. Target nk kurg 10 kilo lagi. Saya pun ad amik vit c. Blehla putih sikit2..hehe. Apapun jgn prnah putus asa dgn hidup ini. Jom lalukan prubahan positif..insyallah hidup kita akan bertambah baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *