Aku bertudung labuh

Aku bertudung labuh, tapi tidaklah aku orang yang penuh iman di dada. Dulu aku juga pernah bertudung singkat. Dulu aku pernah juga berbaju ketat walaupun bertudung. Dulu aku juga pernah memakai seluar yang tidak longgar walaupun bertudung. Dulu aku juga pernah tidak memakai sarung kaki. Tapi sepulangnya aku dari melakukan umrah, aku belajar untuk berubah. Dari keluar tidak memakai sarung kaki, aku kini tak pernah keluar tanpa memakai sarung kaki. Dari memakai tudung singkat, aku kini memakai tudung yang labuh sampai orang memerli aku memakai telekung. Tapi aku merasakan bahawa aku tetap lah orang yang sama seperti dulu. Melainkan pakaian aku, tak banyak benda yang berubah. Aku merasakan bahawa aku tetap manusia yang penuh dosa. Baru aku sedar, seseorang itu tidak boleh dinilai dari pakaiannya. Aku ingin berubah, tapi makin aku ingin berubah, makin aku diduga. Mungkin itu cara Allah untuk menunjukkan padaku bahawa aku sangat memerlukanNya. Kadang-kadang aku dilabel dengan perkataan 'ustazah' hanya kerana aku bertudung labuh. Tapi perkataan itu hanya menimbulkan kesedihan dihati kerana aku bukanlah sebaik itu. Aku ingin menjerit memberitahu dunia bahawa aku bukan sebaik itu. Aku ingin menjerit memberitahu bahawa aku masih mencuba untuk berubah. Munafikkah aku?

– N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

7 Comments

  1. I get you sis :)
    One thing we have to understand is,
    Allah bagi taufiq,hidayah pada hamba-hambaNya dengan cara yg berbeza, ikut kesesuaian seseorang tu.
    Ada orang diberi kekuatan untuk bermula dari luar, macam saudari.
    Ada orang diberi kekuatan untuk bermula dari dalam.

    Sebab tu ada keluar statement,
    eleh dia tu tudung je labuh tapi hati tak baik (contohnya),
    tapi kita lupa sebenarnya orang tersebut Allah uji dengan masalah hati instead of aurat.

    Sebab tu kita pernah dgr jugak,
    “Dia tak pakai tudung tapi baik hati”.
    Sebenarnya kita sering terlepas pandang bahawa Allah bg dia kelebihan untuk cari Allah melalui hati tersebut,
    tetapi dia diuji dengan masalah belum mampu tutup aurat dengan sempurna.

    Allahua’lam.
    Teruskan usaha menjadi hamba yang lebih baik. Mula lah slow2, even dengan sekecil-kecil amal sekalipun.
    Sesungguhnya amal yg plg disukai Allah itu ialah amal yg istiqamah.

  2. Takkan ustazah je kene tutup aurat? Kalau pakai tudung ‘adik’, jeans ketat, belum tutup aurat lg tu. Tudung labuh bkn utk ustazah tapi utk muslimah.

  3. Bila kita nk ke arah kebaikan…. Allah akan uji kita… Allah nak tgk kita nak berubah utk Allah atau utk selain Allah… Mg kita semua istiqamah utk cari redha Allah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *