Aku Bukan Tunggul

Aku ada 3 orang kawan dekat universiti & semua orang tau kitorang mmg rapat gila pergi mana2 mesti berempat. Kalau sorang takde mesti ada yg tanya. Tapi masuk sem yg keempat aku mula menjarakkan diri sikit dari 3 orang kawan aku ni. Jarak macam mana? Biasa lah kan, kawan 4 orang mesti ada benda tak ngam kan. Masalah aku,aku selalu rasa dipinggirkan mcm tak wujud. Kalau berjalan, dorang 3 kat depan siap duk gosip sampai korea pusing balik malaysia, tapi aku selalu ditinggal kat belakang. Mula2 tu aku mcm buat rilek jelah, ala benda kecik gitu takkan dah nak emo kan. Tapi bila banyak kali aku mcm jadi tunggul je, aku pom jadi malas nak ikut lepak sekali. Contoh kalau dorang ajak keluar mall, makan2 ke, aku selalu bagi alasan nak elak ikut sekali.Dulu kat ig penuh gambar 4 org, tp sekarang ni aku perasan gambar aku selalu takde. Yelah aku kan jarang keluar dgn depa. Sekarang ni aku tak tau mcm mana tapi aku rasa aku lebih rapat dari budak lain daripada 3 org kawan baik aku tu. Aku lebih selesa jalan dgn dorang, sembang dgn dorang, gurau dgn dorang. Sebab kalau aku dgn 3 org kawan aku tu, aku rasa tak selesa & aku selalu rasa aku fake. Sebab kdg2 gelak pom aku buat2 je bila dgr lawak hambar dorang. Pernah la jugak kawan aku yg 3 org tu sound aku, ckp aku dah tak nak dah lepak dgn dorang. Tapi still bila g kelas, kitorang g sekali. & mcm biasa aku selalu kena tinggal kat belakang & aku lebih suka diamkan diri bila dgn dorang. Dlm kelas pom, bila sembang depa duk sembang 3 org je sbb kdg2 tu topik yg depa sembang tu aku tak leh nk mencelah contoh depa cerita pasal tempat yg depa pergi sekali tu la. Aku kalau boleh tak nak emo sangat. Aku selalu berlagak mcm aku tak kesah pom, tapi sebenarnya aku sentap jugak woo dgn cara depa layan aku. Tapi kdg2 tu, bila aku face to face dgn sorang2 aku boleh je nak sembang. Masuk je kami berempat, haha taktau kenapa aku selalu jadi tunggul. Mcm bangang je benda remeh gini buat aku serabut.

– Cik Z

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *