Assalamualaikum. Terima kasih sebab approve confession saya. Saya amat perlukan bantuan dari anda semua. Menangis saya sambail taip ni.
Baru2 ni ada kenalan saya. Saya jumpa dia tempat kerja ayah saya. Saya lernah buat part time kat situ lepas habis belajar. Ada seorang lelaki pejerja ayah saya. Dia baik, hormat orang tua (selalu tegur maka ayah saya) saya namakan dia A.
A memang baik dengan saya. Tapi kami takdalah rapat mana. No fon masing pun takda. So saya pendekkan cerita dah setahun berlalu sejak saya dpt kerja tetap. Saya dah lama tak jumpa dia. Nak dijadikan cerita semalam ada number tak kenal masuk whatsaap. Okay tu A. Saya mula2 macam excited lah sebab dah lama tak contact . Saya balas mcm biasa. Tapi kemudian dia kata dia ada benda penting nk bagi tahu saya. Dia nak call saya tapi masa tu tgh office hour. Saya ckp waktu rehat orang tak ramai kat office call lah saya. Then dia pun call.
Dia call saya cakap ada rahsia besar nak bagi tahu. Saya macam dah suspen je. Sebab dia kata benda tu ada kaitan dengan aib dia. Wallahi saya berdebar. Dia pun start cerita yg dia kata dulu dia pernah suka saya diam2. Saya pun gelak je lah sebab saya ingat dia bergurau. Tapi nada dia dah serious. Okay saya pun stop gelak. Dia kata lately ni dia asyik sakit. Sampai tak pergi kerja. Tak boleh puasa. Saya tanya teruk sangat ke sakit tu? Dia pun bukak cerita yg dia terkena buatan orang. Dah banyak tempat pergi berubat. Ustaz dari Darul syifa pun dah pergi jumpa. Tapi ada lagi 20% macamtu tak settle lagi.
Dia kata jalan penyelesaian adalah saya. Sebab dia selalu mimpikan saya. Dia kata kalau saya boleh terima dia, dia akan selamat. Saya speccless lah. Shick sangat. Saya banyak kali suruh dia ingat Allah yg saya kata saya bukan ubatnya. Semua tu Allah je mampu selesaikan. Tapi banyak kali dia merayu. Ya Allah saya buntu sangat. Saya menangis. Sebab sy tak pernah kena macam ni. Saya kata kalau saya dah ada pilihan hati sendiri macam mana? Dia suruh jugak saya terima dia.
This is the first time i face something like this. Saya buntu. Saya suruh dia buat Istikharah tapi dia tetap menafikan . Tolonglah saya . Bagi nasihat pada saya sama ada saya perlu percaya atau tak benda2 ni semua. Saya buntu dan kesian kat dia.
– Miss Z
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Em mcm menipu je
xpyh pcaya la awak. kdg2 Saje je nak masuk line. lelaki bukannya blh pcaya.
Dah kenapa? Rase nya penah dengar lelaki bagi alasan macam tu mase zaman cintan cintun sekolah menengah. Bg alasan tak munasabah. Sorry to say tapi pelik je bunyi. Tp kalau betul alasan lelaki tu semoga cepat sihat.
Cuba sis pula buat istikarah..mudah2 han Allah bagi jawapan tepat.
alasan paling bodoh pernah aku dngo dan ang pun percaya.. 2x bodoh..
Page KRT tutup ke? Hahahaha
ang pun dok tang nie juga.. ha ha ha ha..
Bukan nk ckp la..tp dh kenapa pulak sis blh jdi sebab kesembuhan dia kan…tk pyh percaya kot rsenya…
Mengarut. Angau.
Jangan percaya sis.
Dia ckp dia kena buatan org.. Then dia ckp awk blh jd sebab kesembuhan dia.. Apakah? Xlogik pulak rasa. Istikharah. Doa byk2. Smga Allah permudahkan urusan confessor :)
Cbe tny spe2 btl ke dia skt.sbb ade dlu bdk ni ckp sakit paru2 ke otak tah,nk mati sgt dh bln 5 tahun xxxx.skali ktorg tgk xmati2 pn lg.kdg dorg ni attention seeker.korg ingt lg x Ziqah Azam Ayuni Aida? hahahaha.tp klau btl buat la solat istikharah..
Hahahahha op kos I ollz igt ??? sihat walafiat lg kan smpi skang..?
Ade sorg lg ckp accident bla3..call mak ayah ckp sihat je.pffftt. **ni ko xtau kot Ayuni Aida..k.sje tag korg.kbai ?
Haaa yg tu xtaw. Hahaha. Kdg2 org saje reka cite bg kite simpati n at last ikut jee pe org nak. Btol x Ziqah Azam ?
ye yang macam ni ada jugak. macam2 cerita lah. hantar gambar tumour scan lahh apa. search kat google sama pula gambar yg dia hantar tu dekat google.
Haha..kan. xtau la klau kes sis ni btl..incase btl cara nk bg baik tu mcm pelik..
@Nur Afifah Azhar eh! Tertag! Lalala
Siapa ha? Hahaha. Aku ke attention seeker. Omg.
Ko tlg azankn jap Ayuni.kat Ziqah ni.hahaha.strehhh aku.
????
???Ziq2. Aku takbir raya kat kau nanti ?
Asal kak Nur Hanis ni ada merata? ? hahaha kbai
Asal komen je Nurhuda Munirah ade.kbai.hahah
Org tgh baca syok2 mesti ada dia ni haha!
Eeeee!! Die yg sibuk! Hahaha
mm.. apa kata.. cuba siasat dulu.. dia btul2 sakit ke tidak.. sbb cara laki tu, lain mcm je.. mcm mana nk siasat?? kan pernah knal dia dulu.. cuba tanya pasal dia dengan orang2 yg kenal dia jugak.. dan bnyak2 doa, Semoga Allah permudahkan sgala urusan awak dan diberi jalan penyelesaian.. jgn mudah percaya pada kata2 seseorang..
Okay ini kelakar. Dengar alasan tak logik macam tu je pun dah buntu? Melainkan awak pun sebenarnya ada hati jugak kat dia. So kahwin aje la.
Rasa macam helah je tu.
tak logik. tak payah speccless dan shick sgt dik. dia membongak ja tu. jgn biarkan masalah dia jadi masalah adik. buat derk saja. tak payah kasihan.
Org mcm ni mahu kena sepak dan smack down sekali.. ayat dia sakit tapi minta simpati utk sembuh dgn cinta.. org mcm ni da pernah jumpa bajet2 alim tapi di sebalik tu menipu dan ambil kesempatan…
Jangan percaya lah. -..-
Really?nak ngorat pompuan nanti nak buat camni a..hahaha
Im sorry,saye tak caya langsung apa dia cakap.probably dia nak buat awak rasa besalah so awak terima.
At any case,kalau betul nak tolong pun,siasat la dulu betoi ka cita dia ni.
Saya sebagai lelaki berpendapat bahawa dia tipu awak..jangan caye lah benda mcm ni..satu lagi..org kata nak cari pasangan carilah yg membahagiakan..kalau dah sakit mcm mana nak bahagia..semoga Allah sembuhkan beliau..aameen
pergh, ni ubat nak sembuh penyakit apa? power la mcm fairy tales pulak, ibarat nye lelaki tu snow white, yang perempuan ni putera hensem dari kayangan. pergh kene kiss pastu sembuh pastu live happily ever after…. otak diaaa…… takyah nangis la, x mati la x kawen ngan dia, istikharah je, bincg ngan bapak kau… settle, bazir air mata je…..
Syakir Altaj, ang try baca confess ni, pebenda laa… haha
Ni kalau org kmpg depa kata ni agenda yahudi ?
Xdak laa,merapu laa nk berubat kna ada org lain jd pnyembuh,menipu aihh semua tu
Haha, cmtu senang laaaa nak cari bini, pakai alasan ni je bleh dpt bini cantik… padiapaaaa
Ya Allah dikkkkkk, jgn le jdi naive sgt, mmbongak je tu, jgn nk shick2 sgt, jgn d layan, hidup dlm fantasi je dia tu, aduiii geram lh ahkak, bnda gini adik blh nk shick n percaya juga? Huhuhuhu
macam trick nk dapatkan ko.
benda bodoh mcmni pun boleh jadi isu buat pening kepala. nmpk sgt jantan tu sekadar nak ambik simpati tarik perhatian. mudahla cmtu cari mana2 awek cun cun lepas tu bg alasan sakit terus boleh kawin. hahahaha. kalau akula ditempat perempuan tu. lantak la sakit nak mati pun. peduli apa aku.
Ini cool
Tau xpe dik ?? ex akak dulu, siap text akak ckp eksiden, akak x reply, then dia call..akak ckp, klu x parah, xyah bgtau, dia kata teruk..akak ckp, klu teruk xde nyer boleh main fon skrg ni..esok tu nmpk dia tercangok kt tmpt kje akak, mampoih akak x layan dia, eksiden konon, muka mcm baru tibai double cheese burger 20 ketoi
hahaha tibai double cheese burger.
Bagitau je ayah. Kalau betul dia sakit camtu, lagilah adik perlu jauhkan diri. Cari bala namanya org berpenyakit camtu. Pandai betul dia membelit.
kah kah. betul
Mengarut ini semua mengarut.xbley bla la laki tu..dusta nii..dik jgn caya sgt laki ni..
Satu benda je nak kasitau awak. Jangan bercinta atau berkahwin sebab kasihan. Tu je. Tapi kalau dah jodoh tu, wallahuaalam
First bace siap ngs…. I just… What? Masalah apa ni.. Kesian nya…. Bace punya bace…. Hmmmmm… Do’oh belake…. Udoh stop la… Xyh nak nangis…
Blurr aku bila Romeo buat hall…
Rasa mcm dia nak tackle tapi segan sbb tu dia guna ayat tu.Akhir kata,saya rasa saya tak percaya dia sakit smpi berubat kt mana2 semua x hilang mcm cerita pukul 7 pun ada
Teruk benau buntunya sampai banyak betul typo ko dik
confessor cuba pm saya – utk kes kena buatan orang saja.
psiko
“Penunggang agama.” – Mat Lutfi.
Jangan percaya. Ianya tiada kena mengena dengan awak. Awak berhak tentukan hidup dan pilihan hati awak. Jangan paksa diri. Jauhi dia kalau perlu. Sekian.
siasat dulu btul ke x…bru buat kputusan..laki mcm trick klu nk mengayat
Jgn amik dia seb punca masalah baru awak. Semua urusan rezeki ajal maut dtg dr allah, bkn manusia yg mnentukn. Wajib dia berusaha utk mcari ubat, bkn menentukn ubat mna yg dia suka. Jika dia ikhlas berubat, dia akan tahajjud pd allah. Darul syifa bkn pyembuh pyakit. Mrk juga berusaha. Yg mgengam ubat pyakit ialah allah. Teruskn hdup awak. Anggap urusan dgn dia hya angin lalu. Doakn dia bjumpa dgn org yg dpt sembuhkn hatinya krn gagal mguasai awak. Kecuali..awak mmg suka dia dr dulu.. Sb tu mnangis.. Hehehe
Tak payah pening2 la dik. Hidup dia. Bukan hidup kau dik. Kau nak korvan diri sendiri termasuk pening bagai semata2 utk hidup dia. Suruh dia bertaubat. Btol kata kau. Tuhan yg menyembuhkan. Bukan kau.
Ni soal lain tp berkait…jwpan istikharah kita x boleh jdi asbab org trime kite…tu agama ajr..cnthnya kite solt istikharah muzakarah bgai…nmpk ptuntjuk prmpn ni plihan kte…pstu esok kte jmpe prmpn tu ckp..awk kne kwin dgn sy…jwpan istikharah sy adlah awk..yg ni x boleh ye…
Untk isu sis…klau rse die trbaik plih la..tp klau ad plihan plih la pilihan lain….dn mntk die trus brubat…dkt dlam dunia prubtn islam ni..ad rmai ustaz..mcm2 kaedh..mngkin belum temu jlan yg sesuai lgi…mntk kt die tmbah amalan dlm diri jgk nnt bnde ni panas kt dlam die keluar sndri..dn syaitn jin ni pun licik…sy prnh face problem jmpe org yg kte gangguan dn nk setel kena cerai…bile dh cerai still dpt gangguan tu…dn sy yakin Darul Syifa x keluarkn statement untk kahwin awk akn complte perubtn ni..
Belum lg jenis jantan yg ckp ada kanser la ada leukimia la api la apa la ahahahahaha…
Sis, nak kahwin jangan sebab kesian je. Tolong lah fikirkan perasaan sendiri
Dusta je semua ni. Come on lah. Ni semua taktik semata mata. Hahaha
Lelaki tuh msti kaki tgok drama petang2 nihh…
Setahun ‘ghaib’ tetiba muncul bgtau dia sakit dan nk ajak awk kawen..siap ckp awk kena gak kawen dgn dia walaupun awk dh ade pilihan sendiri..mohon jauhkan diri awk dr dia..block terus no dia pun ok..dan jgn tanye kenapa
Dia ingat ko ni umur berapa dia nak bodohkan ko macam ni skali
Jangan percaya apa yang dikatakan oleh dia.semua itu perangkap dan ambil kesempatan terhadap anda serta minta simpati dari anda.jangan layan lelaki spt itu.ianya akan membebankan anda
Hahahahahahhahahahaha
Kalau kau kuat iman kau tak kan percaya.
Boleh kau suruh kawan atau orang kepercayaan untuk check kebenaran dia.
Orang baik takkan mempermainkan orang lain apapun alasannya.
Andai dia kena benda ghaib apapun namanya artinya dia kurang iman, tak baik kau berjodoh dg dia, hari hari kau akan kena tipu dia kalau kau memaksakan diri percaya dia.
Xpernah lg la dengar rawatan syifa, nak hilang sakit, kawin ngn org tu.. Drama melayu ada lah.. Xpun dlm crita p.ramlee, penyakit angau (crita nujum pak belalang). Kalau bukan suami org, istiqarah lah tanpa henti.. Kalau suami org, jgn dok pikiaq dh..reject trus
Makin lama makin tahpape confession dalam ni,.
Takyah menangis untuk benda mengarut ni..klu kena buatan org, pergi berubat tmpt sepatutnya, ni gatai nk mengayat org..silap2 bab buatan org tu pun rekaan dia sbb nk tarik perhatian awk..
Kot awk rasa serabut sgt, awk bwk dia berjumpa ustaz yg betoi, tnya ustaz tu betoi ka dia kena buatan org, klu ustaz tu kata tak, awk buat dia smpai dia insaf nk mengayat perempuan dgn taktik keji tu
nasihatt saya JANGAN PERCAYA
lelaki yang ajak kahwin dgn cara yg mcm tu,jngan dilayan sngat,takut nnti awk dah kahwin dgn dia,dia kena buatan org lagi..dia nak kena kahwin dgn org lain pulak,lelaki yg mcm tu sebenarnya lelaki yg ada masalah mental..jaga2
Bila kau bahasakan dia ‘A’ aku terus teringat american tv show tajuk pretty little liars. Jalan citer pun lebih kurang tetibe mesej je kan. Sama seperti si A dlm citer tu, begitu jugalah si A ko punye ni, makin dilayan makin buat ko susah je.
ye la buatan orang..buatan awk. nak sembuh awk je la ubatnya sebab dah sakit angau kat awk. paham?