Assalamualaikum. Terima kasih sebab approve confession saya. Saya amat perlukan bantuan dari anda semua. Menangis saya sambail taip ni.
Baru2 ni ada kenalan saya. Saya jumpa dia tempat kerja ayah saya. Saya lernah buat part time kat situ lepas habis belajar. Ada seorang lelaki pejerja ayah saya. Dia baik, hormat orang tua (selalu tegur maka ayah saya) saya namakan dia A.
A memang baik dengan saya. Tapi kami takdalah rapat mana. No fon masing pun takda. So saya pendekkan cerita dah setahun berlalu sejak saya dpt kerja tetap. Saya dah lama tak jumpa dia. Nak dijadikan cerita semalam ada number tak kenal masuk whatsaap. Okay tu A. Saya mula2 macam excited lah sebab dah lama tak contact . Saya balas mcm biasa. Tapi kemudian dia kata dia ada benda penting nk bagi tahu saya. Dia nak call saya tapi masa tu tgh office hour. Saya ckp waktu rehat orang tak ramai kat office call lah saya. Then dia pun call.
Dia call saya cakap ada rahsia besar nak bagi tahu. Saya macam dah suspen je. Sebab dia kata benda tu ada kaitan dengan aib dia. Wallahi saya berdebar. Dia pun start cerita yg dia kata dulu dia pernah suka saya diam2. Saya pun gelak je lah sebab saya ingat dia bergurau. Tapi nada dia dah serious. Okay saya pun stop gelak. Dia kata lately ni dia asyik sakit. Sampai tak pergi kerja. Tak boleh puasa. Saya tanya teruk sangat ke sakit tu? Dia pun bukak cerita yg dia terkena buatan orang. Dah banyak tempat pergi berubat. Ustaz dari Darul syifa pun dah pergi jumpa. Tapi ada lagi 20% macamtu tak settle lagi.
Dia kata jalan penyelesaian adalah saya. Sebab dia selalu mimpikan saya. Dia kata kalau saya boleh terima dia, dia akan selamat. Saya speccless lah. Shick sangat. Saya banyak kali suruh dia ingat Allah yg saya kata saya bukan ubatnya. Semua tu Allah je mampu selesaikan. Tapi banyak kali dia merayu. Ya Allah saya buntu sangat. Saya menangis. Sebab sy tak pernah kena macam ni. Saya kata kalau saya dah ada pilihan hati sendiri macam mana? Dia suruh jugak saya terima dia.
This is the first time i face something like this. Saya buntu. Saya suruh dia buat Istikharah tapi dia tetap menafikan . Tolonglah saya . Bagi nasihat pada saya sama ada saya perlu percaya atau tak benda2 ni semua. Saya buntu dan kesian kat dia.
– Miss Z
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Tak perlu istikharah pun dlm hal ni. Akai ada, pakai.
Jangan percaya… Lelaki yang baik takkan paksa seorang perempuan untuk terima dia. Awal awal lagi dah nampak gaya possessive. Lupakan je la.
Cakap je “dengan segala hormatnya sila mati”
Habis cerita. Titik.
Trick mengayat.
Tu maknanya dia sakit cinta terkena buatan panahan cinta awk. Mmg sah2 la ubatnya awakk je.
Ntah2 sakit mental
Ahahahaha jenuhhh klo mental
Korban cinta