Aku dah penat

Aku dah penat

Asalnya niat aku untuk diri sendiri, aku buat terbaik untuk diri sendiri, aku enjoy setiap kejayaan dan terima setiap kekurangan aku. Maafkan aku yang dah penat menjaga dan memuaskan hati semua. Aku bukan manusia tanpa cacat cela. Aku dah penat.

Seawal usia 9 tahun, aku dilatih bersukan. Aku main bola baling, 10-12, aku main boling. Form 1-5, aku main bola jaring, volleyball, boling, badminton, tennis and ping pong. Semua jenis sukan aku tibai, setiap kali tu under pressure. Setiap kali tu badan aku tak boleh terima. Ketahanan aku tak kuat, aku tak lahir as an athlete. Badan aku lemah, mental ja kuat sikit kot, penyebab aku bertahan. Bila habis bersukan, satu badan sakit tu biasa la, Luka sampai nampak Isi merah pun biasa, masalah kulit sampai pedih setiap kali kena matahari , Kulit kaki tercabut, tangan retak, macam-macam. But I endured it silently.

Belajar pulak, Aku tak pernah kejar A, aku belajar yang mana aku suka, tinggal yang mana aku tak suka, menyampah tahap tak boleh start study lansung subject tu. Yang tak minat tu aku mengaku, aku study sebab nak bagi lepas ja. Aku pernah try belajar ikut cara kawan, pegang buku even tengah tak ada mood, time exam kalut study. Memang result aku hancur. Mungkin sebab ilmu tu rasa tak sampai ke hati. Bukan nak cakap cara orang salah cara aku betul, tapi semua org ada cara masing2 kan. So sampai sekarang aku dengan cara aku. Aku kuat tidur, suka layan movie, buat kering sampai hari exam, Study time mood ada. Bila dah sampai mood, datang la apa pun, aku buat tak tau ja. Sebab result boleh blah sikit, aku kena ambil course yang aku lansung tak minat. ' doctor is the best job for you '. That's how people decide my future. Aku nak bantah tak boleh, parents aku memang bertegas suruh aku ambil medic.

This is how everything went wrong. Aku tak lagi jadi diri aku, aku belajar lansung tak berjiwa, aku hafal membabi buta, aku kejar A sebab nak perfect score. Dan result aku makin teruk, ni bukan cara aku. Aku tak boleh ikut sistem yang ibarat memaksa ni , habiskan semua ni sem ni, tu la ni la, paksa otak aku terima semua, tapi aku cuba dengan cara aku, supaya capai target yang ditetapkan. That's how I survived and that's how aku rasa dah tak minat nak belajar. Aku paksa diri aku ikut sistem yang memenatkan ni, otak aku letih, badan aku lemah, hati aku sentiasa takut. Aku cuba guna cara lama, cara aku belajar tapi aku terlampau takut sampai aku tak tau nak start macam mana. Tak pernah sesaat pun hati aku tak gelisah. That's when it felt like the end of the world for me.

Selepas setahun ambil medic, aku ambil keputusan yang mengecewakan banyak pihak. I changed from medic to language. Aku stop semua sukan, aku nak betul-betul enjoy masa belajar aku. Aku nak betul-betul belajar dengan hati supaya suatu hari nanti, aku boleh memberi sumbangan kepada agama. Menjadi angan-angan aku nak berbakti di negara Islam yang sedang ditindas juga nak menjejakkan kaki di setiap negara yang ada tinggalan sejarah Islam. Aku percaya, dengan bahasa aku mampu capai cita-cita aku. Yes, medic pun boleh kan tapi aku tak yakin dengan medic, aku boleh sampaikan ilmu dengan sebaik mungkin. Biar la orang nak cakap apa, aku dah tak kisah. Even walau tak akan tercapai pun impian aku, aku tak menyesal sebab aku belajar apa yang aku nak. Aku buat apa yang aku nak.

Ada yang cakap masa depan tak terjamin, ada yang cakap aku tolak tuah. Ada yang cakap aku akan menyesal. Cakaplah, aku dah penat nak terus dengar dan terima. Aku dah tak mampu nak biarkan diri aku semakin tenat. Demi Allah aku bahagia, aku gembira sekarang.

Some people may act like me. You forced a plant to grow, then it'll wilt because that's not the natural process. That's how a beautiful plant will die before it can shows you what it can gives you but if you wait, the plant will grow beautifully in the way it is.

– Bakal Linguist

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *