Aku Dah Penat

Entah pada siapa aku hendak bercerita. Meluahkan segala isi hati yang terbuku. Sungguh aku stress yang teramat.

Aku tidak ada sesiapa. Bukan bermaksud tidak ada saudara cuma takde siapa yang boleh aku buka mulut bercerita. Sakitnya aku sendiri yang rasa.

Teramat pedih bila aku yang menjaga Mama seorang diri. Tapi Mama selalu lebihkan orang yang langsung tidak peduli padanya.

Mama sudah meniti usia emas. Yang mana semua pekerjaan rumah tidak boleh dilakukan sendiri. Mahu berjalan sendiri pun susah apa lagi buat kerja rumah yang lain.

Kenapa aku selalu di ‘anak tirikan’ oleh Mama aku sendiri?

Sedangkan aku yang menjaganya dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya.

Pakaian Mama aku yang sediakan. Cuci, lipat dan sebagainya.

Begitu juga dengan makannya. Aku lah yang selalu masak untuk Mama. Bagi Mama makan.

Hanya aku sorang. Takde sorang pun yang bantu aku uruskan Mama. Walaupun 3 orang anak Mama yang tinggal sebumbung.

Aku, Aiman dan Zaza. Oh kot-kot ada yang bertanya, Abah dah meninggal tahun lepas. Aku tidak bekerja disebabkan aku menjaga Mama.

Aiman dan Zaza bekerja. Walaupun Aiman dan Zaza bekerja tapi satu sen pun takde bagi duit kat Mama. Dorang tinggal kat rumah ni semuanya free.

Bayar bil elektrik, bil air dan beli barang keperluan dapur jauh sekali. Segalanya ditanggung oleh Mama yang hanya dapat duit pencen RM1K sahaja sebulan.

Adakalanya aku dahulukan duit aku (aku buat dropship produk, dropship tu berapa la sangat untungnya) untuk menampung mana yang tak cukup.

Mama sangat lah tidak adil bagi aku. Ye lah aku ni tak bekerja dan tak berduit. Bukan seperti Aiman dan Zaza.

Contohnya almari pakaian aku rosak takde pulak Mama nak tolong belikan. Padahal pakaian Mama pun aku letakkan dalam almari aku.

Time kereta Aiman rosak, belum Aiman minta dah bagi duit. RM200 tu bukan sikit.

Apa function Mama bagi duit kat Aiman baiki kereta dia pun aku tak tahu. Nak kata senang nak minta tolong dekat Aiman belikan apa-apa? Jauh sangat.

Kalau Aiman ni jenis mudah nak mintak tolong apa-apa aku tak kisah. Ni nak minta belikan makanan untuk Mama pun dia tak belikan.

Korang bayangkan nak buang sampah pun malas. Padahal hari-hari dia keluar. Nak angkut sampah sekali bukan susah.

Sampah dah berulat sebesar kelingking pun tak boleh nak tolong buang lagi.

Aku lah yang jadi mangsa hidu sampah tu sebab aku yang ada kat rumah 24 jam. Dia tak rasa sebab selalu takde kat rumah keluar lepak.

Sama juga Zaza yang setiap hari keluar bekerja, takde sekali pun dia buangkan sampah.

Kenapa aku tak buang sampah sendiri? Sebab tempat pembuangan sampah tu bukan depan rumah yang boleh berjalan kaki. Jaraknya dalam 1km.

Aku takde kereta takde motor takkan aku nak gi jalan kaki. Dahlah perempuan pulak tu.

Kadang-kadang aku terasa aku ni as ‘bibik tanpa gaji’. Semua urusan rumah aku selesaikan tapi seposen upah pun takde. Aku ni bukan berkira sangat. Paling kurang pun hargailah apa yang aku buat.

Pernah sekali sedara nak datang so aku kemas lah apa yang patut. Korang tahu apa jadi?

Tak sampai 12 jam pun aku kemas dah jadi macam kapal pecah balik. Tunggang langgang semuanya.

Kalau budak kecik yang sepahkan aku faham lah. Ini dah umur 16 tahun (anak buah, lelaki). Korang tak rasa ke aku sakit hati.

Raga pakaian pun sama setiap kali Aiman dan Zaza ambil pakaian berterabur lah pakaian jatuh. Bukan nak ambik masuk raga semula.

Andaikata sedara atau ipar datang ke rumah dan rumah tak kemas macam takde orang tinggal, aku lah satu-satunya yang malu. Aku lah yang dipersalahkan sebab aku tak kemas rumah.

Kalau aku dah kemas cantik-cantik tapi datang 2 manusia tu sepahkan macam cel*ka aku jugak yang dipersalahkan? Adil ke bagi aku?

Korang rasa, perlu ke aku biarkan saja rumah macam tongkang pecah?

Aku teringin sangat nak bekerja, nak ada duit sendiri. Sampai masa healing seorang diri kemana saja.

Pernah aku terfikir nak tinggalkan rumah buat sementara waktu. Untuk aku hilangkan stress sekejap pun jadilah.

Tapi apakan daya aku takde apa-apa. Motor takde untuk aku bergerak apa lagi kereta.

Aku lihat bestnya orang bercuti release stress kat tepi pantai. Tapi aku? Ntah lah.

Sekian. Assalamualaikum..

– Qis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *