Apa Dosa Aku II

Untuk part I, (https://iiumc.com/apa-dosa-aku-2/).

Hi semua. Thank you yang mana komen di part I.

1. Ramai komen suruh berhijrah.

Sebenarnya memang dah plan lama dah. Banyak apply kerja kat negeri luar. Pernah juga dapat offer kerja dekat luar. Aku ditawarkan gaji yang okay.

Tapi mak ayah aku halang, tak bagi aku kerja kat luar. Diorang marah. Katanya aku perempuan, bahaya.  Disuruhnya aku kerja dalam negeri.

Aku pernah kerja 35km pergi 35km balik. Ulang alik dengan motor. Kerja shift. Mintak nak dok bilik sewa pun diorang tak bagi.

Pernah accident beberapa kali. Masa dekat emergency pun mak ayah aku tak datang.  Pakcik aku yang datang jenguk dan jemput aku.

Balik je dari hospital, bukan nak tanya aku okay ke tak, tapi dimarahnya kata aku bawak motor laju, hahaha.

Kesimpulannya, puas dah aku cuba slow talk minta izin nak kerja dekat luar, sampai nangis² kau. Jawapan dia masih tak boleh walaupun terpampang offer letter.

Walaupun aku sulung, muka garang, tapi aku mudah menangis. Aku tak pernah melawan mak ayah aku. Diorang marah pun aku diam aje. Dalam agama kata dosa kalau tinggi suara dengan mak ayah.

2. Ada yang komen suruh kahwin.

Yes. Part ni pun aku dah cuba. Tahun lepas aku ada boyfriend. Dah jumpa family kenal². Dia ajak kahwin. Awal awal mak aku setuju, bagi aku kahwin. Abah aku je yang tak okay.

Tapi nak dijadikan cerita, mak sedara aku hasut mak aku suruh jangan bagi aku kawin. Atas alasan aku muda lagi, baru grad, kerja pun biasa biasa je. Tambah pula aku sulung.

So as a sulung, aku kena stabil, ada kerja tetap, ada kereta, baru boleh kahwin. Yang ni 3 bulan aku sedih.

3. Ada yang bagi pendapat suruh aku cari kerja.

Ya. Sekarang aku tengah kerja. Aku lupa nak bagitahu. Sebelum aku resign tempat kerja neraka tu, aku memang dah secure tempat kerja baru. Sebab aku tahu, aku perlukan duit.

Perempuan kan, nak beli itu ini. Mana ada orang nak kasi aku duit, huhu. So korang jangan risau, aku dah kerja sekarang.  Kerja okay, cuma biasalah, gaji 1k aje.

Jiwa aku meronta dengan gaji sebanyak tu tapi nak buat macam mana, itu je yang ada. Lagipun aku suka skills yang aku dapat.

Sekarang pun aku tak pernah berhenti apply kerja. Semua platform cari kerja aku apply. Cuma belum ada rezeki lagi.

4. Ada yang nasihat pasal self harm, bunuh diri.

Aku tahu benda tu dosa dan akibatnya. So aku takkan bunuh diri. Cuma self harm tu aku cuba kawal diri aku. Alhamdulillah sekarang aku selamat dari self harm. Better than before la.

Aku pun sayang diri aku, huhu. Penat kerja cari duit beli lotion scrub pe semua, tak sanggup aku nak lukakan kulit aku yang dah sedia cantik dah sekarang, hehe.

Pasal mak ayah aku. Bukan aku lembik. Cuma aku hormat diorang. Sebab tu aku ikut je apa diorang suruh. Aku cuma nak kan kasih sayang. Aku tak nak dibuang keluarga.

Alhamdulillah setakat hari ni, aku masih boleh tahan mulut aku dari tinggi suara dekat mak ayah. Aku sayang mak ayah aku.

Sekarang pun aku ada bf, dia jadi good listener aku. Secara tak langsung, stress dan sedih aku terkawal sikit. Sebab dia berfikir secara rasional.

Macam aku, aku banyak berfikir secara emotional. Jadi, dia banyak nasihatkan aku, ajar aku untuk fikir hikmah disebalik semua yang terjadi. So aku tenang sikit.

Tapi apa apa pun. Terima kasih banyak² kepada yang komen semua. Aku doakan urusan korang dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.

Aku confess dekat sini sebab aku perlukan ramai rational thinker untuk bagi nasihat.

Thank you semua..

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *