Isteri Untuk Dihargai

Terima kasih untuk semua yang sudah meninggalkan komen pada ruangan komen luahan saya “Isteri untuk dihargai” (https://iiumc.com/isteri-untuk-dihargai/) hari tu.

Ada yang tanya, kenapa kaitkan dengan Ab*ng T*sla dalam luahan itu. Adakah sebab saya memilih untuk menduakan isteri saya Hanim juga?

Saya sebenarnya tiada niat untuk kaitkan Ab*ng T*sla cuma saya tersentak lepas saya baca kenyataan dia “isteri untuk dihargai” itu.

Saya tiba-tiba jadi teringat wajah tenang, wajah risau, wajah penat dan wajah sedih isteri saya Hanim. Saya jadi terfikir-fikir apakah benar saya telah menghargai Hanim dengan sepenuh hati.

Kemudian saya tersedar saya telah tenggelam dalam delusi saya tentang Mawar buat sekian lama. Sampai mungkin saya telah menyakiti hati isteri saya Hanim.

Saya buat luahan tentang perasaan saya pada Mawar hari itu sebagai titik terakhir saya untuk betul-betul lenyapkan dia dari hati dan fikiran saya.

Sebab saya fikir selagi tidak luahkan perasaan itu membuatkan saya masih dihantui dengan rasa tergantung dan “tidak lepas” itu.

Cuma dengan meluahkan ini saya rasa saya benar-benar terlepas dari Mawar. Saya rasa lega akhirnya saya mampu luahkan juga apa yang terlalu lama saya simpan sendiri.

Mungkin ada di kalangan kalian yang faham bagaimana rasanya sesuatu yang tergantung dan terbeban dalam fikiran kita tapi tidak dapat kita luahkan. Dia jadi macam satu ikatan atau bebanan yang susah untuk kita leraikan.

Kontroversi poligami Ab*ng T*sla sedikit sebanyak membuatkan saya banyak berfikir untuk lebih menghargai isteri saya Hanim.

Bila dengar Ab*ng T*sla cakap ” jika tidak dapat anak, kawin lagi 1″. Saya pasti Hanim juga pasti ada mendengar statement tersebut.

Jadi saya rasa dia mesti akan turut merasa sedih dan terfikir apakah saya juga akan melakukan benda yang sama seperti Ab*ng T*sla tersebut.

Untuk makluman semua, selepas 10 tahun usia perkahwinan kami masih belum dikurniakan cahaya mata.

Walaupun sudah pelbagai cara kami usahakan termasuk rawatan kesuburan dan IVF. Tapi Allah masih belum takdirkan kami mendapat cahaya mata.

Hanim paling terasa saat semua usaha kami gagal. Dia kadang-kadang hilang keyakinan diri untuk pergi ke majlis keramaian sebab tidak mampu bertahan dengan soalan-soalan tentang cahaya mata. Dia sangat sensitif bila orang berbicara pasal anak.

Saya faham perasaan dia. Saya selalu cakap pada dia, jika IVF kali ini gagal. Kita boleh ambil anak angkat jika dia betul-betul mahukan anak.

Tapi jika dia tidak mahu, tak apa. Kita nikmati sahaja hidup waktu berdua ini. Mungkin Allah mahu kita lebih banyak masa bersama-sama.

Sekali sekala kalau mahu ada suara kanak-kanak kita ambillah anak buah bawa berjalan-jalan. Tapi bila kisah Ab*ng T*sla ni viral. Geram pulak saya dengar kenyataan dia tu.

Seperti merendah-rendah isteri yang pernah berusaha mendapatkan anak. Padahal keputusan untuk punya anak atau tidak itu Allah yang takdirkan.

Kalau kahwin 10 orang sekali pun, kalau Allah tidak berkehendak untuk memberikan anak pada kita. Maka tiadalah anak bagi kita.

Bila dah mengumpat Ab*ng T*sla dalam hati saya. Lepas tu tiba-tiba saya rasa berdosa. Saya mula muhasabah diri.

Aku mengata orang, tapi aku sendiri masih menduakan isteriku Hanim diam-diam walaupun cuma di hati. Sekurang -kurangnya Ab*ng T*sla berani berterus-terang dan berani bertindak.

Maka dari situ, aku berfikir untuk buat luahan hari tu. Sebab kali ini aku benar-benar nak buang Mawar jauh-jauh dari hati aku. Aku nak mencintai Hanim setulus dan sepenuh hati aku.

Mungkin kenapa Allah belum takdirkan aku dan Hanim mempunyai cahaya mata adalah kerana Allah tahu aku masih belum mampu menjadi imam yang terbaik buat Hanim dan anak kami. Mungkin kerana kifarah dosa hati aku.

Terima kasih semua atas komen yang baik-baik. Mohon doakan saya dan Hanim dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga. Jika ada rezeki kami punyai cahaya mata di dunia, Alhamdulillah.

– Yusuf (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *