Bagaimana Taaruf Mengikut Syarak

Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga besar. Ayah aku sangat garang. Suka marah. Boleh dikatakan baran la.

Mak aku memang banyak bersabar dengan ayah aku.

Kalau zaman sekarang, ramai orang bercerai sebab perempuan bekerja, mampu mencari duit sendiri. Tapi orang zaman dulu, perkahwinan mereka bertahan lama sebab sabarnya seorang isteri.

Macam-macam ayah aku buat, penderaan fizikal, mental semua dia buat.

Mak aku tidak bekerja, mak aku memilih untuk bertahan dengan lelaki yang baran demi kelangsungan hidup kami anak beranak.

Bila kami dah besar, Ayah masih dengan sikap yang sama. Panas baran. Kena layan macam raja.

Kadang- kadang berubah riak muka mak aku bila kena marah depan kami anak-anak.

Memang ada mak berbunyi nak berpisah sebab dah tak tahan sangat. Tapi mak tahu, ayah takkan lepaskan mak sebab kuasa cerai pada suami.

Mak memilih untuk bertahan. Kami pun hidup seperti biasa, luaran nampak macam ‘Happy Family’ je.

Disebabkan ayah aku seorang yang panas baran. Aku takut nak berkahwin. Aku takut dapat suami baran macam ayah aku.

Abang-abang aku alhamdulillah baik. Abang ipar pon semua soft spoken.

Keluarga aku bukanlah alim. Aku pun tak alim. Tapi aku bertudung tutup dada dan berstokin.

Aku bukan perempuan cantik. Jadi dari zaman sekolah sampai ke university, memang takde sape suka aku.

Aku pun okay je sebab aku takda rapat pon dengan lelaki. Sebab aku jenis tak bersembang pon dengan lelaki.

Menginjak aku umur 30 tahun. Aku rasa aku bersedia nak berkahwin. Tapi masih dalam ketakutan yang sama – takut bersuamikan panas baran.

Aku berkenalan dengan seorang lelaki.

Memang Islam menganjurkan taaruf. Memang seharusnya seorang lelaki, datang berjumpa dengan wali aku untuk menyatakan hasratnya. Dan menggunakan orang tengah.

Tapi mak aku minta untuk aku berkawan dulu dengan dia. Tengok dulu perangai macam mana. Sebab takut nanti ayah aku tersuka dengan dia.

Terus aku kena paksa kahwin. Aku bukan jenis oncall. Aku pun kenal lelaki tersebut melalui aplikasi cari jodoh yang terkenal.

Dia pun duduk agak jauh dari rumah aku. Aku tak tahu hendak apa yang dibualkan sebab aku memang seorang yang pendiam dan pemalu.

Zahirnya lelaki itu memang nampak baik. Solat selalu ke masjid. Selalu post tentang agama di facebook. Selalu mesej tanya dah solat ke, dah mengaji ke.

Aku tahu untuk berkenalan dengan bakal suami perlu orang tengah. Kita boleh tanya mak dia, abang kakak dia, kawan-kawan dia.

Tapi aku tak kenal diorang dan aku tak nak lagi berkenalan dengan keluarga dia sebab takut nanti tak jadi.

Cuma aku ingin tahu macam mana cara taaruf yang dibenarkan oleh syarak.

Macam mana aku nak tahu akhlak dia ketika marah, perangai dia semasa serabut dengan kerja. Apa yang keluar dari mulut dia saat ditimpa musibah.

Aku ingin tahu adakah dia ringan tulang akan membantu isterinya melakukan kerja rumah…

Bagaimana aku ingin menguji tahap kemarahannya sebab kami cuma wasap saja. Jumpa jarang. Tapi aku cuba juga ajak dia keluar, walaupun keluar berdua sebab memang tiada siapa nak teman kami…

Kadang-kadang aku hairan macam mana orang boleh kenal sebulan dua terus kahwin. Aku bukan jenis yang seperti ini. Trauma aku terhadap lelaki sangat tinggi.

Aku tidak tahu macam mana aku nak kenal dia. Harap kawan kawan boleh tolong saya.

Saya tak nak bersuami lelaki yang ada sifat macam ayah saya… Sungguh aku trauma dengan lelaki baran.

Aku pun dah beli buku ‘Sekufu’ Aiman Azlan. Jika kawan-kawan tahu buku yang bermanfaat boleh share ya.

Harap kawan2 boleh kongsikan tips dan soalan untuk aku tanyakan kepada pihak lelaki.

– Trauma Dengan Lelaki (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *