Pelangi Indah

Hi semua. Aku Puteri. Acap kali baca page confession mengenai hubungan toksik.

Ya, aku dulu pun pernah dalam hubungan toksik yang lama dan ingin ku kubur dalam-dalam di lautan.

Berlaku beberapa tahun lepas, masa tengah belajar untuk degree nun jauh utara sana. Berjumpa dan bercinta dengan mamat foreigner.

Namanya Mamat, fair skin, tinggi and atlet sukan, macam cerita turki yang korang tengah tengok tu. Mamat banyak tolong dalam assignment sebab mostly in English. So result pon gempak masa tu.

Di pertengahan jalan, dapat tahu sebenarnya dia dah ada girlfriend sebelum aku. Paling tak tahan masa diorang gaduh and need to take a break from each other, masa tulah mamat kenal aku.

Dek sebab dah terlampau sayang aku terima mamat lagi walaupun aku tahu dia dah ada girlfriend.

Toksiknya aku masa tu masih meneruskan hubungan dengan mamat walaupun hubungan serius dan nak kahwin.

Dua tahun kemudian mamat sambung PHD di universiti Bangi dan waktu tu mamat dah pun kahwin dengan girlfriend dia.

Sebab cinta menggunung, aku yang bodoh ni pon sambung master di universiti yang sama dengan harapan dapat bersama dengan dia.

Waktu yang tahu dia dah kahwin, aku rasa dunia ni tersangatlah kejam, rasa nak gila semua.

Mamat datang dan cakap dia masih lagi sayang dan nak bersama dengan aku. Dan aku yang bodoh ni, masih bukakan hati untuk dia.

Korang mesti pelik kan, kenapa dah lama tapi tak pernah kantoi dengan isteri mamat.

Mamat memang pandai dan penuh tipu daya dan masa aku menulis ni, dalam hatiku, mungkin aku bukanlah satu-satunya perempuan selain isterinya.

Ayat dan tazkirah yang dikeluarkan penuh bunga-bunga dan ayat manis sehingga boleh terpotong kaki.

Mamat juga selalu cakap sayang aku sangat- sangat dan bila dah sampai masanya aku jumpa lelaki lain, dia relakan. Agak lama juga aku dalam hubungan toksik sampai boleh terhabis master.

Entah dari mana kesedaran timbul, aku kena keluar dari hubungan toksik ini dan cuba buka hati pada orang lain.

Doa sungguh-sungguh minta tuhan temukan jodoh yang baik dan buka buku baru. Alhamdulillah, jumpa dan dah bina keluarga baru. Bertunang sampailah berkahwin semuanya dipermudahkan.

Sejak daripada itu, aku tak pernah berhubung dan sekat mamat dari semua platform social.

Pelangi indah yang datang, aku nikmati dan syukuri. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Setiap ujian yang datang menjadikan aku kian matang dan dekat dengan Pencipta.

Tiada cinta yang agung melainkan cinta pada Tuhan kepada hambanya.

Dan tak akan siapa dapat merubah kita melainkan diri sendiri.

Kuatkan iman, teguhkan hati menghadapi dunia yang sementara.

– Puteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *