Allah sedihnya. Yang salah tu Bukan Niqab tu. Yang dosa bukan Niqab tu. Yang salah perbuatan tu, benci la perbuatanya sahaja. jangan la keluar kata-kata sebegitu. pernah kenal Niqabis yang terlalu baik? pernah kawan dengan Niqabis? kalau hanya mendengar sahaja cita dalam laman sosial tak usah la kita nak memberi pandangan sendiri. Niqabis ni juga manusia. ada egonya. ada perasaannya. kalau ada orang tegur mereka buat salah tapi tak terima? cube pikir cara kita menegur. mungkin ada yang menegur cara macam ni:
1. dengan komen dekat gambar Niqabis tu. dengan kata-kata kasar. contoh: wei, tak reti malu eh? pakai niqab tapi bergambar dengan ajnabi.
2. dengan private message. terus tegur perbuatan dia tu.
niqabis yang terima tu terus block atau padam komen kita tu sebab apa? sebab mereka juga ego. teguran No.1 tu terang-terang la mencabar lagi ego mereka ni. sebab tu mereka liat nak dengar teguran. teguran No.2 kenapa masih mereka tak dengar padahal dah tegur tapi tak sampai mangaibkan pun. sebab apa ye? sebab korang kenal ke niqabis yang korang rase buat salah tu? entah-entah baru sekali message dah kena tegur. jadi mereka tak boleh terima. korang tanya diri korang juga la boleh terima ke?
apa kata kalau korang nak tegur message mereka-mereka ni dengan salam perkenalan dulu. mana tau di terima. dalam-dalam perkenalan tu masukkan sikit-sikit dakwah atas pada mereka. In Sya Allah. kalau ada yang buat macam ni pada saya pun saya terharu sebab macam dihargai gitu. kalau tak makan saman juga. doa la. mereka yang begini hati dia hanya Allah yang pegang.
yang penting disini jangan la mengutuk sesama kita. ye saya mengaku kadang-kadang ada perangai seseorang tu terlampau. tapi cube cari satu sahaja kebaikan dia untuk kita pegang. maaf jika ada salah kata-kata. tegurlah tapi jangan sampai menghina. sentiasa positif. yeaahhh !
– Si Kecik
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->