Aku dan Bekas Su4mi Yang Narsistik II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-dan-bekas-su4mi-yang-narsistik/).

Sambungan daripada part pertama suamiku seorang narsistik. Tujuan saya mendedahkan kisah ini agar dijadikan pengajaran buat semua, ambillah iktibar daripada kisah saya mengenai ciri² seorang narsisitik.

1. Layanan di rumah seperti hamba, sayalah memasak, mengemas rumah, mengutip baju yang dia pakai yang mana dia hanya lemparkan di lantai sahaja.

Bayangkan tahap layanan saya kepada dia umpama raja dimana saya cedokkan nasi ke pinggan, cedokkan kuah, hulurkan air basuh tangan, sediakan air minuman.

Dia? hanya duduk dan makan di mana saya perlu teman dia makan, kemudian apabila dia sudah makan dia hanya bangun ke sinki untuk basuh tangan sahaja. Pinggan yang dia makan saya perlu ambil basuh dan kemas meja makan.

Kenapa saya perlu layan dia begitu? Kerana emaknya memperlakukan kesemua anak² nya seperti itu, dan jika saya bersuara untuk menyuruhnya makan sendiri, emaknya akan berkata kepada saya isteri wajib melayan suami.

Dan saya tiada pilihan lain selain menurut walaupun penat. Bersyukur saya tidak dikurniakan anak sepanjang berkahwin selama 5 tahun, jika tidak, saya boleh bayangkan bagaimana nasib saya untuk lari daripada genggaman orang narsistik ini.

2. Di hadapan rakannya saya dilayan seperti puteri. Bertingkah romantik dan caring untuk menunjukkan di hadapan orang lain yang dia seorang suami yang bertanggungjawab.

Sampaikan selalu berbohong yang kononnya wang pun isteri yang pegangkan. Sedangkan segala wang perniagaan tak pernah saya ambil kisah langsung.

3. Love bombing diperingkat awal perkenalan, terlalu cepat ajak berkahwin, tunjuk effort boleh bertanggungjawab untuk semua pekara.

Rupanya itu adalah tanda² untuk meyakinkan seseorang dan membuat bakal mangsa tersentuh hati.

Tambahan pula mangsa seorang yang setia dan itu lagi menguatkan seorang narsisitik untuk terus berkelakuan buruk kerana percaya mangsanya tidak akan meninggalkan dia.

4. A juga menyekat saya dari terus berhubung rapat dengan adik beradik yang lain, bayangkan sepanjang saya berkahwin selama 5 tahun ini hanya beberapa kali sahaja saya pulang ke rumah adik beradik saya.

Itupun hanya pergi sewaktu hari raya sahaja. Hari yang lain jangan harap dia nak turut serta sekali jika tiada apa² urusan. Jika datang sekalipun A akan cepat² ajak saya balik kerana tak selesa berada lama² di rumah adik beradik saya.

5. Tetapi jika ada kenduri atau apa² urusan di rumah sanak saudara A saya wajib turut serta seharian di situ. Jika A tidak datang sekalipun, saya mesti datang bersama emaknya.

Perkara ini baru saya sedar selepas saya bercerai, di mana yang sebenarnya saya sedang dimanipulasikan oleh A dan keluarganya.

Tetapi syukurlah saya boleh keluar dari jalan ini walaupun pahit perlu saya telan di atas segala kata² mereka yang kononnya saya menuntut cerai kerana ingin mencari pasangan lain kerana A tidak sepadan dengan saya.

Saya hanya senyum dan tidak mengiakan apa² kerana bagi saya sekarang semuanya sudah selesai.

Tak perlu saya berhujah lagi untuk menegakkan kebenaran kerana saya percaya diri saya dan saya percaya Allah tahu niat saya. Biarlah cercaan yang perlu saya dapat asalkan saya sudah bebas daripada beban yang perlu saya pikul.

Walaupun sukar untuk saya mendaki tangga ini bersendirian, saya gembira dengan jalan dan pilihan yang saya pilih ini.

Cukuplah buat masa sekarang saya masih lagi trauma dan fobia kerana saya masih lagi takut untuk melalui proses yang sama seperti yang lalu.

Terima kasih A atas pembelajaran dan pengajaran yang saya dapat sepanjang 5 tahun ini. Biarlah masa membaluti luka saya.

Terima kasih semua di atas komen yang memberi semangat dan memberi nasihat kepada saya,

Tujuan saya mendedahkan tentang kisah masa lalu rumah tangga saya adalah untuk dijadikan pengajaran buat semua. Biarlah saya sahaja yang mengalaminya.

Doakan saya bangkit!

– Y (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *