Keluarga M4k Cik Dari Neraka

Hi, assalamualaikum. Nama aku Ana (nama samaran). Aku berumur 23 tahun.

Aku ada seorang ibu saudara yang merupakan adik kepada ibu ku. Dia aku gelar sebagai makcik dari neraka di dalam hidup ku kerana begitu banyak masalah yang dia buat kepada aku dan keluarga ku.

Sewaktu muda orang dia memang suka membuat masalah tapi masa lalunya bukan urusan ku biarkan yang berlalu terus berlalu. Semasa aku berumur 12 tahun keluarga ku berpindah ke kampung ibuku kerana ayahku sakit.

Bermula dari situ aku mula melihat perangai buruknya, ialah kami pun miskin biasalah orang memandang buruk.

Perangai busuk nya yang paling aku ingat masa tu ialah dia memaki arwah opah kerana opah nak belikan pampers untuk adikku yang masih kecik.

Selepas itu dia haramkan aku dan adik² ku makan makanan di rumah opah, aku ingat lagi opah baru sahaja hendak menghulur seplastik buah manggis kepada ku untuk dibawa pulang tapi belum sempat aku keluar dia merampas plastic itu dari tangan ku.

Bercerita tentang mulutnya pula, haihhh susahnya untuk membetulkan orang seperti dia. Ada sahaja aduan yang dia berikan kepada pakcik² ku di bandar tentang kami. Padahal kami hanya didalam rumah tidak merayau sementara menunggu ibuku pulang kerja.

Sehingga la suatu hari kakak ku lari dari rumah, lagilah bermacam cerita yang dia buat kepada orang kampung dan pakcik² ku tentang kami.

Aku kalau dah besar masa tu mesti aku ikut kakak ku yelah siapa yang tahan dengan perangai neraka makcik ku itu. Nak melawan masa tu tapi masih budak. Haih susah nak cakap.

Selepas itu ayahku yang dah beransur pulih dari strok membawa kami pindah ke bandar kembali dah memulakan hidup baru yang aman damai tanpa gangguan perempuan gila itu.

Walaupun dah berpindah mulutnya masih jahat ya. Ada sahaja salah ibu dah ayahku hendak di komennya.

Yang paling aku tak tahan sehari selepas opah ku meninggal dia boleh cakap kepada pakcik² ku yang ayahku baling selipar kemuka opah ku, memang celaka perempuan tu haih kesian abah menangis bagitahu yang dia tak pernah buat benda tu.

Ayahku walaupun garang tapi tidak pernah meninggi suara kepada orang tua apetah lagi buat benda tu kepada opah. Memang turun dari neraka betul perempuan ni bila aku fikirkan busuknya hati dia.

5 tahun sebelum abah meninggal, abah tidak dapat berkerja kerana masalah kesihatan yang kronik. Itupun apa yang tak dikata. Perkataan “biawak hidup” sentiasa melekat dibibirnya apabila bertemu ibuku.

Contohnya “sampai bila kamu nak bela biawak hidup macam tu” sambil tertawa dan tak memikirkan perasaan ibu dan kami adik beradik.

Bodoh!

Sekarang pelahan² aku dan adik beradik sedang senangkan ibu. Tapi itupun didengki kan dengan ibuku, kami mampu sewakan rumah yang selesa dan besar untuk ibu pun dia dengki sampai memerli ibuku kerana senang seorang dan tak mahu menolong dia.

Hello makcik? Kalau ibu mahu menolong pun saya dah pesan kepada dia. Dia boleh menolong sesiapa sahaja selain awak selagi awak tak datang dan mintak maaf kepada kami. Bukan berdendam tapi sakitnya mulut dia masih terasa sehingga ke hari ini.

Baru2 ni, aku ada tumpang kan anak perempuan dia di rumahku sementara mendapat kerja. Tapi lain pulak kerjanya. Hari² bawak balik laki pakej bawak masuk rumah lagi ya. Sebulan sekali tak ape ye, tapi hari²?

Macam tak ada akal buat rumah orang begitu. Sampai masa aku sudah tidak tahan dan aku tegur tapi dengar tiada adabnya terus lari balik kampung, emaknya telefon aku kata aku tak bagi anaknya makan langsung. Aik? Pelik ya?

Rasanya tak pernah habis makanan dekat rumah tu. Hari² aku topup bagi ada makanan. Itulah emaknya sibuk mencari salah orang tapi anaknya lupa nak jaga. Hahaha kelakar ya manusia macam ni.

Anaknya siap kene ugut nak disebar gambar bogel lagi aku tolong bayarkan tak nak bagi orang tahu. Itupun akhirnya aku jugak dapat nama pegi jual badan sebab tu berduit. Nak je aku sagatkan muke anak beranak ni ke jalan tar.

Yang sorang lagi pulak anaknya sibuk nak kawin tapi tak keje tak ada duit sampai buat pinjaman amanah ikhtiar ye untuk buat duit kawin, aku pun. Sponsor dekat RM1000 jugak sebab kesian, tak cukup dengan tu pakaian pengantin pun duit aku.

Terima kasih pun tidak ye yang ada lagi mengata. Baru² ni siap kata aku anjing lagi haih tapi yang kelakarnya bila aku tegur macam ni “kalau tengah mengandung jaga diri, jaga mulut orang tua pesan risau terkenan yang bukan²” terus melenting.

Bukan nya aku nak percaya benda karut ni tapi aku sengaja ingatkan, biar dia mengelupur.

Haih banyak lagi kalau nak diceritakan perbuatan makcik aku ni tapi tak pelah lagi pun aku tengok sikit2 Tuhan nak balas,

Suami dia tak nak kerja memang dah jadi biawak hidup padahal sihat je, anak dia berenti sekolah, sorang kawin tapi hutang keliling, yang sorang “jual diri” ya.

Aku sampai malu ya nak balik kampung sebab memang dah buruk sangat name baik keturunan opah aku. Bye la penat dah nak cerita, tapi tolong la doakan makcik aku ni dapat kesedaran.

– Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *