Diskriminasi

Salam semua, ikutkan aku tak ada laa terlalu ambil kisah tentang apa pandangan orang terhadap tubuh aku,

Cuma kebelakangan ni, aku terlihat satu situasi yang mengingatkan kisah aku yang berusaha untuk capai apa yang aku inginkan walaupun aku adalah seorang yang overweight dalam erti kata mudah, gemuk.

Sebagai perkenalan, panggil aku comel je sebab aku rasa diri aku agak comel. Baik dari segi raut wajah and bentuk badan, semuanya comel-comel. Faham-fahamkan ye.

Ya aku jujur di sini, aku memang seorang over-weight, obesiti, plussize and whatever you call us.

Kenang balik sejak naik sekolah menengah, badan aku dah start berisi dalam 60kg, waktu tu rasa gemuk sangat dah sebab rakan-rakan yang lain lagi kecil and berat dalam 35-50kg je, and kulit pula tak cerah mana.

Jadi dari zaman sekolah aku dah start kena body shaming, color skin shaming dan jerawat shaming. Confident level aku tersangat rendah.

Aku tak suka bercakap dengan lelaki and tak suka tonjolkan diri aku.

Lumrah perempuan, bila start period memang jerawat banyak keluar. Aku muda-muda dah kena cari skincare yang sesuai. Tapi alhamdulillah, masalah jerawat aku tak lama. Produk dulu yang paling berkesan aku pakai adalah Tia Amelia.

Tak tahula ada mercury ke tak sebab dalam masa sebulan lebih je, jerawat dah start berkurang and parut pun pudar.

Walaupun dah stop pakai, masalah jerawat tak datang balik sampai sekarang. Bukan maksud tak pernah keluar dah jerawat, ada jugak tapi sikit-sikit laa. Depend pemakanan kita juga..

So settle isu jerawat, confident aku naik sikit sebab masa tu ramai lagi yang kulit berjerawat yang lebih teruk dari aku. So rasa berlagak sikit la kan, tapi aku tak da nak shaming-shaming diorang yaa.

Tapi walaupun jerawat dah kurang, kulit aku masih tak cerah. Biasa la remaja mesti nak kulit putih, kurus. Semua mindset perempuan nak jadi macam tu. Jadi aku still tak confident. Aku masih introvert dan hanya berkawan dengan beberapa orang sahaja.

Apa lagi yang berubah selain jerawat berkurang? Sampai sekarang pun, tone skin aku masih tidak cerah senang cakap kulit tanned, dan berat badan bertambah dengan jayanya. Isu sekarang adalah, aku lebih terbuka dan terima.

Mentaliti aku dah berubah, tak semestinya kurus, putih yang cantik.

So aku dah kurang introvert dan confident level aku cuba tingkatkan dengan cara belajar bersungguh-sungguh. Setidaknya walaupun aku tak cantik, tapi aku boleh dibanggakan dari segi akademik dan kepandaian.

Alhamdulillah, aku dapat skor gred yang baik dalam SPM and dapat melanjutkan pelajaran ke universiti. Jadi, bermula kehidupan di universiti. Zaman universiti sepatutnya jadi memori indah and sweet.

Ramai yang jumpa pasangan di U dan berkahwin, tapi tak kurang ramai  yang bercinta tapi tak kekal, dan yang lebih teruk, ramai yang ‘culture shock ‘ dengan kebebasan di Universiti. Maklumlah dah tak kena kongkong dengan keluarga.

Jadi macam mana kehidupan aku di Universiti? Jumpa pasangan ke? Bercinta ke? Hehehe, aku tak bercinta sebab tak ada lelaki pandang aku, universiti beb, ramai sangat saingan. Masing-masing kurus and dahi licin, buat apa nak pandang aku.

Tapi aku ok je masa tu, crush dekat senior tu selalu laa, tapi setakat crush aje laa. Nasib baik kelompok kawan aku masa tu pun jenis macam aku. Bukan tak cantik, banyak je cantik tapi lebih utamakn pelajaran and kawan dari bercinta.

Aku dan kawan2 lebih suka overnight malam2, sewa kereta pusing pulau (cuba teka pulau apa). Banyak main jugak ikutkan, tapi kalau dekat exam, kitorang belajar ramai-ramai and saling tolong menghafal. Dapat juga score and dekan.

Aku agak bersyukur tak diberi rupa paras yang cantik sebab aku tau kalau aku cantik, mungkin aku akan lupa diri. Then lebihkan cintan cintun dari belajar.

Walaupun dalam hati macam nak orang lelaki pandang and mintak no telefon ke. Bergayut malam-malam, dating kat library ke atau cafe. (berangan nau).

Tapi ada 1 fasa dimana aku terlalu down. Aku pernah dapat tawaran temuduga SPA sebagai jururawat/pembantu pergigian, masa tu aku bersemangat sangat dan aku memang bercita-cita nak jadi nurse.

Seminggu aku research tentang perilhal nurse dan belajar cara menjawab soalan temuduga. Salah aku kat situ sebab terlalu berharap and beria-ria.

Masa tu aku lupa yang aku tak cantik, gemuk and orang tak suka pun aku, tapi macam aku cakap, yang aku dah kurang insecure sebab bagi aku cantik tu subjektif, tak semestinya kita berisi and gemuk, tak boleh berjaya kan.

Tapi masuk je bilik temuduga, penemuduga belum apa-apa dah cakap, ‘dik, badan berisi macammana nak jadi nurse, nak kena jalan laju-laju, kena lari kalau ada emergency.

Pastu diorang gelak-gelak sama sendiri. Ada 3 orang, aku cuma senyum je. Konon tak terasa. Then penemuduga A cakap, takpa lah, kenalkan diri.

Aku dah tergagap dan macam dah lupa apa aku hafal sebab dah start rasa sedih. Tapi kalau aku cakap lancar pun, diorang tak dengar and beri perhatian pun. Bersembang sesama sendiri.

Dah habis aku kenalkan diri, dia tanya habis dah? So tengok maklumat diri aku, dia suruh aku kerja bidang lain atau kuruskan badan dulu.

Then dia cakap selesai, boleh keluar. Tanpa tanya apa-apa. Cara diorang judge aku seolah aku memang tak layak. Kenapa ya? Aku yang sebelum masuk bilik temuduga tu dengan perasaan happy, aku keluar dengan rasa sedih and benci sangat pada diri sendiri.

Selepas kejadian tu, aku agak kemurungan. Aku fikir kenapa hina sangat ke aku ni sampai tak ada peluang nak tonjolkan diri aku.

Sekurangnya tanya seolan macam kebiasaan yang patut ada waktu temuduga. Kenapa nak kena ulas fizikal aku, kalau aku tak layak just bagi je markah rendah, tak perlu nak cakap aku ni gemuk tak boleh kerja la, tak boleh jalan laju.

Hello sikit, gemuk aku pun aku jalan laju yaa, ada je orang kurus yang lagi lemah longlai jalan sebab nak control ayu. Cakap je lah korang nak yang cantik and ada rupa je.

Betul, tiada siapa nak orang gemuk, kitorang yang gemuk ni perlu usaha lebih untuk dapatkan perhatian.

Sebab dari segi rupa dah tak boleh menang, hanya boleh menang dengan kepandaian saja dan kemahiran. Kitorang tak ada layanan istimewa dari orang sekeliling. Jadi apa-apa perlu usaha sendiri.

Tak ada siapa nak tawarkan pertolongan walau nampak kitorang dalam susah. Walaupun nak tolong pegangkan pintu pun diorang tak nak.

Nak hentikan pintu lif walau nampak aku tengah lari nak masuk pun diorang tak hingin. Motor aku pernah rosak and aku tolak hampir 1 jam lamanya, tak ada seorang pun cuba tanya and berhenti.

Air mata memang mengalir-alir sambil tolak motor tu ya Allah. Sedihnya. Sampai la aku dekat kedai motor. Ya, aku usaha sendiri. Masa tu aku tahu, aku perlu usaha sendiri tanpa harap orang lain.

Kalau aku tak belajar tinggi, mungkin kerja pun susah dapat.

Iyelah korang cuba pilih antara seorang perempuan kurus and cantik tapi tak ada pendidikan and seorang yang gemuk and buruk juga tanpa pendidikan tinggi pergi minta kerja, Tak perlu teka, memang jawapan dia, yang kurus tu lah dapat kerja tu.

Unless seorang yang gemuk tu ada pendidikan dan pencapaian yang bagus, baru diorang nak consider. Itupun kalau diorang nak seorang yang berpelajaran laa, kalau cuma nak cuci mata pun, ada PHD pun tak pandang.

Maaf kalau ada antara pembaca yang cakap aku agak berlebihan sebab pukul rata cara layanan orang pada kami yang tak cantik and gemuk ni,

Sebenarnya ada ramai yang baik dan bukan jenis layan kita dari segi rupa, ramai je lelaki yang berkahwin dengan pasangan yang berisi tapi itulah, aku tak jumpa.

Kehidupan aku banyak jumpa orang yang sangat pilih fizikal dari hati tu sendiri. Makin lama aku macam dah lali dengan semua tu. Aku insist untuk fikir yang kalau aku berusaha, aku akan dapat.

Alhamdulillah, berkat usaha aku dan rezeki dari Allah, aku dapat kerja dalam bidang yang aku impikan sebagai pembantu perubatan walaupun di hospital swasta.

Gomen? Golongan aku tak ada tempat di situ huhuhu. Mereka fikir yang kurus tak akan gemuk, yang gemuk tak akan kurus.

Jadi, pengajaran kisah aku ni, jangan putus asa. Kalau dari awal aku putus asa, tak yakin dengan diri and terlalu dengar and ambil hati dengan pandangan orang terhadap aku, mesti aku tak akan berjaya.

Pasal berat badan aku, dulu aku pernah cecah 90 kg. Tapi aku masih relax sedangkan aku sendiri yang penat bawa badan.

Alhamdulillah, aku ada dietician di hospital yang aku bekerja sekarang dan makin pandai jaga pemakanan. Tapi tak la kurus, still comel and berisi tapi sihat inshaAllah.

Aku bukan kerja sebagai nurse atau doktor yaa, kerja biasa saja tapi bagi aku, aku bangga dengan pencapaian aku. Jadi korang yang ada masalah macam aku, baik dari rupa, fizikal, tolong berusaha dari segi akademik dan pencapaian atau kemahiran.

Bukan nak menakutkan, cuma susah sangat nak hidup kalau kita kurang kedua-duanya. Mentaliti orang sekeliling susah nak berubah, jadi kita sendiri kena belajar cara sesuaikan diri. Nak ada orang layan kita bak? Kita kena ada sesuatu baru orang pandang.

Terima kasih yang sudi baca kisah aku sampai habis. Aku hanya ceritakan apa yang aku lalui, mungkin orang lain nasib mereka lebih bagus walaupun tak berusaha sungguh-sungguh. Lain orang lain kisah hidupnya.

Sekian, terima kasih, assalamualaikum

– Comel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *