Cinta Yang Tidak Akan Terganti

Setiap orang pasti ada seseorang yang tidak boleh dilupakan atau maybe susah untuk lupakan right?

Begitu juga aku, aku disini menulis kerana aku masih lagi dibelenggu rasa rindu, kehangatan cinta yang masih ada walaupun si dia telah pergi meninggalkan aku.

Mungkin kisah cinta aku bersama dengannya tidaklah lama tapi ianya bukan soal berapa lama. Ianya soal bagaimana kita memberi dan menerima rasa cinta sepanjang bersama.

Sudah hampir 2 bulan berlalu dan hati ini masih lagi mahukannya walaupun si dia tidak mahu bersama lagi.

Aku cuba menelan pahitnya realiti, mencuba untuk menerima kenyataan yang dia sudah pergi dari diri ini namun hati tetap tidak mampu melepaskan si dia.

Pernah memujuk untuk kembali lagi tapi dia tidak mahu, aku cuba dan cuba namun cinta tidak bisa dipaksa.

Hari demi hari berlalu, terdetik aku ingin stalk si dia. Dia mungkin boleh menipu segalanya terhadap aku tapi tidak boleh menipu diri sendiri.

Username nya bertukar menjadi satu gelaran yang pernah dia berikan kepadaku dulu.

Seakan memberi harapan kepadaku dan kini aku berharap suatu keajaiban bakal berlaku.

Cinta tidak bisa menipu hati, hati tidak bisa menipu diri. Setulus rasa cinta itu bisa terlihat bagaimana perilaku seseorang itu terhadap orang yang dicintainya.

Mulut bisa berkata benci namun hati menyatakan perkara sebaliknya.

Aku tidak berharap sepenuhnya tapi aku masih rindu untuk bersama dengannya. Benar kata orang, “bunga bukan sekuntum”.

Tapi harus diingatkan juga, “seribu yang datang belum tentu sama dengan yang satu”.

Betul, ramai lagi perempuan yang baik or mungkin lebih baik di luar sana. Tapi ianya bukan soal siapa lebih baik, siapa lebih menarik, siapa lebih cantik. Ianya soal hati. Kerana hati ini tahu apa mahunya.

Kehendak hati adalah kehendak diri. Sekiranya hati mahukan si dia, sudah tentu hanya dia tidak akan ada yang lain yang dapat menggantikannya.

Walaupun ada yang sama seperti dia, sekiranya dia juga yang hati ini mahu, tetap tidak akan mengubah apa-apa pun.

Tiada istilah “sekiranya ada jodoh pasti tak akan kemana”, jodoh tidak akan datang bergolek melainkan dengan usaha, ikhtiar, doa dan tawakkal kita menjadikan seseorang itu peneman hidup kita.

Dan benar dia tidak akan terganti dan tidak akan pernah terganti walaupun waktu terus berlalu. Dialah satu-satunya “Daisy” yang ku cintai walaupun sudah pergi.

– Pretzel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *