Aku dan Hijrah

Aku dan Hijrah

Assalamualaikum………

Ini kisah aku dulu kala. Dulu,aku nie jahil ya ampunn.Bukannya takde kesedaran nak jadi baik,tapi suka sangat dengan kata "nantilaa dulu,nak enjoy puas2 dulu." Jahil aku bukanlah jenis bertepuk tampar dengan bukan mahram,lepak disko bagai.No,no,no.Sebab aku ada mak yang garang.Haha.. Aku nie jenis tak berapa menjaga aurat.Maknanya,tak pakai stokin macamtulaa walaupun baju longgar and tudung yang menutupi dada walaupun pendek….Tapi,masa pakai macam tu pun kan..Rasa tak selesa tu kuat sangat.Bila ada orang pandang,mesti rasa macam ada yang tak kena dekat pemakaian aku nie.Rasa tak selamat tu memang tinggi.Tak tahu kenapa.
.
Aku nak berubah dari tudung yang jarang ke tudung yang betul2 menjaga. Aku nak pakai stokin. Sebab mak aku pernah tegur,"Bila anak mak nak pakai stokin?" Sentap tu sampai sekarang boleh rasa walaupun mak aku tanya lembut je.Mak ayah aku jenis yang sangat menitikberatkan bab agama.Kalau tak solat,dapatlaa merasa 'roti panjang'.Dia punya azab memang perghh.Cuma dalam bab pemakaian tu mak ayah aku cuba beri ruang untuk aku berubah perlahan-lahan.
.
Mungkin dari adanya niat aku nak berubah,maka Allah letakkan aku di suatu tempat yang tarbiahnya sangat tinggi. Waktu tu umur aku 21 tahun.Di situ,aku belajar untuk istiqamah bertudung labuh. Pakai jubah/baju kurung sebabnya pakaian macam t-shirt dan seluar diharamkan kecuali dalam bilik. Allah je yang tahu betapa banyaknya airmata aku yang mengalir.Sebab aku terkejut,kena berubah terlalu drastik macamtu.Aku tak boleh terima.Jiwa aku memberontak.Ikhtilat di sana juga sangat terjaga. Lama-kelamaan,aku dapat sesuaikan diri dengan keadaan begitu. Dan aku sangat selesa dengan imej baru aku.
.
Tarbiah di tempat baru,banyak mengubah aku.Betulla kan,orang pernah cakap..Bila kita bawa imej muslimah,kita takkan berani nak buat benda tak elok.Contoh,minum berdiri.Kalau dah beli air tu,memang segan nak minum melainkan kalau dah jumpa kerusi.nak gelak kuat-kuat pun rasa macam malunyaaa..Nanti mesti ada orang pandang.Nak buat sesuatu tu,kita akan fikir panjang dulu.Nie semua dari apa yang sahabat2 aku kongsi jugak.Dan sebenarnya yang paling indah bila berpakaian menutup aurat nie,bila takde orang berani nak usik.Nak mengorat pun,setakat bagi salam je.Takde usikan2 nakal,cubaan nak pegang tangan..Semua tu takde. Benarlah firman Allah dalam surah Al-Ahzab: 59, “Wahai Nabi, katakanlah kepada istri-istri, anak-anak perempuan dan istri-istri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali oleh sebab itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha Penyayang.”
.
Rasa best sebab Allah bagi jaminan bahawa kita takkan diganggu kalau kita menutup aurat sempurna. Sebab aku sendiri dah alami bagaimana rasanya dari tidak menutup aurat hingga dah menutup aurat.Perasaan tu tak boleh digambarkan.Allah beri rasa tenang je sepanjang mengenakan pakaian sunnah tu.Apa yang penting,buat sesuatu tu kerana Allah.Berubah kerana Allah.Jangan buat kerana manusia.Bukan sebab si dia suruh berubah,so kita pun berubah.Biar rasa nak berubah tu datang dari dalam diri kita sendiri. Sebabnya kalau kita berubah kerana manusia,perubahan kita takkan kekal. Misalnya,kalau si dia dah tinggalkan kita..adakah kita akan istiqamah dengan pemakaian sunnah kita? Tapi,kalau kita berubah sebab Allah..Allah akan bantu kita untuk istiqamah sepanjang penghijrahan kita..
.
Namun,adakalanya kita perlu juga memaksa diri kita untuk berubah.Kerana hidayah tu takkan datang bergolek.Bayangkan,waktu kita keluar dengan pakaian ketat metat..tetibe malaikat maut datang rentap nyawa kita.Kita tak sempat nak tobat.Tak sempat nak minta ampun dari Allah.Macamana? Risaukan kalau kita dicabut nyawa dalam keadaan diri kita tengah bermaksiat dengan Allah? Jadi,kita berubah sama2 ye? Aku tak condemn orang yang belum dapat menutup aurat sempurna,sebab dulu aku pun macamtu jugak.Tapi aku cuma nak ajak kita nie berubah bersama2..Diri aku nie pun banyak yang perlu diluruskan lagi..
.
Hidup kita dah tak lama.Jadi biarlah setiap apa yang kita buat nie mengundang redha Allah.Biarlah Allah jadi makin sayang dengan kita.Biarlah kita tercalon sebagai penghuni syurga Allah.InsyaAllah……Maaf kalau ada kata2 aku yg mengguris hati.Aku cuma hamba,bukannya sempurna semua.

– Aku bukan ustazah

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *