Assalamualaikum, sebelum start cerita panjang bejelah. D harapkan admin approve confession saya dan hide nama saya.
Aku pelajar dari sebuah IPTA di ibu kota. Aku juga musafir, yelah merantau cari ilmu. Kos yg aku dapat pun, aku ta minat sangat. Tapi bila parents restu sambung belajar jauh jauh. Aku turutkan sahaja.
Now, aku da d sem akhir. So practical dekat syarikat yg ternama di Malaysia ni. Masalah aku, aku student , dalam masa yg sama staff juga. Da tahu student , banyak juga nak kena submit assignment semua. Lain pula tanggungjawab sebagai staff. Nak kena kejar target syarikat. Kadang serabut juga nak kena fikir. Mana yang aku perlu fikir dulu. Pelajar atau staff. ??
Nak di jadikan cerita. Leader aku ni perempuan. Da tahu perempuan. Faham faham je la emosi kadang ta stabil. Dia ni nak cakap mcm mna aku pun ta tahu. Dia ni pentingkan terperinci soal solat. Sampai satu ketika tu, kawan kawan aku ada segelintir yg ta solat. Hari tu dapat hidayah nak solat Kat surau. Dia boleh cakap? "Aiiii, boleh solat pula?"
Sepatutnya org solat tu da kira bersyukur la. Hidayah Allah nak bagi. Tapi Dia suka memperlekehkan kebaikan yg org buat. Aku perna dengar, " kita ni jangan anggap diri ni rajin beribadah pasti ke syurga "
Tapi dia? Seolah olah dia buat semua betul. Nak kata riak, ta tahu lah. Lagi satu yang paling bengang. Masa tu briefing target . masuk part aku dia soal. " Apa tujuan org yg berlumba lumba nak menunaikan haji? "
Aku slamber la jawab. "Nak dekatkan diri dengan Allah"
Dia boleh ketawakn memperlekehkan jawapan aku.
Siap cakap " you siapa nak dekatkan diri dengan Tuhan?"
Ushhhhh sentap beb!!!! Aku nak je betah balik dengan ilmu yg aku belajar. Hati panas je nak berkata. Takkan la org yg tunaikan haji tu, suka suka datang ke Tanah suci melainkan ada tujuan nak beribadah. Aku pun tak habis fikir la dengan leader aku ni. Puasa sunat before nak sambut ramadhan pun dia perli?
Salah ka kalau kita buat sesuatu kebaikan? Aku selalu baca baca ayat positive. Tapi kalau hadap dia, aku down. Patut kah aku ambil pilihan utk keluar dari group dia Dan masuk group leader lain. Atau aku stay dengan leader aku ni dan jadikan sebagai pembakar semngat?
Aku harap, korang boleh bagi kata Kata semangat dan cadangan kat aku. Nak hadap leader mcm dia ni. Serious, benda ni buat aku xde mood nak habiskan practical or continue this after finish my study. Korang doakan aku tamat pengajian dengan jayanya ye. Tinggal sikit je lagi ni .
– Cik Matahari –
– Matahari
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Stay je, dan tunggu je masa nak sepak muka dia tu okay? Good, sayang mama takmo cepat mengalah.
Kau practical je kan? Then just go with the flow.. Habis practical angkat kaki..what is the big issue?