Aku dan Purdah

Assalamualaikum Salam Sejahtera.

First of all nak bagi tahu i seorang yang bertudung selepas melepaskan jawatan sebagai pramugari i think back 15 years ago.

When you kata bertudung semua orang bertudung berhijab. Pengertian tudung itu bagi pandangan mata masyarakat Malaysia ialah you are covering up your kepala only or your rambut.

Dan i antara salah seorang di kalangan itu. Frasa pemakaian tudung i berperingkat. As i remember pada awal i mengenakan tudung it just a tudung. Matlamat nak cover rambut.

Masa tu sangat cetek ilmu sangat cetek segalanya dalam hidup. Solat pun huru hara. But still bertudung.

So apa pengertian nya ???? Then came another phrase bertudung bawal dengan penuk manik blink blink… so pemakaian tudung tu dah berbentuk trending pulak.. kacau ni..

Lepas tu bertudung satin pendek pulak…. mase tu pemakaian tudung itu hanyalah sekadar tutup kepala atau tutup rambut.

Life goes on seterusnya dan seterusnya dan seterusnya… Solat semakin baik and gigih untuk buat amal kebaikkan dan adakala terkucil jugak tapi gigih.

Setiap hari dalam doa selitkan sedikit di sudut hati ingin berubah dari segi penampilan sebab masih lagi ber jeans berkemeja even pakai tudung yang dah tutup dada agak labuh.

BOOM something happen in my married life…. dalam masa separated ramai lelaki tegur berseri nya muka (agaknya dah separated so hati tenang and pergantunggan hanya kepada Allah swt sahaja)…

Masa ni memang dah tak pakai baju sendat ke suar ketat ke frasa baju dah berubah dah.. banyak beli baju yang longgar dan betul2 muslimah.

On the way balik kerja setelah beberapa hari ditegur oleh kaum lelaki… air mata menangis BENCI sebab apa?? Sebab ditegur oleh bukan mahram… ditegur oleh lelaki yang kemungkinan memerhati i.

And BINGO disaat itu terbayang purdah yang telah dibeli 3 bulan yang lepas… and i am NEKAD…

Dalam hati berkata tiada lagi lelaki yang akan dapat melihat wajah ni melainkan muhrim aku sendiri. Even i bukan dikalangan wanita comel cantik or cute dagu runcing ke NO i biasa sahaja.

Allah swt jentik hati i… di saat itu i grab the moment and the next day Alhamdulillah i keluar rumah dengan berpurdah.

Rasa selamat rasa selesa dan yang paling penting i nak gapai syurga Allah. Nyawa hanya di hujung kerongkong. Allah bagi hidayah kepada hambaNya…

I berdoa moga diberi kekuatan hati untuk terus istiqamah dalam menjalankan perintah Allah swt dan dalam menurut syariat agama.

– Niza Ahmad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *